Lepas tengok video dekat TikTok rasa nak jalan-jalan juga dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni sebab dekat je dengan rumah. Walaupun terpaksa drive sebab tak ada pengangkutan awam dekat sini tapi jalan untuk ke perpustakaan ni tak lah sesak sangat dan mudah sangat untuk cari tempat parkir. Kalau tak silap ada 4 tingkat untuk park kereta.
Perpustakaan Raja Uda Shah alam ni tersembunyi sikit dan terletak di kawasan atas bukit. Waze pun boleh pening untuk tunjuk jalan, berapa kali entah tersilap masuk tapi sampai jugak. Bila dah tahu rasa mudah je nak cari tempat ni. Kitorang park dekat bangunan parkir sebelah perpustakaan jadi kena berjalan jauh sikit. Ada perkhidmatan buggy tapi sebab nak tengok kawasan, saja guna kaki menapak sana sini. Parking rate dekat sini RM2.00 per entrance.
Berjalan ikut pintu masuk depan boleh nampak padang golf tapi kalau berjalan dekat kawasan belakang boleh nampak kawasan tasik. You guys can take pretty pictures better than mine. Nampak juga masjid Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah Alam dari kawasan belakang tu.
Masuk ke dalam dapat jalan-jalan dengan selesa sebab ada air-cond. Masa pergi ni walaupun nampak redup tapi bahang panas tu terasa benar. Jadi jangan tanya kenapa lega dapat merasa angin air-cond. Dekat dalam perpustakaan ni ada tandas yang bersih dengan surau yang luas. Kalau nak lepak seharian dekat sini pun tak ada masalah.
Masa rest kejap dekat tingkat bawah enjoy layan stranger main piano dekat ruang kanan pintu. Habis rehat, terus naik ke tingkat 1 sebab tingkat G adalah ruang siber. Lama jugak lah kitorang spend time dekat sini, bukan sebab cari buku tapi sebab bergambar. Cantik sangat bila ambil gambar dekat level ni.
Kreatif lah siapa yang design ruang dalam Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni sebab nampak moden dan berseni. Gabungan penggunaan lampu dan natural lighting di bahagian tengah tu membantu sangat. Sofa dekat perpustakaan ni pun lembut. Kalau baca buku dekat sini silap-silap boleh berdengkur sekali.
Nak baca dekat ruangan tengah yang ada meja dan plug boleh, dekat bahagian depan pun boleh, dekat tepi tingkap untuk tengok view luar boleh, dekat bahagian luar pun boleh. Dalam kes kitorang, bergambar.
Walaupun membaca atau lepak dekat luar tak semestinya dibenarkan untuk merokok sebab kalau perasan dekat bahagian siling tu ada sprinkler.
Ruang dekat tengah bahagian kiri ada banyak koleksi buku ensiklopedia sebagai hiasan. Hiasan je lah sebab tak ramai pun yang ambil buku genre ni untuk dibaca kan? Dekat bahagian belakang koleksi ni ada banyak training room. Kagum lah sebab perpustakaan ni bukan saja tempat rujukan bahan bacaan malah tempat untuk berlatih kemahiran hidup yang lain juga macam menjahit, bertukang dan banyak lagi.
Dekat setiap tingkat ada kaunter khidmat pelanggan untuk urusan peminjaman atau pemulangan. Buka pintu terus nampak kaunternya dan tak ada masalah pun kalau pinjam buku dekat Zon Remaja tapi berurusan di Zon Rujukan yang terletak di Tingkat 4 atau mana-mana tingkat. Had maksima untuk meminjam buku di Perpustakaan Raja Uda Shah Alam adalah sebanyak 20 buah buku dan perlu dipulangkan dalam masa sebulan termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Kalau nak pinjam tu kena congak dulu sempat ke tak nak habiskan pembacaan.
|
Nampak macam acah je gambar ni tapi I tengah serius cari buku rujukan |
Ada banyak sangat genre dalam Perpustakaan Raja Uda Shah Alam ni tapi pelik jugak lah dengan sistem susunan dia sebab ada buku pasal bisnes letak dekat bahagian seni. Dekat shelf tulis kejuruteraan tapi ada banyak buku memasak.
