Healing Dengan Husna & Sheera Di Genting

Sunday, 30 July 2023

 

Dah lama tak naik Genting Highlands dan lama tu betul-betul lama tau. Last I naik Genting masa tahun 2005, masa tu baru Form 2 sebelum pindah sekolah ke Sabah. Nak drive sendiri naik atas ni memang tak lah sebab jalan scary satu hal, tak tahu apa motif satu hal lagi. 

But since Husna ajak naik Genting, ambil angin kat atas, I dengan Sheera pun ikut je lah. Alang-alang dah ada orang nak drive, apa salahnya kan? Kitorang naik memang tak nak spend duit pun, saja nak ambil angin je. So berbekalkan full tank kitorang naik Genting lepas balik dari IOI Mall. Ramai jugak lah naik Genting masa tu sebab cuaca elok. Kalau hujan, kitorang plan lepak Bukit Bintang makan fries. 

Husna ajak naik sampai ke puncak nak merasa angin sejuk tapi bila dah sampai atas, Sheera kata sejuk dekat Genting, sama sejuk dekat pejabat baru. Nak deny pun tak mampu sebab tak sejuk pun haha sorry Husna. 

Punya lah ramai orang sampai terpaksa turun ke B5 untuk park kereta tapi azab gak lah bau dekat kawasan tu sebab hancing. Nak kata tak ada tandas, banyak je dekat mall tu. Mabuk agaknya. Since I tak pernah naik Genting, membontot je lah mana Husna pergi. Dia bawak naik dekat rooftop, ambil gambar dekat situ. 













Dekat sini je dah cecah 50 keping gambar sebab itu je aktiviti boleh buat pun. Kalau ada service ambil gambar dekat port ni je, dah kaya gamaknya photographer tu. Susah nak dapat lighting cantik pun tetap ramai yang lepak dekat kawasan ni. Dah settle bergambar, Husna bawak pergi depan themepark tapi dah tutup lah masa tu sebab dah pukul 10 malam dah. 




Dah kalau dah tutup nak buat apa lagi kan? Bergambar je lah....






Habis bergambar dekat sini Husna ajak pergi minum Starbucks sebab dah start sejuk. Masuk Starbucks kena beratur panjang lepas tu barista silap ambil order. Haihhh potong mood nak healing tu. Ikutkan nak bergambar dekat suhu digital depan mall tu tapi ramai sangat orang dan tak ada parking spot kosong. Nak jalan kaki pulak masing-masing dah tak larat makanya balik je lah. Masa tu pun dah nak pukul 12 tengah malam so energy level pun dah near zero. 

Thank you Husna bawak jalan-jalan dekat Genting walaupun sekejap je dekat atas. Lepasni kita healing dekat Ipoh pulak ;)

Tak pernah makan lagi dekat Top Teppanyanky walaupun selalu nampak so Sheera ajak makan dekat situ sebab sedap katanya. 


Masa ni late lunch jadi sedap ke tak sedap, balun je lah sebab nak isi perut. Tengok muka Husna pun dah tahu member lapar tak boleh bawak bincang. 


Restoran Top Teppanyanky ni kecil je tapi banyak seat especially depan stove. Malas nak duduk situ sebab nanti baju bau asap. Antara sebab utama tak pernah try makan dekat sini sebab tak nak baju bau asap atau bau makanan. 

Dekat Top Teppanyanky ni ada banyak pilihan untuk set. Order yang set ni jimat sebab ada nasi putih, lauk utama, sayur goreng, sup rumpai laut dengan 3 hidangan side dishes. Nama je restoran Jepun tapi ada kimchi jugak. 


Minuman je tak banyak pilihan dekat Top Teppanyanky ni. Mahal pulak tu. Maybe sebab dah murah dekat makanan jadi topup dekat harga minuman. Mineral water pun sampai RM3 dekat sini. Kalau datang in group boleh lah main share air. 


Sheera order salmon set, Husna order Australia Sirloin Steak Set. I pulak order Australia Sirloin Steak. Honestly, rugi jugak lah order menu tu sebab harga RM28 sepinggan. Husna yang order set, RM25 je boleh dapat macam-macam. 


