Pelakon : Abidzar Al Ghifari, Febby Rastanty, Bio One, Omara Esteghlal, Jourdy Pranata, Yusuf Mahardika, Sitha Marino, Marthino Lio, Kiki Narendra, Lulu Tobing, Tanta Ginting, Dede Yusuf
Syarikat Produksi: IDN Pictures
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: minit
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022 (Jakarta Film Week 2022), 18 Oktober 2022 (BFFI), 29 November 2022 (Jogja-NETPAC Asian Film Festival), 19 Januari 2023 (Indonesia)
Trailer :
Indonesia kembali dengan naskhah remaja setelah franchise Dilan (2020) pernah menjadi kegilaan, kali ni diadaptasi dari novel Balada Si Roy karya Gol A Gong. Mengisahkan tentang Roy (Abidzar Al Ghifari) yang terpaksa berpindah ke Serang, pekan kecil yang dianggap kusam kerana lebih mundur dari Bandung.
Hari pertama persekolahan Roy, dia datang ke sekolah bersama anjing kesayangannya, Joe. Semua mata tertumpu kepadanya terutamanya Wiwik (Zulfa Maharani). Malangnya kecantikan Ani (Febby Rastanty) bukan saja dihargai oleh Roy malah oleh Joe juga. Adegan tersebut diperhatikan oleh Dullah (Bio One) yang mempunyai wang dan kuasa di pekan kecil tersebut. Maka bermulalah episod permusuhan antara Roy dan Dullah.
Sebagai jiwa panas dan orang kota yang selesa hidup nyaman, Roy tak pernah gentar melawan Dullah. Hanya perlu tempat dan masa, pasti dia akan datang untuk beradu tenaga. Selain mempunyai rakan karib, Andi (Jourdy Pranata) dan Toni (Omara Esteghlal), Roy juga sentiasa dijaga oleh Edi (Yusuf Mahardika). Banyak perkara yang terjadi dalam hidup Roy hinggakan dia bertindak untuk mencari diri sendiri dan meneruskan perjuangan juga amanat arwah bapanya.
‘Sebagai penakluk, perpisahan bukan satu-satunya jalan yang buntu. Kadang kita memang ditakdirkan buat ketemu, tapi kadang, takdir bisa diwujudkan, hanya saja soal waktu.’ - Roy
Sama seperti franchise Dilan yang berlatarkan era 80-an, filem Balada Si Roy juga berlatarkan era yang sama di mana watak utamanya terjebak dengan geng motor. Aura Roy juga terhasil dari gaya percakapan yang mempunyai keyakinannya yang tinggi, fashion style yang setia dengan jacket denim dan bandana. Semua ini hasil lelah art, props dan wardrobe team yang membuat kajian supaya mood dan vibe filem kembali menghidupkan nuansa era 80-an dengan cemerlang.
Tona visual juga mendapat sentuhan yang sesuai ditambah dengan shot berkualiti dari Padri Nadeak yang bermain pada subjek dan sekitarnya. Masyarakat kota Serang, budayanya, rakyatnya menguatkan lagi penceritaan dan sifat rebel Roy terhadap korupsi yang berlaku di Serang. Tak kurang juga adegan romantik Roy dengan Ani dalam babak hujan atau pertemuan Roy dengan Dewi (Sitha Marino).
Penceritaan Balada Si Roy tak terhad kepada kisah cinta walaupun 3 orang watak wanita cantik dalam hidupnya. Dari melawan senior kaki buli di sekolah seperti Dullah, menyuntik semangat keberanian kepada rakan sekolah kepada melawan sistem pemerintahan kuku besi di Serang.
Bagaimana pertalian antara ayah Roy dan perjuangannya memberi kesan kepada masa depan Roy juga mempunyai kekuatannya sendiri. Dialog dalam naskhah Balada Si Roy juga mantap dalam mengangkat tema kehidupan dan revolusi. Ada babak yang bercerita sepintas lalu tentang kes jenayah pembunuh manusia bertatu yang turut diangkat dalam filem Pengabdi Setan 2 (2021).
Malangnya drama yang ditonjolkan tak lah begitu terasa walaupun banyak dan berat. Mungkin kerana terlampau mendadak hingga kita tak diberi ruang yang cukup untuk kenal watak Roy dan watak sekitarnya ataupun penulis tak mampu paparkan elemen drama dengan baik. Lihat saja pada babak Ratu Astuti (Lulu Tobing) mengingatkan janji Roy kepada bapanya terasa mendatar sedangkan peralihan penting dari titik Roy si alkohol bertukar ke titik Roy si penulis.
Perkembangan persahabatan antara Roy dengan Edi pun nampak canggung, tak faham kenapa rapat dan tak faham kenapa Edi setia dengan Roy walaupun karakter berbeza. Kalau ada babak Edi bantu Roy kenal Serang dari perspektif berbeza atau bantu keluar dari cengkaman Menteri, boleh terima lah. Persahabatan tu nampak solid dari awal hingga habis.
Pelik juga dengan budaya yang dipaparkan dalam filem Roy sebab beria dia sertu setiap kali pegang anjing tapi boleh minum alkohol setiap malam. Kalau tengok pada beberapa babak boleh dikatakan keluarga Roy tak lah miskin selepas berpindah ke Serang sebab Roy mampu beli alkohol dan pergi ke sekolah.
Personally I rasa filem pertama Balada Si Roy ni patutnya dibikin dua part supaya setiap watak dapat ruang yang secukupnya untuk diperkenalkan kepada penonton memandangkan akan jadi franchise bila novel karya Gol A Gong mempunyai 8 naskhah jumlahnya.
p/s: Sayang betul Jefri Nichol tak jadi pelakon utama gara-gara kes dadah. He’s a perfect fit for this movie.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Terlalu cram ye penceritaan dia sampai tak nampak keserasian antara watak..
ReplyDelete