Masa pergi ni saja cuba nasib cari buku tentang pembikinan filem, biopik pelakon atau orang industri malangnya tak banyak pun. Kalau musik banyak lah. Kenapa cari? Sebab nak tambah baik penulisan untuk reviu, kalau ada lingo, jargon, slang atau perincian tepat kan lebih menarik dibaca. Ke you guys dah okay dah dengan penulisan sekarang? Hshshs
Dekat setiap tingkat ada juga rak untuk 'Koleksi Buku Baru' sebagai tarikan pembaca. Mana yang tak tahu nak pinjam apa, boleh tengok dekat sini mana tahu ada yang berkenan. Fun fact, sebahagian buku yang ada dalam perpustakaan ni disumbangkan oleh keluarga diraja Sultan Selangor. Tak pasti lah genre apa tapi nampak lah ada certain buku yang ada tag sebagai tanda penghargaan.
Ada banyak juga lukisan yang menjadi penyeri Perpustakaan Raja Uda Shah Alam dan kebanyakannya adalah hasil karya pelukis diraja, Dato' Azman Yusof. Bila tengok hasil seni dia tak hairan lah kenapa diberi pangkat teratas sekali sebab semua lukisannya tampak hidup. Nampak macam ambil gambar guna kamera padahal dilukis sendiri.
Seronok jalan-jalan dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam tapi yang tak seronoknya bila kena buka kasut setiap kali masuk atau keluar sebab kawasan dekat dalam berkarpet. Elevator pula dekat bahagian luar. Tangga ada dekat dalam tapi untuk kegunaan staff saja.
Kafe Perpustakaan Raja Uda Shah Alam yang terletak di kawasan luar berdekatan dengan tasik ni pun tak banyak makanan yang ada. Kitorang minum Iced Latte dekat sini sebab saja nak merasa. Waffle dia tak kena dengan tekak sebab tak crispy, bancuhan dia terlampau cair. Nak makan pun kena tunggu sampai waffle sejuk dulu sebab lembik dan panas.
Awalnya tak nak pinjam buku sebab tak tahu bila lagi nak datang ke perpustakaan ni tapi dah alang-alang sampai, pnjam je lah kan. Adik lah terpaling meminjam padahal entah bila dia nak habiskan entah. Kemain beria pinjam lepastu plan nak pergi Pesta Buku pulak. Buku tahun lepas dia beli pun tak habis baca lagi.
Masa balik tu kitorang beratur di kawasan hadapan perpustakaan untuk naik buggy ke kawasan parkir. Punya lah seronok naik buggy sebab layan angin luar tapi tak sempat nak buat video dah kena suruh turun sebab dah sampai.
Lepas ni kalau datang sini nak park jauh-jauh sebab nak enjoy naik buggy punya pasal. Kitorang seronok jalan-jalan dekat Perpustakaan Raja Uda Shah Alam walaupun kaki penat sebab tak larat berjalan. Banyak juga tempat yang tak habis explore lagi tapi terpaksa skip.
Staff dekat sini semuanya baik belaka dan murah dengan senyuman jadi tak rasa kekok atau tak syok sepanjang ada dekat sini. Kalau tak tahu nak pergi mana, boleh lah bawa family datang sini sebab ada ruang kanak-kanak juga. Dekat perpustakaan ni ada gym juga dengan ruang dewan yang luas. Masa kitorang pergi ni ada perjumpaan keluarga waris si polan jadi semua tingkat meriah. Try lah datang!
Nak bawa anak-anak ke sini la nanti.. Perpustakaan dia cantik..
ReplyDelete