Harga berbeza tapi kuantiti sama. Bila letak dalam pinggan macam ni nampak macam wet food kucing je menu ni. Nasib baik lah sedap cuma tak berapa gemar sebab masak sangat, pakej ada jelaga jugak. Tak minat jelaga ni.


Kalau ambik set memang berbaloi lah sebab puas makan. Sayur dia bagi tu banyak tapi I tak suka sangat sayur goreng layu teruk macam tu. Kimchi dengan seaweed soup Top Teppanyaky ni sedap. Lepas ni kalau datang lagi nak try squid set pulak tapi takut pulak dia overcooked sebab masak teppanyaki style ni. 


Dua minggu lepas dapat jemputan dari iProperty untuk join Seminar Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my di IOI Mall. Panel sesi Inspirasi Rumah Idaman ialah Mardiana Rahayu - UEM Sunrise Chief Development Officer, Ahyat Ishak - Founder of Pejuang Hartanah dan panel jemputan istimewa, Nabila Razali. 

I, Husna dengan Sheera plan nak pergi seminar ni dulu lepastu gerak pergi ke Genting tapi sebab tak pandai plan tempoh masa dari rumah ke rumah sampai ke venue utama, kitorang sampai lambat. Masa tu Nabila dah habis perform dah. Melepas nak dengar cumi cumi live. Ni second time lah jumpa Nabila Razali, first time masa open house CTDK tahun lepas. Ramai juga masa tu tapi nasib baik lah dapat seat dekat belakang. 


Antara perkongsian Nabila Razali di seminar Inspirasi Rumah Idaman:
  • Rumah ibarat syurga. Bila penat bekerja, rumah jadi tempat untuk rest and retreat. Setiap ruang penting untuk buatkan rumah jadi satu tempat yang seronok sama ada untuk Bella ataupun tetamu yang datang. 
  • Karier Bella tak seindah di hadapan kamera, senang untuk putus asa. Walaupun seorang saja yang datang support tapi Bella tetap akan entertain orang tu. 
  • Dalam hidup tak boleh semuanya indah saja, kalau semuanya menang dan achievable, tak ada lah kenangan manis dan rasa semangat untuk bangun bila jatuh. 
  • Setiap benda dalam kehidupan ni, kena ada komitmen supaya kita tahu purpose dalam hidup. 
  • Rumah idaman Bella adalah rumah yang seimbang, tak jauh dari bandar tapi tak juga terpencil sangat. Rumah Bella sekarang dekat dengan bukit-bukau, gunung-ganang, ada sungai, ada tasik, lepas hujan ada kabus. Nak dapat ambience macam ni kena pergi jauh tapi area rumah Bella dah ada semua ni. 
  • Untuk memiliki rumah, kena ada niat, ilmu tentang rumah dan financial planning untuk dapatkan rumah idaman. 

Tak lama pun seminar ni sebab satu jam saja berdiskusi tentang rumah idaman. Kebanyakan masanya Bella lah yang berkongsi input. Seronok juga lah dengar dia sembang sebab dia pandai tarik crowd walaupun input yang dia kongsi tu general dan asas untuk beli rumah. Habis join seminar tu kitorang pusing-pusing tengok semua booth yang ada dekat Ekspo Perumahan Bumiputera. 

Ada banyak promosi dan tawaran menarik dari hartanah yang join ekspo pameran dekat IOI Mall Putrajaya ni. Ada juga periksa kesihatan kewangan percuma dan semakan kelayakan pinjaman oleh KWSP & CTOS dengan strategi pelaburan dan tip yang dikongsi oleh pakar industri hartanah.But since kitorang tak ada plan nak beli rumah dalam masa terdekat, usha sekilas lalu je lah. Buat meriahkan majlis. 




And my picture with Bella. 


Bella nampak tinggi sebab heels dia tinggi ye but anyway dua kali jumpa Bella, dua kali dia layan dengan baik. Habis je bergambar dengan Bella terus pergi makan sebab lapar. 

iKON TAKE OFF Tour, Kuala Lumpur 2023

 

So as you guys know last week I've went to iKON Take Off Tour 2023! Kali kedua join KPop concert, kali pertama pergi konsert dekat Axiata Arena so a bit lost. Disebabkan Axiata Arena jauh dari rumah, jadi kitorang ambil Grab dan gerak lebih awal, around 3pm sebab konsert start jam 8 malam. Asalnya plan nak pergi naik tren dengan Ecah tapi takut tak sempat nak redeem ticket dengan tattoo sticker dan takut hujan juga jadi gerak awal.

