Masa pergi SSM bulan lepas I kutip order bebudak office sebab memasing nak makan 'nasi campur' dekat Dodo Korea. Restoran ni viral sejak bulan puasa dekat TikTok sebab buat sistem nasi campur. Menggunakan tagline Authentic Korean Recipe sebab Chef Moon berasal dari Korea. Macam tengok ahjumma dalam K-Drama sebab cantik sangat skin dia, flawless teruk. Murah dengan senyuman pulak tu.
Chef Moon ni bercakap dengan staff dekat Dodo Korea guna Hangeul dengan English rasanya. Happy betul boleh converse dengan Chef Moon walaupun setakat Annyeonghaseyo dengan Kamsahamida~!!
Restoran Dodo Korea ni tak besar pun sebab satu unit saja di Nu Sentral, terletak bersebelahan dengan Waroeng Penyet di Tingkat 4. Naik eskalator terus nampak sebab ramai yang beratur panjang dekat sini especially peak hour. Masa I pergi tu pukul 11 pagi tapi dah panjang. Menginjak pukul 12 tengahari macam dalam gambar tu lah, dah penuh dah ruang makan. Nasib baik lah kitorang tapau je jadi tak risau bab cari meja makan.
Dekat restoran Dodo Korea ni ada pilihan sama ada Single Set - Beef (Bulgogi) Set Lunch Box, Squid Set Lunch Box, Fish Set Lunch Box, Chili Chicken Set Lunch Box, Chicken Curry Set Lunch Box dan Prawn Set Lunch Box.
Pilihan kedua, Single sets dan Combo sets - Chicken Meat Ball Set Lunch Box, Yang Nyeom Chicken Set, Beef + Yang Nyeom Chicken Set, Meat Ball + Yang Nyeom Chicken Set dan Dak Gang Jeong Set Lunch Box. Ada juga Home Made Combo Set di mana kita boleh pilih untuk campur 2 main dish. Harga sama jugak, RM17.00 macam set yang lain.
Kalau tertanya Yang Nyeom tu apa, maksudnya Sweet, Sour & Spicy yang menggunakan gochujang (pes cili), bawang putih, gula dan rempah lain supaya cukup rasa. Gang Jeong pula Sweet Crispy menggunakan bawang putih, gula perang, sirap jagung, kicap soya, taburan bijan atau kacang. Dekat sini ada juga Sundubu Jiigae, sup tofu lembut dengan telur. Nak beli tapi macam syok makan panas-panas dekat situ. Baru lah boleh ahhhhh macam dalam drama Korea tu hshshs.
Tak lama pun nak tunggu staff siapkan order untuk tapau sebab konsep nasi campur kan. Kitorang order Yang Nyeom Chicken Set, Beef + Yang Nyeom Chicken Set dengan Beef Bulgogi Set.
Nak balik tu bila pusing belakang kemain panjang beratur sampai ke Old Town dah. Ni entah masuk kerja pukul berapa kalau setengah jam buang masa beratur dekat Dodo Korea ni.
Dalam setiap set tu ada nasi putih dengan taburan bijan hitam, sayur kubis diparut halus panjang, kentang lenyek, kimchi dan buah tembikai. Kalau nak rasa masakan Korea boleh lah rasa dekat Dodo Korea ni sebab resipi dekat restoran ni adalah resipi dari Chef Moon dan keluarga dia.
Kimchi dia sedap, tak rasa cuka sangat, crispy pulak tu. Bulgogi dia lembut dan diperap cukup rasa. Ayam je lah yang tak pedas sangat, tak sepedas macam KFry. Rasanya Chef Moon tone down rasa pedas tu supaya semua orang boleh makan. Berbaloi tak bayar RM17 untuk satu set ni, for me berbaloi sebab kimchi mahal, ayam dengan daging pun banyak. Kenyang teruk makan satu set ni.
Lepas ni boleh try makan set udang dengan sotong pulak dekat restoran Dodo Korea tapi nak pergi dekat cawangan lain pulak sebab taknak beratur panjang haha.
Part kena beratur panjang tu yang tak boleh tahan
ReplyDeletemak aih panjangnya barisan. Terus tak sanggup
ReplyDeleteEh, memang berbaloi la, nampak banyak ayam dia bagi.
ReplyDeleteWah.. bestnya tengok.. Lauk-lauk dia banyak.. berbaloi makan..
ReplyDelete