Syarikat Produksi: Starvision Plus, Wahana Kreator Nusantara
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2022 (Indonesia), 27 Januari 2023 (Festival Film International Rotterdam), 23 April 2023 (Red Lotus Asian Film Festival)
Trailer :
Naskhah Like & Share arahan Gina S. Noer merupakan naskhah yang berkisarkan kehidupan dua remaja perempuan, Lisa (Aurora Ribero) dan Sarah (Arawinda Kirana) yang ingin belajar tentang dunia melalui cara mereka sendiri. Mereka berdua mempunyai vlog ASMR di Youtube dan mempunyai cara berbeza dalam niche tersebut. ASMR makanan tapi sensual.
Kerana video tersebut, ibunya Lisa, Linda tak gemar anak perempuan tunggalnya berkawan dengan Sarah. Kerana video tersebut, Ario (Kevin Julio) minta adiknya supaya mempunyai masa depan yang jelas dan menurut arahannya untuk berpindah ke Sydney.
‘Lo normal. Okay? Lo baik. Gue juga baik. Kita jadi diri kita sendiri aja. Kita lakuin apa yang kita mau lakuin. Kita eksplorasi dunia ini bareng-bareng. Orang tua lo boleh ngejudge lo, ngomong apa mereka pengen ngomonin, terserah! Tapi kalau gue, gue akan selalu menerima lo apa adanya. Percaya sama gue.’ – Sarah
Dalam mengangani masalah ketagihan Lisa, Sarah bertemu dengan Devan yang tua 10 tahun umurnya. Lisa risau dengan kehadiran Devan, bukan saja tergugat masa dan ruang bersama Sarah, personaliti Devan juga meragukan. Sebaik saja menginjak usia 18 tahun, Devan memperkosa Sarah dan sebarkan video Sarah kepada umum.
Kalau tengok pada poster filem Like & Share, tak nampak langsung permasalahan yang dialami oleh beberapa watak utama dalam filem ni. Selain Sarah dan Lisa, watak Fita (Aulia Sarah) juga mempunyai kisah silam yang merobek seluruh kehidupannya. Kerana Fita, watak Lisa dan Sarah banyak belajar erti menerima keadaan diri.
Dari watak Fita juga boleh nampak apa yang terjadi kepada kebanyakan mangsa “video leaked”. Pergi buat laporan pun belum tentu nasib akan terbela and this issue is not something new. Bukan saja lelaki ketawakan mangsa malah perempuan yang lain juga letakkan sepenuhnya salah kepada mangsa. Watak antagonis tersebut jelas dipaparkan pada watak Linda dan juga peguam bela Devan selain penghantar komen di media sosial.
‘Perempuan baik macam apa yang nggak punya empati sama perempuan lain?’ - Lisa
Walaupun alur cerita dengan masalah seksual yang sering berlaku dalam hidup wanita bersama sinematografi yang memukau dari Deska Binarso menjadi kekuatan filem Like & Share namun banyak lagi yang boleh dikembangkan sekiranya tidak dibikin dalam pace yang perlahan. Tak ada salahnya pun kalau genre drama diolah dalam pace yang laju. Kalau babaknya intense, ada dialog padu tetap menusuk juga. Macam babak Linda dengan Lisa bergaduh soal peritnya hidup. Babak Sarah bagitahu abang dia, masa dalam hotel tu dia cakap tak nak. Boleh kata ada beberapa momen yang merenggut perasaan dan ada juga yang bikin nangis.
Above everything that happened in their life, filem ni berjaya sampaikan mesej yang tak semua hal buruk yang berlaku dalam hidup adalah buruk. Dalam keburukan tu, kita jumpa apa yang dinamakan setia, sayang dan kebaikan. Untung Sarah yang ada Lisa dan abangnya dan beruntung juga Lisa kerana ada Fita dan Linda.
Dalam naskhah ni juga boleh nampak yang masyarakat beragama sering saja tepis dan selesaikan isu berat dengan jalan keluar yang paling mudah, mengaji dan solat. Baik isu yang diketengahkan dalam filem ni mahupun isu masalah mental. Kalau sudah mengaji dan solat tapi masih juga sama, terus apa? Mungkin filem ni gagal menceritakan dengan jelas solusinya kerana ruang yang terhad tapi jawapannya tetap ada.
1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Hi Maira Kamran Is here.. this looks interesting, thanks for sharing..
ReplyDeletewomen’s jewelry online shopping in Canada