Movie Review | Bayi Ajaib (2023)

Saturday, 3 June 2023


Pengarah: Rako Prijanto
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon : Vino G. Bastian, Adipati Dolken, Rayhan Cornelis Vandennoort, Sara Fajira, Desy Ratnasari, Teuku Rifnu Wikana
Syarikat Produksi: Falcon Black 
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2023 (Indonesia), 23 Mac 2023 (Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam)
Trailer :


Filem debut pertama terbitan Falcon Black, naskhah Bayi Ajaib adalah remake kepada filem legenda, Bayi Ajaib (1982) arahan Tindra Rengat. Kisah bermula dengan watak Kosim (Vino G. Bastian), menjadi kaya kerana terjumpa permata di sungai desa Hirupbagja. Kosim menikahi Laras (Sara Fajira) dan menanti cahaya mata yang pertama. 

Namun kerana sikap tamak Dorman (Adipati Dolken) yang mempercayai dirinya keturunan lelaki Portugis yang kejam, dia memberi kehidupan baru kepada Albert Dominique (Willem Bevers). Roh tersebut merasuk jiwa Didi (Rayhan Cornelis Vandennoort) yang lahir pada gerhana bulan. Sejak bayi lagi dia sudah membunuh dan rahsia tersebut diketahui oleh Emak Atik (Dewi Pakis) namun diminta supaya diamkan saja oleh Kosim.

Kosim perlu menjaga hati isterinya malah dia juga sedang bertanding sebagai Ketua Kampung kerana Soleh (Teuku Rifnu Wikana) adalah saingan yang kuat. Dari awal lagi Kosim sudah tahu keupayaan kuasa Didi apatah lagi bila ramai yang meninggal dengan cara yang kejam. Kerana mempunyai musuh yang sama, Dorman mula tawarkan diri untuk membantu Kosim dalam pilihanraya tersebut. 

Excited dan takut sama banyak bila nak tekan butang play di Netflix sebab masa kecik dulu trauma nak pergi tandas gara-gara babak bayi ajaib ni muncul dekat lubang tandas. Ambil masa yang lama juga untuk recover supaya dapat membuang dengan tenang. 

Penceritaan Bayi Ajaib arahan Rako Prijanto mungkin lebih kurang sama dengan yang asalnya sebab niat produser cuma nak filem ni terus diingati sampai bila-bila. Tak mungkin lah nak cari balik filem asal hanya semata nak buat perbandingan. Sama atau tidak tu lantaklah, kita bahaskan saja untuk filem Bayi Ajaib yang baru. 

Watak dalam filem Bayi Ajaib tak banyak jadi tak ambil masa lama pun untuk kita kenal semua watak penting. Walaupun Kosim adalah watak antagonis tapi untuk keluarga, dia adalah idaman. Jadi tak hairanlah kalau Laras turuti saja arahannya. Dalam menurut tu pun kalau Laras nak buat, dia buat juga macam hal ibadah. Kosim tak solat tapi dia tak pernah marah pun Laras solat. Yang dia berbulu bila nampak isteri Soleh rapat dengan Laras. 

Love language Kosim adalah melalui perbuatan bila dia diamkan saja walaupun tak suka macam mana dia buat tak endah bila Laras mengaji ataupun bila Didi membunuh orang. Tapi bila Didi mula cuba bunuh Laras, Kosim tahu dia perlu bertindak. Nak kata dia tak percaya Didi boleh membunuh tu tak juga sebab dia sendiri nampak apa jadi dengan Heti. Nak kata dia tak percaya benda mistik pun tak juga sebab dia dengan mudah bekerjasama dengan Dorman. 

Pengarah tak beri ruang yang banyak pun untuk watak Dorman dan Soleh walaupun watak mereka agak penting juga dalam filem Bayi Ajaib. Dorman cuma muncul bila perlu manakala Soleh terpaksa berebut screentime dengan watak Ustaz Yasa (Derry Oktami) yang cuma watak sampingan, datang ke kampung tersebut untuk menghalang Dorman. Masa Didi serang Soleh tu ingatkan Soleh boleh lawan dengan ayat suci tapi panik sangat gamaknya. 

Penulis tak ceritakan kenapa Albert Dominique nak sangat dapat kehidupan baru, minum darah adalah side effect datang dari neraka manakala membunuh pula kerana dia ingin rahsia dia kekal rahsia. Nak kata dia rindu nak minum darah monyet pun tak juga sebab dia kokak kambing dalam kandang belakang rumah Kosim. 

Bila sembang pasal sinematografi filem seram, dah boleh agak berapa banyak sangat lah penggunaan cahaya untuk babak waktu malam. Filem ni walaupun ganas cara membunuh tu tapi tak seram mana pun. Babak tandas yang ditakuti sangat tu pun tak kick. Muka Albert pun tak seram sebab guna prosthetic makeup dan bantuan CGI. Menyampah juga tengok muka semua penduduk di kampung tu sebab belengas. Muka Laras dan Didi jadi bronze padahal jarang keluar rumah. 

Overall filem remake Bayi Ajaib gagal menghidupkan kembali rasa seram yang pernah menggerunkan satu ketika dulu. Mungkin sebab CGI atau mungkin juga kerana penulisan yang kurang menarik. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

2 comments

  1. Tengok cerita seram ini, tu lah.. Mula terbayang-bayang.. kikiki.. tapi macam menariklah pula..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.