Zuhal (Beto Kusyairy) menghabiskan masa dengan menjaga ayahnya (Mior Hashim Manap) yang menghidap Alzheimer. Satu hari Zuhal kemalangan kerana ingin mengejar wanita di stesen. Di hospital dia berjumpa dengan seorang wanita bertudung (Fatimah Abu Bakar) yang mengesyorkan Zuhal supaya pergi ke Hypnotica.
Di sana dia berjumpa dengan Dr. Ramli (Afdlin Shauki), pakar hypnosis yang berupaya mengubati sakit mental. Dari database, Zuhal menghidap panic attack dan Dr. Ramli menerangkan yang Zuhal terperangkap dalam loop yang sama kerana dia tak mampu move on disebabkan trauma yang dialami.
Kalau Zuhal nak keluar dari masalah peribadi terutamanya, luka ditinggalkan bekas tunangnya, Yazmin (Ruzana Ibrahim), Zuhal perlu cuba rawat atau hilangkan trauma tersebut. Dalam rawatan tersebut Zuhal berjaya jumpa Nur (Diana Danielle), wanita cantik yang sering muncul dalam mimpi Zuhal.
10 tahun lepas, filem KIL (2013) mendapat banyak pujian baik dan sehingga kini menjadi filem wajib tonton. Sekarang, Nik Amir Mustapha muncul dengan naskhah baru dengan tema psikologi dengan jalan cerita yang lebih padu dan cemerlang. Uniknya, Redza Minhat yang pernah berlakon dalam KIL menjadi penulis untuk naskhah cereka sains, Imaginur terbitan Lumatic Films dan Apparat.
Sebelum ni nak tengok dekat panggung wayang sebab ramai yang puji tapi tak berkesempatan. Bila keluar dekat streaming platform, boleh faham lah kenapa ramai yang jatuh cinta. Jalan cerita Imaginur ringkas dan berulang-ulang sebab pengarah dah bagi hint pada dialog wanita tua – ‘Ye lah, macam tengok episod sama ulang-ulang kan? Kalau episod bagus takpe, alih-alih ni lah dia, hidup kita sekarang.’
Semakin filem bergerak kita faham lah yang apa yang Zuhal alami dari awal, apa yang Zuhal nampak atau rasa adalah rekaan otak dia. Kalau ada yang tak faham masa tengok filem Imaginur ni, buang part yang tak syok dalam hidup Zuhal dan pegang kata-kata Nur yang mereka berdua hidup bahagia. Macam kata Dr. Ramli yang memory ni funky, ada benda yang tak wujud pun otak kita jadikan benda tu macam nyata. Itu semua kecelaruan gara-gara trauma kehilangan.
Sinematografi dari Idham Mad Din yang berlandskapkan suasana di Perlis menjadi salah satu kekuatan penceritaan. Aesthetic vibe baik di ladang ataupun menerusi penggunaan props dalam beberapa latar tempat. I tak berapa gemar dengan lagu latar, Hasrat nyanyian Amir Jahari mungkin sebab genre music tu bukan taste tapi sesuai lah vibe dia untuk menyokong penceritaan yang bersifat melodrama. Trauma kehilangan Yazmin, bapa atau Nur bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam oleh Zuhal. Tak sesiapa pun mampu bila berdepan dengan patah hati. Mungkin sebab tu ramai yang menangis bila dengar lirik ‘Teriaklah…teriaklah..teriaklah..’masa tengok dekat wayang tu.
Dialog dalam beberapa babak juga mencuri tumpuan macam pesanan bapa Zuhal di hospital. Dialog yang kena dengan situasi penceritaan. Sepanjang mereka berdua berjalan di hospital, ulang dekat tempat sama je, orang sekeliling pun hilang, sekali lagi tu cuma imaginasi Zuhal. Bapa dia dah bagi hint, kita wujud sebab orang sekeliling kita nampak kita. Jadi Nur tu wujud cuma Zuhal saja yang tak mampu ingat sebab trauma dia. Terpaksa bagi spoiler kecil ni sebab ada yang tak faham filem Imaginur.
Super love chemistry Diana Danielle dengan Beto dalam babak pertemuan mereka berdua. Masa Nur dengar Zuhal bercerita tentang Hypnotica walaupun tak wujud, nampak ketara Nur sayang sangat dengan Zuhal. Isma (Nadiya Nissa) yang sayang abang dia pun rasa merepek bila Zuhal bagitahu ada orang nak curi otak dia.
Tepat lah pemilihan Diana sebagai Nur sebab pandangan lembut dia kepada Zuhal tu kukuhkan lagi rasa cinta Nur kepada Zuhal. Jodoh tu memang cerminan diri kita sebab Zuhal pun lembut je orangnya. Taste dia pun sama dengan Nur. Kalau I jadi Nur pun rasa yakin untuk stay dekat Malaysia instead pergi ke Jepun. Teoh Eng Hooi patutnya masukkan lagi satu soundtrack bertemakan cinta untuk kisah cinta Zuhal dan Nur.
Nak letak filem Imaginur 10/10 tapi tak mampu sebab pace yang tersangatlah slow dan ada beberapa plot yang boleh ditambah baik. Ada plot yang boleh dikembangkan lagi instead stretch untuk penuhkan durasi masa. Nevertheless, Imaginur is one of the best local movie this year. All the best untuk team Imaginur promote di negara luar.
1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tak berkesempatan nak tengok filem ni lagi. Bila baca review memang rata2 cakap best film ni. Memang kena tgok ni
ReplyDeleteMemang kena tengok nie.. tq Farhana untuk review ohsem ini..
ReplyDelete