Awal bulan dah nampak management Star Avenue pacak khemah putih, dah tahu dah untuk festival apa. Tak pasti lah kenapa Star Avenue ni suka anjurkan MATHAF je padahal banyak je lagi festival makanan lain yang boleh jana duit. Makanan Korea dengan Jepun contohnya. Festival matcha pun boleh sebab tengah hype sekarang ni.
Sembang pasal Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2023, tahun ni semakin banyak gerai yang dibuka untuk peniaga makanan Thai. Yang kelakarnya, dari depan sampai belakang ada dua je gerai tomyam padahal I datang tiap tahun untuk makan tomyam. Baby crab yang banyak dengan pelbagai jenis perisa viral. Perisa matcha je belum ada lagi. Mungkin tahun depan akan wujud.
Tahun ni dekat MATHAF ada booth baru macam yogurt drinks ni. I tak boleh telan yogurt jadi cuci mata je lah tengok air dia cantik kemain sebab pekat. Dah la booth dia cantik dengan props bunga. Yogurt Mix Fruit dengan Blackcurrant tu menggoda sangat.
Sebelum balik tu nak try Roti Wap Hatyai tapi macam mahal pulak sampai RM8 untuk 4pcs. Maybe next time lah kot sebab perut dah penuh. Roti Wap mesti sedap kalau makan panas-panas kan?
|
Bangkok Crepe |
|
Tomyam wajib beli |
Hasil tangkapan di MATHAF, tak banyak sebab malas nak spend banyak sangat. First time makan Nasi Khao Mok. Sebelum ni tak pernah pula nampak ada yang menjual. Not bad lah Nasi Khao Mok berwarna kuning pekat dengan ayam goreng berempah garing ni. Rasa rempah pun cukup cuma masin sikit lah. Sepinggan Nasi Khao Mok ni berharga RM10 lengkap dengan nasi, sayur salad sehelai, kuah sup dan sambal cicah ala Thai.
For me berbaloi lah makan Nasi Khao Mok ni sebab banyak nasidia letak, besar juga portion ayam yang peniaga tu bagi. Nasi ayam penyet sekarang pun dah harga RM12, so kalau jumpa nasi dengan lauk ayam besar harga RM10 kira murah lah.
Iced Milky Green Tea tu sedap kalau tak banyak sangat susu dia letak. Bila minum rasa sssupppp naik ke otak manis dia. Ralit tengok benda lain sampai tak perasan seller galak tuang susu cair dalam green tea tu. Nasib baik lah ais banyak, berjaya lah juga habiskan satu cawan. Harga RM8 secawan.
Sebelum balik kitorang singgah beli egg stick dekat gerai ni. Harga 3 batang egg stick RM4. Boleh pilih nak isi kerang ataupun crab stick. Sebagai snek, egg stick ni sedap jugak lah sebab peniaga letak kerang dengan crab stick besar. Sos black pepper, mayonis dengan sos cili pun banyak. Tabur daun bawang sebagai penghias jadi wangi bila makan panas-panas.
Meriah dengan pelbagai jenis makanan.. kena datang dua, tiga kali juga ni kalau nak cuba semua..
ReplyDelete