Cast: Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Yum Jung-ah, Jo Woo-jin, Kim Eui-sung, Lee Hanee, Shin Jung-geun
Production Company: Caper Film
Distributor: CJ E&M, Well Go USA (North America)
Genre: Sci-fi / Action
Running Time: 142 minutes
Release Date: 20 July 2022
Trailer :
Naskhah science fiction yang mendapat tayangan perdana di 21st New York Asian Film Festival berlatarkan kewujudan alien arahan Choi Dong-hoon menggunakan latar masa sejak tahun 1380 di mana alien cuba menjadikan manusia sebagai hos untuk mengambil alih Bumi. Muncul watak Guard (Kim Woo-bin) dan robot pembantunya, Thunder memburu alien jahat dan mengurung mereka dari merosakkan planet tersebut.
Thunder yang kasihan akan bayi perempuan, bawa dia pulang merentasi masa ke tahun 2012 dengan alasan mengkaji tingkah laku manusia sejak bayi. Yian (Choi Yu-ri) membesar dengan sihat dan pintar di bawah jagaan Guard. Kerana kepintarannya juga, dia korek sedikit demi sedikit identiti ayahnya dan Thunder.
Di latar masa tahun 1381, Mureuk (Ryu Jun-yeol) menggunakan ilmu dan kuasanya untuk menangkap pencuri kerana upah yang lumayan. Dari kisah Gaeddongi (Kim Ki-cheon), dia dapat tahu tentang kewujudan pisau dengan bilah batu kristal berwarna biru. Mureuk pasti pisau tersebut boleh dijual dengan harga yang tinggi tapi kerana tamak, dia terjerat dalam perang antara manusia dan alien di zaman tersebut.
Perjalanan cerita antara alien dan manusia ni menggunakan 3 latar masa dan peralihan tersebut bersilih ganti dan mengejut jadi memang kena fokus betul bila layan filem Alenoid ni. Tengah seronok tengok keletah Mureuk tiba-tiba pengarah bawa kita ke tahun 2022 di mana Guard terpaksa melayan kerenah Yian yang mengadu dengan guru sekolah tentang alien menyamar sebagai ayah dia.
Ada masanya plot filem Alenoid rasa macam terlampau banyak info dan watak yang dimasukkan tapi disebabkan elemen komedi dan olahan santai buatkan cerita seronok ditonton sehingga ke hujung. Lakonan Ryu Jun-yeol mencuri tumpuan dengan comic timing dan chemistry dengan Kim Tae-ri. Pengarah masukkan juga watak duo pendekar yang mirip seakan-akan watak sampingan dalam The Kungfu Hustle. Mungkin sebagai tribute kepada pengarah kegemaran. Pace filem Alenoid juga laju dan sarat dengan aksi baik di latar masa sekarang mahupun latar masa sebelumnya.
Awalnya macam pelik juga kenapa pengarah kenalkan watak Mureuk secara mengejut tapi sedikit demi sedikit kita dapat pickup siapa watak ni dan bagaimana dia boleh terjebak. Kehadiran dia bukan kebetulan pun tapi memang dah ditakdirkan cuma ada kekeliruan dekat hujung yang mungkin akan terjawab pada Part 2 nanti. Bila Part 2 akan keluar tu tak pasti sebab tak ada berita rasmi walaupun filem dah pun habis shooting sebab team production shoot sekali jalan je untuk kedua-dua bahagian.
Filem Alenoid Part 1 ni terasa panjang juga terutamanya pada second half sebab pertarungan antara Guard dan The Collector ambil masa yang lama. Keliru juga lah bila Guard nampak macam tak pasti dengan kekuatan The Collector sedangkan dia jaga banyak Haava di rumah untuk elakkan kebinasaan berlaku di Bumi.
Idea untuk filem Alenoid ni menarik dan segar cuma olahan tu lah ada masanya terlampau sarat. No wonder lah team production alami kerugian yang banyak sebab dah labur sebanyak 33 billion won tapi cuma mampu kutip 13 juta won saja sepanjang tempoh tayangan.
Boleh faham juga kenapa bajet filem meningkat sebanyak tu sebab penggunaan CGI yang banyak terutamanya untuk babak alien di latar masa moden. Visual yang dipaparkan tampak kemas dengan transisi menarik. Smooth je bila Guard bertukar rupa manusia kepada robot untuk berlawan dengan The Collector.
Anyway, it’s a fun watch for me. Kalau yang tak suka dengan genre science fiction mungkin filem ni bukan untuk you guys.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tenga saar menunggu sambungan dia ni.. hehehe
ReplyDeleteAdoilah.. tertypo pula.. Tengah sabar patutnya..
ReplyDelete