Sama juga macam sebelum ni, naik Grab dapat driver tak best. Kalau sebelum ni maki sebab stuck dalam jammed gara-gara traffic light, kali ni driver Grab jadi emo bila dia salah masuk parking spot. Dia boleh je undur atau u-turn tapi dia toleh belakang cakap dengan kitorang 'Grab tak tanggung tau kalau kena bayar parking ni!' Okay sir, we get it but you're the one at fault?? Tapi isu selesai sebab yang jaga parking tu suruh dia buat u-turn dan drop dekat Gate C. Emo tak semena padahal benda boleh settle T.T

Sampai je nampak banyak booth jual unofficial merchandise, food truck etc tapi yang paling seronok tengok bila nampak iKONIC dressed up ikut warna tema fandom - hitam, merah. I tak mampu nak follow sebab baju hitam atau merah material tebal. Kang tak pasal migraine sebab panas sangat. Kalau ikutkan nak buat style macam-macam ye untuk OOTD tapi bila mengenangkan hampir setengah hari ada dekat event ni rasa tak mampu pula. Jadi kita pakai yang ringkas dan selesa je. 



Ecah: Kak, kau dah sampai ke? 
Me: Dah, tengah beratur ni.
Ecah: Beratur untuk apa? Redeem ticket ke? 
Me: Entah, aku tengok orang beratur, aku beratur lah. 
Ecah: Tanya la orang kat situ.
Me: aku tanya orang kenapa diorang beratur, diorang pun tak tau kenapa. Aku beratur je lah, just in case.
Ecah: Wehhh.......

Tanya orang depan, tanya orang belakang, tanya orang line sebelah semua pun tak tahu kenapa beratur. Kitorang beratur sebab orang lain beratur T.T

Bila dah nak dekat depan tu baru tahu beratur untuk redeem ticket. Masa TREASURE haritu tak payah redeem pun kalau dah print QR code dari email organizer. Dekat gate nanti staff dia scan je. Dah la panas, penat pulak tu berdiri. Bila dah sampai depan, tunjuk printed QR code dekat kaunter jadi stuck pulak sebab staff dia kata QR ni dah kena scan. I was like sooooo ready to fight with them. 


Aje gila dah ada yang scan padahal baru je print dari email. Boleh je bukak email tunjuk bukti I bayar tiket tu. Dah la mahal, tibehhh dah kena redeem. Lama juga sangkut sampai manager dia datang. Rupanya staff tu yang terdouble scan awal tadi. Tah pape lah. Lepas redeem ticket dapat kad poster tour TAKE OFF, Berocca satu kotak dan baucar RM50 untuk APT Saloon. Hand banner iKON - RUM PUM PUM dapat masa tengah beratur. Dapat la jadi payung dan kipas padahal ada je dalam beg tapi malas nak bawak keluar sebab tangan kena pegang banyak benda. 


Settle ticket kitorang dengan Ecah, terus pergi cari makanan sebab lapar. Masa beratur sebelum tu ternampak ada yang minum Iced Green Tea. Cantik sangat warna dia sampai jadi craving. Bila pergi booth Jagiya ternampak Muna Bella dekat situ. Lepas order Iced Green Tea Latte, sembang jap dengan dia pastu bergambar. 


I baru tahu Jagiya ni business Muna Bella, so dia selalu buka booth dekat semua Kpop concert. Iced Green Tea Latte dia sedap, pekat pulak tu tapi I lupa nak request one pump sugar. Lepas ni kalau jumpa Jagiya, for sure nak order lagi. 



Tak banyak pun makanan dekat sini, kalau nak makanan berat kena pergi Subway atau Ramly dekat belah belakang stadium. But still sesak dengan orang lah sebab 7,000 orang yang datang untuk TAKE OFF Tour ni. Lepas makan, pergi collect tattoo sticker pulak. Tapi tattoo sticker tu tercicir masa berjalan. Jadi tak ada lah gambar tattoo sticker iKON dekat muka. Hmmmm cuai. 





