Movie Review | Oppenheimer (2023)

Saturday, 29 July 2023


Director: Christopher Nolan
Writer: Christopher Nolan
Cast: Cillian Murphy, Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Josh Hartnett, Casey Affleck, Rami Malek, Kenneth Branagh
Production Companies: Syncopy Inc., Atlas Entertainment
Distributor: Universal Pictures
Genre: Biopic / Drama
Running Time: 180 minutes
Release Dates: 11 July 2023 (Le Grand Rex), 21 July 2023 (United States and United Kingdom)
Trailer :


J. Robert Oppenheimer (Cillian Murphy) adalah ahli fizik yang terkenal dengan kebijaksanaannya dalam kuantum fizik lantas memperoleh PhD dari Universiti Gottigen, Jerman. Sekembalinya dia ke Amerika Syarikat, Oppenheimer dibawa masuk untuk Projek Manhattan oleh Jeneral Leslie Groves (Matt Damon). 

Projek tersebut adalah projek yang mengumpulkan ahli fizik yang hebat di Amerika untuk mencipta senjata ampuh supaya dapat menumpaskan pihak Nazi. Oppenheimer memujuk Edward Teller (Benny Safdie), Isidor Isaac Rabi (David Krumholtz) dan ramai lagi supaya berpindah ke Los Alamos, Mexico selama 18 bulan atau mungkin lebih. Kerana mereka mengambil masa yang lama, target mereka berubah iaitu negara Jepun. 


‘Prometheus stole fire from the gods and gave it to man. For this he was chained to a rock and tortured for eternity.’

Filem terbaru Christopher Nolan adalah naskhah biografi drama yang agak berat untuk ditonton kerana durasinya sepanjang 3 jam, dialog yang menggunakan kosa kata tinggi dan juga subjek fizik yang dibicarakan dalam kebanyakan babak. Pendek kata, kalau tak minat sains, this movie is not for you. 

I tengok filem Oppenheimer ni lepas balik kerja, terus tepu kepala sebab banyak sangat ilmu fizik kena belajar dalam satu masa. Tapi tak lah teruk mana sebab dah pernah layan series The Big Bang Theory. Even karakter Oppenheimer mirip seperti Sheldon Cooper, cocky and annoying but in a good way. Banyak kali tergelak bila tengok babak Groover dengan Oppenheimer menyembang. 

Berbeza dengan Sheldon, watak Oppenheimer ni kaki perempuan jadi ada la beberapa babak yang dibawa masuk untuk personal life dia. Suka sangat tengok watak Kitty Oppenheimer (Emily Blunt) sebab walaupun dia tak lah bijak dalam fizik macam suami dia tapi Kitty tahu percaturan politik orang sekeliling yang cuba menjatuhkan Oppenheimer. Secara terang-terangan atau diam-diam, Kitty antara pertahanan kuat Oppenheimer sebelum atau selepas Projek Manhattan. 


‘You think because you let them tar and feather you that the world will forgive you? They won't.’ – Kitty Oppenheimer

Lakonan Cillian Murphy sebagai ahli fizik genius yang kompleks menjadi tumpuan utama filem Oppenheimer. Kagum dengan semangat dia untuk bangunkan anak bangsa supaya minat dengan fizik bermula dari seorang saja pelajar sampai lah berjaya tarik ramai orang. 

Walaupun dia bijak, Oppenheimer ni tak ada masalah pun nak terima pandangan orang lain. In fact, dia lagi teruja bila ada yang mampu bertukar pandangan dengan dia macam babak Lawrence (Josh Hartnett) bagitahu apa perbezaan teori dengan praktikal. Masa dia halang Teller dari berhenti dari projek tu dan bagi Teller ruang untuk jalankan projek Super pun boleh nampak karakter dia yang supportive. 

Pendirian dia pun jelas tentang kenapa dia setuju untuk ketuai Projek Manhattan. Bukan sebab nak jadi pembunuh untuk nyawa-nyawa yang tak berdosa tapi sebagai senjata untuk lindungi negara. Even pendirian dia untuk personal life pun dia tak teragak-agak untuk buat keputusan macam mana dia putuskan hubungan dengan Jean Tatlock (Florence Pugh) ataupun serahkan Peter pada kawan yang mampu jaga anak sulung supaya Kitty sembuh dari post-partum depression. 


Bercampur-baur lah perasaan masa tengok filem Oppenheimer ni sebab kita meraikan kejayaan salah satu sejarah terbesar dunia tapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nyawa yang terkorban akibat letupan bom nuklear. Bukan penduduk Jepun saja malah Korea yang dipaksa masuk untuk bekerja sebagai buruh sepertimana yang digambarkan dalam filem Battleships Island. 

Macam mana Albert Einstein (Tom Conti) dan Ernest Lawrence mempunyai pandangan berbeza, macam tu jugak lah I rasa untuk Oppenheimer. Nasib baik kengerian kesan bom nuklear tu cuma diceritakan dari mulut Oppenheimer dan bukannya dipaparkan secara visual sebab tak mungkin tergamak nak tengok. Membayangkan saja pun dah cukup sebak. Semestinya filem Oppenheimer bukan nak glorify pembikinan bom nuklear tapi lebih kepada peribadi ahli fizik tersebut. Digelar Father of Atom Bomb tapi hidup dalam penyesalan yang tak sudah. Terjerat dalam kebijaksanaan sendiri. 


Personally, movie Oppenheimer ni patut berhenti lepas Trinity Test dan tak perlu pun masukkan tentang Strauss (Robert Downey Jr.,). Bila masuk plot perbicaraan tu dah jadi lenguh dah nak tunggu filem ni habis sebab perbicaraan tu lama dan momentum jatuh mendatar. 

Filem Oppenheimer ada banyak sangat watak sampingan sebab Projek Manhattan tu sendiri pun ada banyak nama yang terlibat jadi Nolan tak boleh nak kurangkan. Disebabkan durasi panjang, kebanyakan masa macam tak mampu nak ingat siapa. Albert Einstein je lah yang familiar bila dia muncul. Of course, I’ve learnt a lot from this movie but to watch Oppenheimer on big screen for 3 hours is just pffftttt…

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

2 comments

  1. surrender kut tengok movie macam ni. Otak dah malas malas sikit sekarang. Penuh ulangkaji maths sekolah menengah rendah je ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. Mula tu macam nak tengok tapi tak pelah.. Baca review Farhana je lah.. Bukan filem kesukaan Sha nie.. Mau tido je nanti.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.