Cast : Kwon Sang-woo, Oh Jung-se, Lee Min-jung, Park So-yi, Kim Joon
Production Company: Hive Media Corp
Distributors: Lotte Entertainment, GSC Movies
Genre: Comedy / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 4 January 2023, 5 January 2023 (Malaysia)
Trailer :
Park Kang (Kwon Sang-Woo) adalah pelakon lelaki paling popular di Korea Selatan tapi nama dia sentiasa terpalit dengan skandal dan kontroversi. Kaya tapi hidup kosong sejak Soo-hyun (Lee Min-jung) pergi tinggalkan dia. Setiap hari dia ditemani oleh pengurus merangkap pembantu peribadinya, Jo Yoon (Oh Jung-se). Perangai kekwat dia tak payah cakap lah, tak ramai pun yang tahan bekerja dengan dia.
Pada malam Krismas, Park Kang menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Anehnya pemandu teksi tersebut mengajukan soalan tentang peluang kedua. Sebaik saja dia sedar, Park Kang berada dalam rumah kecil bersama dua orang anak kecil - Ro-ha (Kim Joon) dan Ro-hee (Park So-yi). Soo-hyun pula adalah isterinya yang sah sejak 10 tahun lepas.
‘Do you have any regrets in life? If you had the chance to change your past, what would you do?’ – Taxi Driver
Jauh berbeza dengan kehidupan dia sebelum ni, Park Kang hidup sebagai pelakon extra yang masih berusaha untuk mencari peluang menjadi pelakon utama. Wang dalam akaun bank juga tak ada, sepenuhnya mengharapkan duit si isteri. Mak (Kim Mi-kyung) pun kadang-kadang hulur duit sebab kesian tengok cara hidup anak menantu. Susah untuk Park Kang terima kenyataan hidup sebagai penganggur. Ambil masa yang lama juga untuk jaga kembar yang semakin membesar.
Bila dia cuba contact Jo Yoon, tak sangka pula pengurus dia dah jadi pelakon terkenal. Terdesak mencari duit, Park Kang bekerja sebagai pengurus merangkap pembantu peribadi kepada Jo Yoon. Bila berada dalam situasi Jo Yoon, baru dia sedar yang selama ni dia kurang menghargai orang di sekeliling.
Naskhah komedi drama Ma Dae-yun bersifat santai dan mempunyai jalan cerita ringkas dan mudah ditebak perjalanannya walaupun rahsia yang didedahkan di hujung cerita mengejutkan. Shocking in a heartwarming pleasant way.
Kwon Sang-woo dalam naskhah komedi bukan sesuatu yang baru sebab sebelum ni dah pernah layan filem komedi Hitman: Agent Joon (2020) cuma bezanya dalam filem Switch ni komedi dia lebih relaks dan santai. Mungkin sebab penulis nak kuatkan elemen drama dan tema kekeluargaan. Karakter dia sebagai ayah kepada kembar sepasang juga antara highlight. Dari tak pandai jaga anak slowly dia berubah kepada ayah yang tak boleh hidup tanpa anak-anak.
Walaupun dia dapat peluang kedua, penulis tak fokus sangat dengan relationship antara Park Kang dengan Soo-hyun, mungkin sebab itu realiti perkahwinan dan hidup. Dah kahwin lama, fokus dekat kerja dengan anak-anak lah. Ada babak romantik mereka berdua tapi tak banyak. Dalam tak banyak tu pun dah cukup untuk kita tahu yang mereka berdua memang sayang each other cuma salah buat pilihan 10 tahun lepas.
Filem Switch ni bukan lah mengangkat sangat tema bertukar hidup tu tapi lebih kepada menjawab persoalan ‘jalan yang tak dipilih’ oleh Park Kang. Walaupun dia bertukar hidup dengan Jo-yoon tapi tak jauh beza sangat lah hidup dia sebab Tuhan memang dah takdirkan dia untuk jadi pelakon, terkenal dan hidup mewah. Masa je tak tahu bila. Sama juga dengan Jo-yoon dan Soo-hyun.
Jadi tak hairan lah kenapa pengarah Ma Dae-yun hasilkan naskhah yang berlatarkan Hari Krismas sebab filem dia pun ada vibe musim perayaan tu. Peluang untuk merasa hidup dalam jalan yang tak dipilih tu bukan semua orang boleh dapat jadi hidup sekejap dalam tempoh masa yang Tuhan bagi tu dah jadi hadiah yang cukup bermakna lah untuk Park Kang.
1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought +0 = /10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wah.. santai je filem dia.. Memang best ini.. tq review Farhana..
ReplyDelete