Dekat TAKE OFF Tour ni tak banyak pun organizer letak bunting atau banner iKON jadi tempat untuk bergambar tersangatlah terhad. Antara sebab datang awal ialah nak bergambar dekat sini lepastu kutip freebies. But lesson learned, nak freebies kena datang dari pagi hshshs

Done bergambar dengan Ecah, kitorang part ways sebab Ecah dengan kitorang tak sama blok walaupun sama-sama CAT 4. Ecah belah kiri stadium, kitorang belah kanan. Beratur panjang gila sebab staff organizer nak check beg. Power bank, hand fan even unofficial merchandise boleh je lepas kecuali payung. Staff tu pesan suruh turun dekat laluan yang sama untuk collect payung lepas habis konsert nanti. 


Masuk dalam agak struggle lah cari seat sebab gayat dan gelap. Kitorang masuk awal lah jugak dalam stadium tu, satu jam sebelum konsert mula tapi kenapa organizer tak buka lampu supaya memudahkan orang cari seat? Dah la tangga dekat situ curam. 

Organizer ni berbeza teruk dengan organizer masa HELLO Tour tu sebab diorang tak pasang pun lagu iKON. Sorry lah, you guys akan nampak I semedang compare dengan konsert TREASURE sebab itu je yang pernah pergi. Disebabkan seat hujung sekali, terpaksa lah duduk bangun sebab orang nak keluar masuk. Seat gap dekat situ tak luas sangat pun. Sebab rimas dengan hal tu kitorang keluar lepak dekat luar sampai lah 10 minit konsert start. 


Tak pasti lah masa kitorang keluar tu ada ke tak iKONIC nyanyi lagu Blue Moon sebelum konsert start sebab tu first fan project. Kalau ada pun I tak mampu nak join sebab tak tahu. Like I've said before, I ni iKONIC suam kuku je. Sebelum konsert start, diorang nyanyi lagu Tantara sambil check Konbat function ke tak. Mine looking great joining the Konfire. Such an honor to join this red ocean :')


Ni view dari CAT 4 Blok 405. Bak kata Ecah, semut iKON. Sedih betul Nani tak ada sekali sebab dah enlisted. Setiap kali sampai turn Jinhwan nyanyi, organizer akan pasang klip dekat previous concert. Tapi bukan dengar sangat pun sebab MYiKONICs nyanyi lagi kuat part Nani. Masa perform lagu U nampak Bobby high five tangan sendiri sebab Nani takde :(

Kan masa redeem ticket tadi dapat sekotak Berocca kan? Function lah untuk iKONIC sebab lepas opening stage, DK suruh semua orang berdiri. Naik sheikh lah semua orang nyanyi sambil hayun Konbat. 


Bab menjerit tak payah cakap lah, sampai terbatuk-batuk orang depan dan belakang. I tak menjerit sebab record video. K tipu. 

Sebelum solo performances, Bobby dengan Chanwoo ada borak pasal nasi lemak dengan nasi goreng. Bobby kata nasi lemak rasa sedap tapi dia tak suka sangat sebab ada ikan bilis. Bobby tak makan seafood so faham lah kenapa dia tak suka. Chanwoo pulak kata dia suka makan nasi goreng. Jenuh gak iKONIC terangkan kat dia apa tu nasi goreng. 

Lepas ment diorang, DK sambung perform lagu Kiss Me. Lagu tu sexy vibe tapi tak boleh lah nak bukak baju bagai jadi dia buka vest je. Itupun kemain menggeletis semua ye menjerit kuat gila. Bersambung pula dengan persembahan solo JuNe. Comel sangat JuNe menyanyi Want You Back dengan ukulele dia. Handsome teruk JuNe, suara dia live a bit sengau dan husky. Sengau bukan macam Irwansyah tapi sengau yang sedap lah. I tak expect ada yang sengau tu sebab suara dia jenis dalam dan serak. 


