Movie Review | Dendam Penunggu (2021)

Sunday, 2 July 2023


Pengarah: Faizul Jais
Penulis Skrip: Faizul Jais
Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul, Ahmad Adly Sofwan, Sherry Alhadad, Shasha Abedul, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Hasnul Rahmat
Syarikat Produksi: Parallax Pictures 
Pengedar: tonton CINEMA, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 5 November 2021
Trailer :


Kisah seram karya Faizul Jais berlatarkan Kolej Kebangsaan Malaya yang mempunyai banyak kisah seram dalam kalangan pelajarnya. Bukan saja kisah seram malah kes buli juga meningkat hinggakan Zulkifli Aminuddin (Ismail Izzani), anak lelaki Dato’ Amin pujuk ayahnya untuk keluarkan dia dari sekolah tersebut namun tak diendahkan. 

Zul berkenalan dengan Nazrin (Imran Aqil) yang tinggal sebilik dengannya dan kemudiannya berjumpa dengan Khairy (Atiq Azman), atlet bola sepak. Mereka bertiga sentiasa dibuli oleh pelajar senior atas alasan minggu orientasi. Cikgu Azidi (Amerul Affendi) juga pandang enteng dengan kes buli di sekolah tersebut kerana apa yang dialami oleh pelajar-pelajar tersebut cuma hal kecil saja. 


Sarah (Shalma Eliana) dan Bainun (Bella Dowana) pula semakin selesa berkawan dengan Zul dan Nazrin sejak diperkenalkan oleh Khairy. Mereka berlima ada rencana untuk naik ke tingkat atas Blok M kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan. Khabarnya ada seorang budak sekolah meninggal kerana bunuh diri gara-gara tak tahan dibuli dan menjadi penunggu di KKM. 

Nazrin perasan ada benda yang ikut mereka pulang selepas keluar dari kawasan larangan tersebut tapi Zul menidakkan perkara tersebut kerana dia tahu sifat penakut Nazrin. Sama juga Sarah yang sentiasa menidakkan rasa takut Bainun sehinggalah dia diganggu oleh makhluk tersebut. Khai juga mengalami nasib yang sama. 


Naskhah Dendam Penunggu tak lah seram walaupun kesemua watak diganggu oleh lembaga hitam bermata merah saga sebab hantu yang dibikin adalah hantu CGI. Hantu-hantu yang muncul dalam babak lain pun tak tunjuk muka. Cumanya lembaga hitam tu tersangatlah ganas sampaikan lima sekawan ni hampir meninggal lepas diganggu sedangkan mereka berlima bukanlah pembuli dan bukan juga mengganggu lembaga tersebut. Tapi itu lah, curiosity kills the cat. 

Mesej utama yang nak disampaikan oleh penulis adalah masalah buli yang menebal di sekolah berasrama cumanya olahan tu tak lah menarik sangat dan ada kelompongannya. Meragukan lah bila watak Sarah buat aduan, Cikgu Azidi bagi demerit pulak. Pengarah nak bagitahu apa sebenarnya? Elemen komedi dimasukkan cuma tak berapa nak menjadi macam babak teka-teki Khai ataupun perbualan antara lima sekawan ni. 


Perubahan setiap perhubungan antara watak ni pun terlampau drastik menyebabkan beberapa babak nampak tak meyakinkan. Macam watak Kak Intan sebagai senior sekolah ataupun hubungan cinta antara Zul dengan Sarah. 

Naskhah Dendam Penunggu ni tak lah berat sangat dan sepatutnya dilayan secara santai bersama keluarga sebab lakonan watak utama pun lemah, apatah lagi watak-watak sampingan yang lain. Watak Pak Hassan (Hasnul Rahmat) tu macam questionable juga lah sebab pilihan yang dia buat setiap tahun. Cikgu Azidi pun ikut je cakap dia walhal dah tahu Pak Hassan tak mampu buat kerja, pergi lah cari orang lain. Kalau tak mengganggu tak kisah lah, ini sampai orang masuk hospital sebab gangguan tu. 


Bab visual mungkin bukan sesuatu yang bagus hasil kerjanya sebab tak dapat capture elemen seram dengan baik. Kadang tu jadi tertanya-tanya dengan latar masa untuk sekian babak. Nak kata bajet rendah tak juga lah sebab kalau dah mampu buat hantu CGI, mesti ada bajet banyak. Daripada guna hantu CGI, baik guna khidmat pelakon. Meremang juga lah bila tengok hantu dalam cermin tu. Ditambah pula dengan soundtrack Sengsara nyanyian Khai Bahar, kena lah dengan perasaan dendam si penunggu. 

Laluan kantin menuju ke dorm tu pun seram dengan kabus tebal dan sunyi. Kalau bukan kerana lampu kalimantang dekat situ, memang gelap sangat. Teringat pula laluan sekolah dulu, nak pulak dekat kawasan tu ada pokok besar, bila lalu memang mulut tak berhenti baca ayat kursi. 


Overall, filem seram Dendam Penunggu ada idea dan mesej yang kuat cuma lemah pada beberapa aspek jadi kalau nak tengok jangan letak expectation tinggi. Layan santai je dekat Netflix tu. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.