Movie Review | Kathal (2023)

Tuesday, 6 June 2023


Director: Yashowardhan Mishra 
Writer : Ashok Mishra, Yashowardhan Mishra
Cast : Sanya Malhotra, Anant V Joshi, Vijay Raaz, Rajpal Yadav, Brijendra Kala, Neha Saraf, Raghubir Yadav
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Sikhya Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Satire / Comedy / Drama
Running Time : 115 minutes
Release Date : 19 May 2023
Trailer :


Kisah bermula dengan kehilangan dua biji nangka di laman rumah MLA Munnalal Pateria (Vijay Raaz) dan Inspektor Mahima Basor (Sanya Malhotra) ditugaskan untuk mencari nangka tersebut. Kenapa buah nangka ni penting? Kerana buah nangka baka Ah Hong dari Malaysia tu sedap dibuat jeruk. Jeruk tu pula akan diberikan sebagai hadiah dengan harapan MLA akan bertukar jadi Menteri.

‘I swear by my mother’s name! Ever since I tasted it, the Uncle Hongs have consumed me. I can’t seem to pick any other pickles!’ – CM Secretary

Inspektor Mahima mengeluh pada awalnya kerana kehilangan buah nangka bagi dia bukanlah sesuatu yang penting jika nak dibandingkan dengan kes jenayah yang lain. Mahu atau tidak terpaksa juga dia menurut arahan ketua. Sampel getah diambil, semua penjual nangka di pasar juga disoal just in case ada yang berani curi untuk peroleh keuntungan lebih besar. 

Dalam sibuk menyiasat kes nangka tersebut, bekas tukang kebun yang pernah bekerja di rumah MLA diberkas kerana menjadi suspek utama. Dia yang sentiasa berada dekat dengan pokok nangka tersebut. Mahima syak anak tukang kebun, Amiya (Apoorva Chaturvedi) yang mencuri dua biji nangka tersebut kerana hari Amiya hilang adalah hari yang sama dua biji nangka juga lesap. 

Bangga betul bila tengok buah nangka baka Malaysia dipuji dalam filem tayangan terbaru Netflix ni sebab banyak kali Setiausaha Ketua Menteri tu bagitahu jeruk buah nangka Malaysia je yang sedap. Rasa dia tak sama langsung dengan baka India. Bila Google pasal buah nangka baka Ah Hong ni tak wujud pun, rasanya MLA Munnalal tu beli nangka madu dekat kebun Ah Hong. 

Filem Kathal arahan Yashowardhan Mishra menggunakan genre satire comedy untuk menceritakan kebobrokan institusi polis yang terpaksa menurut arahan ahli politik seperti MLA Munnalal. Masalah rasuah yang berleluasa, diskriminasi terhadap wanita dalam unit beruniform dan cinta berbeza kasta juga dibincangkan dalam nada yang ringan. 

Bukan kali pertama Sanya membawakan filem heroin-centric dan genre komedi. Sanya pernah berlakon dalam Pataakha (2018) dan Pagglait (2019) jadi tak hairan lah lakonan dia menjadi tumpuan pada kebanyakan babak. Ekspresi muka dia setiap kali tertekan dengan masalah kerja mahupun hubungan cinta dia bersama Konstabel Saurabh Dwivedi (Anant V) tepat menggambarkan situasi tersebut. Walaupun berada di atas tak semestinya anak buah dia akan dengar kata. Tak semestinya juga prinsip dia membantu semua mangsa tanpa mengira kasta dipegang oleh semua. Malah kekasih dia sendiri susah untuk ubah persepsi walhal serius dalam perhubungan mereka. 

Kelakar tengok cara polis dan pihak forensik kerah tenaga untuk siasat dua biji nangka yang hilang tu. Dalam masa yang sama kena kawal berita tersebut dari pengetahuan wartawan Anuj Sanghvi (Rajpal Yadav) sebab sah-sah orang awam akan pertikai integriti polis juga MLA tersebut. Terkejut juga bila tahu siapa dalang sebenar yang mencuri dua biji nangka Ah Hong tu.

Dialog Inspektor Mahima dan juga MLA pun antara punchline yang padu dari naskhah satira komedi. Siapa tak geram kalau tengah sibuk dengan kes, tiba-tiba Konstabel Kunti (Neha Saraf) minta excuse supaya dapat sambut ulangtahun kelahiran suaminya. Nak minta kerja lebih masa pun, suami dia dah bising suruh balik goreng kentang. 

Sinematografi Harshvir Oberai memaparkan dengan cemerlang kehidupan masyarakat pekan kecil di kawasan perkampungan India. Bagaimana cara pihak polis bekerja dan kehidupan seharian mereka namun music album dari Ram Sampath tak berjaya meninggalkan impak untuk mana-mana babak lagu tersebut digunakan. Nevertheless, filem Kathal (Nangka) menghiburkan dengan alur cerita yang digarap kemas dalam template komedi. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.