Happy dapat dengar Raining - JunBob live depan mata sebab ni lagu favourite dari album Lucky Man. Chill je Bobby rap atas kerusi temankan JuNe sebab dia nervous nyanyi solo. Bila ada Bobby nampak dia relaks sikit compared than previous performance. Lepas tu Bobby perform lagu Heartbroken Playboy dari album Lucky Man jugak. Patutnya ada solo performance Jinhwan tapi sebab orangnya tak ada, maka diganti oleh Bobby. Kalau Bobby nyanyi single track baru dia Drowning tu lagi syok nak sing along kot. Last solo performance diakhiri dengan performance bertenaga Eurachacha - Yunhyeong. 

I say yeong you say cha
yeongchayeongcha

Nampak lah dia happy teruk perform trot song sebab dia suka genre lagu ni. Solo song pulak tu, semua bagi attention dekat dia seorang je, makin semangat lah dia dok ulang rangkap tu. Habis je solo p[erformances masuk pula VCR interview iKON. Masa part Bobby cakap dia selalu makan sorang-sorang semua orang boo dia. Hello mister, you're married okay? Bagitahu je lah setiap hari dia makan sambil dukung anak sebelah tangan. 

Bila masuk part DK cakap iKON bersyukur sangat dapat jumpa fans lepas 5 tahun, bergenang pulak mata sebab tempoh masa yang lama lah lepas tragedi 2018 tu. They've been through hell, depression and anxiety. Teringat masa DK cerita yang semua member berkurung dalam bilik lepas leader diorang keluar. But look at them now.

Fan project kedua is a success sebab semua orang buka flashlight masa iKON nyanyi lagu Like A Movie dari album Take Off. Cantik sangat view masa tu sebab Konfire campur flashlight. 


Sakan eh memasing masa perform lagu Freedom. Sakan jugak MYiKONICs nyanyi lagu Freedom sebab lagu keramat lepas 7 tahun iKON stay secara rasmi dengan YG Entertainment. Habis last performance, keluar decible untuk dengar tahap jeritan iKONICs untuk tengok iKON perform untuk encore. Of course lah kitorang dapat cecah tahap paling tinggi. Sedangkan masa performance sebelum tu pun dah meledak Axiata Arena dengan jeritan iKONICs. 

Bobby puji suara MYiKONICs paling kuat antara semua fandom. Bukan tu je, Bobby siap cakap iKONICs ni bijak sebab tahu semua lirik lagu untuk set list TAKE OFF tour. 


Masa encore makin kuat suara semua orang nyanyi lagu B-Day dengan Rythm Ta. Seronok lah VIP sebab Bobby dengan DK turun jumpa diorang dekat bawah. Bodyguard diorang tak strict sangat sampai tak boleh turun bawah. Bobby spot fanboy handsome sebab suara dia paling kuat menyanyi. DK merata lah dia pergi kecuali seat atas T.T


Ment akhir sebelum habis tu, dapat lah dengar ucapan setiap member sebab dari awal konsert sampai ke hujung asyik Bobby dengan DK je bergilir cakap dan interact dengan fans. Ada lah yang lain bercakap tapi tak banyak pun. 

Kalau nak tanya konsert iKON best ke tak, for me boleh lah. Maybe I frust kot sebab Nani takde sebab dia second bias pastu frust teruk bila dapat tahu tiket CAT 2 dijual murah. Of course lah rezeki for some people tapi I bayar RM400 untuk CAT 4 tapi view semut je. Salah organizer jugak tak letak skrin besar. Dah la seat ada penghadang so view terganggu dengan besi tu. 

Tak pasti lah kenapa member yang lain tak nak bercakap sangat, nak kata sebab language barrier tak jugak sebab ada translator. Masa JuNe buat ucapan tu ada je translator terjemahkan. Masa konsert TREASURE haritu even Jeongwoo yang introvert dan jarang bercakap pun interact dengan Teumes siap bagi epic pickupline. 

But all in all it was a great memory lah sebab bukan selalu pun iKON nak datang. I pergi konsert ni pun sebab nak merasa vibe and ambience tour iKON. Maybe this is the first and last for me tapi untuk konsert solo Bobby nanti for sure I pergi sebab dah tengok Bobby control crowd macam mana. Energy dia pun mantap sepanjang konsert cuma tu lah memang tak mampu lah nak rap sekali. Buat hal lah nak challenge juara Show Me The Money hshshs

Thanks for a memorable night iKON, thank you for coming to Malaysia and all the best for your comeback this September!