Kagumi Kemunculan Pertama ‘Ultraman Blazar’ di Malaysia

Tuesday, 27 June 2023

Kagumi Kemunculan Pertama ‘Ultraman Blazar’ di Malaysia | Dapatkan tiket tayangan, pas Meet & Greet dan barangan eksklusif Ultraman Decker secara PERCUMA dengan Astro Rewards

Para peminat siri superhero popular Jepun ciptaan Eiji Tsuburaya iaitu Ultraman kini boleh teruja dengan penampilan istimewa barisan pelakon daripada francaisnya iaitu Ultraman Trigger, Ultraman Decker serta Ichika Kirino dalam sesi Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 25 Jun di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. 


Penganjuran ini merupakan acara rasmi Ultraman bersama peminat buat pertama kali di Malaysia hasil kerjasama di antara Astro Malaysia, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur untuk menjadikan siri superhero daripada Jepun ini sebagai tarikan utama pengunjung terutamanya kalangan kanak-kanak dan remaja. 

Lebih menarik, acara ini turut memperkenalkan siri baharunya yang bertajuk Ultraman Blazar buat julung kalinya di Malaysia dengan mengadakan sesi sidang media bersama barisan pelakon siri francais popular tersebut yang dihadiri Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino) bersama dengan wakil Astro (Farah Fauzana, Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro) dan Tsuburaya Productions (Encik Kei Minamitani, Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa).


Ultraman Blazar menampilkan Ultraman Blazar, kemunculan wira baharu yang berasal dari objek astronomi ekstragalaksi yang berada jauh dari Bumi. Manakala, kapten kepada SKaRD (Special Kaiju Reaction Detachment) yang ditubuhkan oleh Global Guardian Force (GGF) untuk menentang kemusnahan yang dilakukan oleh raksasa kaiju Bazanga, Gento Hiruma berganding bahu dengan Ultraman Blazar untuk menentang raksasa kaiju Bazanga yang semakin mengganas di bumi. Siri ini dibintangi Tomoya Warabino dan Himena Tsukimiya. 

Selain daripada itu, acara ini turut menyediakan pelbagai aktivit-aktiviti yang menarik untuk para pengunjung termasuk kanak-kanak dan ibu bapa seperti kiosk penjualan barangan jenama Ultraman, inflatable playground untuk kanak-kanak bermain, sesi bergambar dan Meet & Greet bersama Ultraman, pameran berkonsepkan kostum Ultraman, paparan patung Ultraman dan Kaiju di pelbagai sudut di Lalaport Kuala Lumpur, tayangan siri-siri Ultraman serta persembahan aksi daripada barisan pelakon yang hadir. 

 
Kehadiran selebriti popular, Wafiy juga memeriahkan acara tersebut dalam mempromosikan siri terbaharu Ultraman Blazar bersama-sama dengan Hiroki, Raga, Yuka dan para peminatnya. 

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh mendapatkan tiket tayangan perdana kepada filem terbaharu Ultraman, pas ke sesi Meet & Greet serta barangan eksklusif Ultraman Decker secara percuma apabila mereka menebus kod Astro Rewards pada 24 dan 25 Jun di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar. Peluang untuk menebus kod ini adalah terhad dan setiap pelanggan hanya boleh menebus empat tiket tayangan dan empat pas Meet & Greet sahaja bermula 7 Jun sehingga 25 Jun ini. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun aplikasi MyAstro menerusi Google Play dan App Store.


Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar berlangsung mulai 10 Jun hingga 2 Julai 2023 di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Sidang media untuk siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar diadakan pada 25 Jun 2023 pada pukul 1.00 tengah hari. Manakala Live Show & Cast Talk bersama barisan pelakon yang hadir iaitu Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino) diadakan sebanyak dua sesi pada 25 Jun 2023, jam 12.30 tengah hari dan 4.00 petang sahaja. 


Dapatkan pelbagai barangan eksklusif Ultraman Decker serta peluang menemui mereka dengan ganjaran-ganjaran yang menarik daripada Astro di acara ini.

Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611). Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ultraman Blazar, sila layari https://content.astro.com.my/. 

ASTRO REWARDS

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh mendapatkan tiket tayangan, pas ke sesi Meet & Greet serta barangan eksklusif Ultraman Decker secara percuma apabila mereka menebus kod Astro Rewards pada 24 dan 25 Jun. Peluang untuk mendapatkan tiket dan pas ke aktiviti-aktiviti mereka adalah terhad untuk para pelanggan yang terawal sahaja pada 24 dan 25 Jun. Cara-cara untuk menebus kod ini adalah seperti berikut:
  • Muat turun dan log masuk ke aplikasi MyAstro dan cari halaman utama Ultraman
  • Klik REDEEM untuk mendapatkan kod Rewards 
  • Tunjukkan kod Rewards di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar pada 24 & 25 Jun dan tebus tiket tayangan/pas Meet & Greet anda

PENAJA 

Mengenai Tsuburaya Productions

Eiji Tsuburaya, dikenali sebagai ‘Father of Tokusatsu’, pengasas Tsuburaya Productions (atau Tsuburaya Pro) menyambut ulang tahunnya yang ke-60 pada April 2023. Eiji Tsuburaya percaya kepada “kuasa imaginasi” yang juga merupakan dorongan asas kepada semua aktiviti-aktiviti kami termasuk menerbitkan pelbagai kandungan seperti filem, acara, produk dan perkhidmatan lain di Jepun dan persada antarabangsa.

Siri-siri Ultraman daripadanya bukan sahaja digemari oleh orang ramai di Jepun, tempat pertama ia diterbitkan, tetapi juga tetap menerima pelbagai sokongan di seluruh dunia seperti Asia dan Amerika Utara serta merentasi pelbagai generasi. 

Mengenai Lalaport 

Lalaport BBCC ialah kemudahan runcit serantau dan terbesar pertama yang dikendalikan oleh Mitsui Fudosan di Asia Tenggara. Ia menawarkan pengalaman yang mewah dan mengagumkan kepada para pelawat tempatan dan antarabangsa dengan mempunyai enam (6) tingkat yang terdiri daripada 400 kedai. Lalaport mempunyai sambungan pejalan kaki terus ke stesen LRT Hang Tuah dan Monorel KL serta berdekatan dengan Stesen Merdeka laluan Sungai Buloh-Kajang selain mempunyai sebanyak 2,400 tempat letak kereta. 

Layari mitsui-shopping-park.com.my/ untuk maklumat lanjut. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.