Kari Daging Kurban Batang Pisang

Sunday, 9 July 2023

 

Semangat balik Sabak raya haji tahun ni sebab ada batang pisang. Patutnya nak balik pagi raya tapi ada tetamu nak datang pagi tu jadi kena balik awal lah kemas rumah. Barai jugak lah stuck dalam jam sampai 5 jam, minum kopi pun tersengguk jugak depan stereng kereta. Nasib baik lah habis jam terus segar mata. 

Sebelum ni tak pernah jumpa stok batang pisang. Balik kampung dekat Kedah pun susah nak jumpa sebab rumah tok wan bukan dekat kawasan kebun pisang. Kalau ada kebun pisang pun belum tentu pisang jenis tu sedap umbutnya. Pernah jumpa dekat Shopee yang frozen punya tapi seller pulak tak reply. Bila dapat tu rasa seronok sangat sebab susah nak dapat. Makcik yang bagi batang pisang tu bagi free je sebab tak ada orang pun makan selama ni. Antara buang ataupun buat baja je dekat kebun. 


Suami dia kata orang utagha je yang makan batang pisang ni. Ye la kot tu sebab masa kecik dulu gulai kawah batang pisang ni jamu dekat kenduri kahwin. Sebab tu suka pergi kenduri kahwin dekat kampung sebab ada menu sedap. 

Batang pisang ni sedap kalau masak dalam kawah sebab api kuat tapi gamble je lah masak atas dapur gas biasa. Bagi hilang kempunan nak makan je. Bab potong batang pisang untuk ambik umbut dia dan masak tu kita bagi sepenuhnya pada yang berpengalaman lah. I tolong sediakan bahan je hshsh


Tak banyak pun boleh dapat dari dua batang pisang ni sebab kita ambik umbut yang nun jauh dekat dalam. Setengah periuk pun tak cecah. Mulut yang nak makan pulak ramai, memang merasa sorang sikit je lah cerita dia. Lepas ni kalau kawan umi offer lagi, dah boleh agak lah nak mintak berapa batang. 


Lepas 2 jam masak atas dapur dapat lah makan kari daging batang pisang ni. Kalau tengok pun boleh nampak lah umbut tu tak lembut macam masak dalam kawah tapi kalau masak sampai 6 jam karang kitorang pulak tak tahu bila nak makannya. 

Umi masak pekat sebab kitorang nak tapau bawak balik masuk peti ais. Nanti nak makan panaskan balik lepastu tambah air. Selain dari kari daging batang pisang, ada sup tulang jugak sebab Raya Haji kan, peti ais penuh dengan 20kg daging kurban. Sakit terus gusi sebab kunyah daging dari siang sampai malam. Bukan sebab daging keras tapi menu daging pelbagai resipi dari pagi sampai ke malam. 

4 comments

  1. gulai daging batang pisang ni famous kenduri belah utara tapi sis orang kedah pun tak minat sangat makan gulai..hehe

    ReplyDelete
  2. serius ah kite tak pernah makan..alaa tetibe nak jugak ni..oh tidakk

    ReplyDelete
  3. Mantap, betulllah, orang Kedah jer pandai makan. Sy org Johor menantu org Kedah bolehlah makan sikit2 meraikan ketidaksamaan.

    ReplyDelete
  4. Pergh!! memang tak puas makan kalau ada batang pisang tu.. Menjilat jari..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.