Cast : Hong Hui Fang, Kang Hyung-seok, Jung Dong-hwan, Yeo Jin-goo, Shane Pow
Production Companies: Giraffe Pictures, Rediance, Singapore Film Commission, Korean Film Council, Seoul Film Commission
Distributor: Golden Village Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 90 minutes
Release Dates: 7 October 2022 (Busan), 27 October 2022 (Singapore), 13 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :
Filem kerjasama antara dua negara, Singapura juga Korea yang mendapat tayangan perdana di Busan International Film Festival ke-27 mengisahkan tentang pengalaman Ajoomma (Hong Hui Fang) bercuti di Korea di bawah agensi pelancongan Sena Tours.
Asalnya Ajoomma pergi bercuti dengan anak lelakinya, Sam (Shane Pow) tapi kerana jadual temuduga pekerjaannya di US diubah last minute, Sam minta supaya percutian tersebut dibatalkan. Terkilan juga lah Ajoomma sebab dia dah siap packing semua barang, bercerita sana-sini, simpan niat nak melawat tempat di Korea sudahnya kena cancel.
Bila pihak agensi telefon, Ajoomma dapat tahu duit tak akan dipulangkan semula sekiranya batal secara mengejut. Daripada rugi tak dapat refund, baik dia join. Kalau Sam dah selesai dengan temuduga, Sam boleh ambil penerbangan dari US terus ke Korea Selatan. Tapi semua yang dirancang tak menjadi bila Sam bertegas untuk stay di US. Ajoomma pula tertinggal belakang gara-gara kecuaian ejen Kwon-woo (Kang Hyung-seok).
Nak kejar, bas dah jauh meninggalkan dia. Tenaga pun dah tak berapa nak ada. Nak telefon pula, handphone dia dah rosak sebab terjatuh masa berlari dalam keadaan panik. Nasib baik ada pengawal keselamatan bernama Jung-su (Jung Dong-hwan) di kawasan tersebut yang sudi bantu dia hantar ke hotel. Malangnya hotel yang sepatutnya jadi tempat penginapan trip tersebut ditutup untuk projek ubahsuai.
Nak taknak terpaksa lah dia bermalam di rumah Jung-su yang hari-harinya ditemani oleh anjingnya, Dookkie. Tak banyak pun Jung-su dengan Ajoomma mampu menyembang sebab perbualan mereka ibarat ayam dan itik.
Filem Ajoomma arahan He Shuming digarap dengan alur penceritaan yang ringkas dan bersifat straight-forward. Walaupun digubah dalam template komedi drama tapi filem ni lebih terarah pada drama sebab elemen komedinya agak lemah dan kurang menghiburkan.
Memandangkan filem Ajoomma adalah kerjasama dua negara jadi banyak lah terselit mesej sosial walaupun diadun secara ringan sahaja. Macam babak Kwon-woo yang ingin mengalah akibat musibah yang menimpa dia tapi Ajoomma nasihatkan supaya terus kuat kerana anak perempuan dia. Babak Ajoomma tahu tentang alasan Sam untuk tinggal di US pun tak diberikan fokus sangat. Mungkin juga kerana isu taboo tapi kalau tak nak sentuh sangat, baik tak payah letak sebab tak menguatkan jalan cerita pun.
Patutnya penulis banyakkan lagi momen Ajoomma di Korea daripada meleret banyak sangat dekat awal cerita sampai filem ni terasa hambar. Jenuh nak tunggu masuk babak yang menarik. Bila dah jumpa mood seronok tu tup tup dah habis pula. Sweet tengok momen Ajoomma dengan Jung-su, tak sangka pergi Korea jumpa jodoh walaupun masing-masing sayang dengan partner yang dah meninggal dunia.
Ingatkan Ajoomma dapat jumpa Yeo Jin-goo sebab dia minat sangat dengan K-drama yang dia tengah layan tu rupanya tak pun. Sayang lah tak ada momen tu padahal minat dengan pelakon dan idol adalah antara pengaruh besar kenapa aktiviti pelancongan di Korea melonjak naik. In real life dia dapat lah jumpa sebab shooting dalam filem yang sama, dalam movie jumpa dalam TV je.
Naskhah Ajoomma ni tak lah tak seronok nak tonton tapi lagi menarik kalau penceritaan dia tak fokus pada aspek drama sedangkan ada potensi untuk jadi naskhah komedi yang menghiburkan. Nevertheless, congrats to Ajoomma’s team production for their effort and award-winning. 7 tahun ambil masa untuk siapkan bukan tempoh masa yang singkat.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wah.. kolaborasi menarik..
ReplyDelete