Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa
Syarikat Produksi: Dreamland Productions, DMY Creation
Pengedar: Astro First
Genre: Cerebral Thriller
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2023
Trailer :
Naskhah thriller Escape arahan Ikhwansha Hazer mengisahkan tentang Seth Mohd Adam (Kamal Adli) yang terkurung dalam sebuah bilik misteri. Digari dalam keadaan duduk di atas kerusi kayu. Dihadapannya ada sebuah telefon gagang berwarna merah. Tersedar dari tidur, Adam cuba meminta bantuan untuk keluar dari situ namun tak berjaya.
Telefon merah tersebut berdering tanpa henti membuatkan Adam berusaha untuk lepaskan diri dari gari. Dari skrin monitor di sebelah kiri, Adam telah pun mati kerana ditikam dan mayatnya dijumpai di dalam tong yang bersimen. Mustahil untuk Adam hadam perkara tersebut kerana dia masih hidup dalam bilik tersebut.
Bila Adam berjaya menjawab panggilan, dia dituduh sebagai pengganas oleh Inspektor Azizul (Riz Amin) dari Pasukan Anti-Pengganas kerana menyeludup cip EMP-47 dari Melaka ke Kuala Lumpur. Cip yang bernilai RM300 juta mampu menjadi senjata berbahaya kepada negara. Sesak dada dengan info-info baru yang diterima, Adam meminta bantuan di talian kecemasan.
Filem Escape sepatunya ditayang pada 19 Mac 2020 tapi dek kerana pandemik, terpaksa lah ditunda tayangannya ke 5 Januari 2023. For me, personally idea filem Escape ni kreatif dan bagus sebab tema terrorism yang dibawa dan juga konsep psikologi pada first half filem di mana Adam masih berteka-teki dengan identiti diri. Macam mana Adam stress dengan beberapa panggilan, macam tu juga lah kita tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya. Berlawan pula dengan masa sebelum diri dia hancur terkubur dalam bilik tersebut.
Kalau first half sarat dengan persoalan dan dirungkai sedikit demi sedikit, second half pula penuh dengan babak aksi dari Adam yang kononnya HR di syarikat biasa dan bekerja sebagai photographer sambilan sambil review tempat menarik. Peralihan dari lelaki biasa kepada kapten jaguh adalah lengkungan watak yang mengejut tapi padu. Lakonan Kamal Adli boleh kata kekuatan utama filem Escape, bagi lah babak emosi atau gila, semua dia deliver dengan cemerlang.
Penulis masukkan babak Adam jatuh cinta pandang pertama dengan Eva (Elizabeth Tan) yang hidup menderita dalam cengkaman lelaki tak berguna. Dari perkenalan singkat, sekejap saja Eva dan Adam tertarik antara satu sama lain. Lakonan Lizzy mungkin agak kaku untuk babak melodrama tapi chemistry Lizzy dengan Kamal Adli antara penyeri dalam Escape.
Malangnya penceritaan Escape terganggu dengan olahan yang lemah. Mungkin Ikhwansha hebat sebagai penulis tapi bukan sebagai pengarah. Ada banyak yang perlu dibaiki terutamanya pada skrip, dialog, visual dan BGM.
Gandingan sinematografer Shahreel Abu Bakar dan Husni Hassan gagal mengangkat visi penulis untuk menghidupkan elemen melodrama macam babak Hairi ditembak tak mampu menimbulkan rasa sedih. Babak aksi pula terganggu dengan bunyi tumbukan yang over. Sayang lah stunt Kamal dah cantik, cekap dan tangkas tapi tercela dek kerana bunyi yang over. Sama juga dengan music theme yang lebih sudu dari kuah.
Skrip pun ada lompongnya bila operator talian kecemasan (Jue Aziz) bercakap kasual sedangkan dia boleh jadi watak sampingan yang kuat di samping Adam. Dinamik mereka berdua mungkin terserlah dengan bagus sekiranya Jue pandai guna tona yang sepatutnya. Tak faham juga lah macam mana operator boleh sebut ‘what the hell’ sedangkan talian kecemasan adalah unit badan beruniform. Kalaupun dia first day, sebelum masuk kerja mesti ada training kan? Correct me if I’m wrong.
Watak Imam Muljain (Zamarul Hisham) ada potential untuk jadi villain yang menyeramkan macam Hafsyam dalam Polis Evo 2 (2018) sebab perjuangan mereka sama. Selalunya watak antagonis dalam jenayah terrorism ni lebih kurang sama je karakternya. Pandai memanipulasi untuk capai ‘perjuangan jihad’ dia.
I tak berapa gemar dengan ending walaupun mesejnya jelas tentang ujian manusia tapi macam lemah sangat. Maybe it’s me tsskkk.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
yup.. ending dia agak.. hurm..
ReplyDeleteSuka tengok Kamal Adli beraksi..