Drama Review | Farzi (2023)

Sunday, 18 June 2023


Director: Raj & DK
Writers: Sita Menon, Suman Kumar, Raj & DK
Cast : Shahid Kapoor, Vijay Sethupathi, Kay Kay Menon, Raashii Khanna, Bhuvan Arora
Production Company: D2R Films
Distributor: Amazon Prime Video
Genre : Thriller
Running Episodes : 8 episodes (42–66 minutes per episode)
Release Date : 10 February 2023
Trailer :


Sejak kecil Sunny (Shahid Kapoor) belajar seni lukisan dengan datuknya sehingga mampu membuat replika lukisan pelukis-pelukis terkenal. Kawan baiknya Firoz (Bhuvan Arora) pula belajar tentang printing atau cerapan di Kranti Magazine dari Yasir (Chittaranjan Giri). Dari kemahiran tersebut mereka berdua mencipta duit palsu untuk keluar dari belenggu hutang yang sarat. 

Bermula dengan alasan untuk menyelamatkan Kranti Magazine kemudiannya menyelamatkan atuknya yang sakit dan akhirnya terjerat dalam kemewahan yang diperoleh dari pemalsuan duit tersebut. Teknik sandwich note yang dilakukan oleh mereka berdua adalah teknik yang paling cemerlang sekali kerana mesin tak mampu bezakan mana yang asli atau palsu. 


Kalau masalah pelacuran adalah masalah pertama terbesar di India, pemalsuan duit berada di tangga kedua. Dan kerana itu lah Michael Vedanayagam (Vijay Sethupathi) memujuk Menteri Kewangan, Pawan Gahlot (Zakir Hussain) untuk menubuhkan unit khas - Counterfeiting & Currency Fraud Analysis & Research Team (CCFART) untuk menangkap penjenayah Mansoor Dalal (Kay Kay Menon). 

Bila sembang pasal series, dah tentu kita akan dapat banyak ruang untuk kenal semua pelakon utama baik protagonis mahupun antagonis. Walaupun dalam drama Farzi arahan Raj & DK tak sepenuhnya berpijak pada hitam dan putih tapi kita tetap didedahkan siapa di pihak yang mana.

 
Dekat awal episod Farzi, watak Sunny banyak keluarkan dialog tentang sistem yang menindas kehidupan orang miskin dan dia juga Firoz terjerat dalam sistem tersebut. Mereka berdua adalah anak yatim dan bekerja dari kecil. Walaupun diceritakan dalam template yang kelakar tetap tak mampu nak gelak bila Sunny dan Firoz terpaksa makan roti setiap hari kerana tak mampu. 

Tak faham juga kenapa Madhav (Amol Palekar) masih setia dalam profesion tersebut sedangkan tak hasilkan banyak duit pun. Bukan saja tak mampu nak gajikan pekerja, nak bagi cucu sendiri makan pun tak lepas. Kesian lah sebab Sunny dengan Firoz tak mampu ke sekolah tapi habiskan masa dengan menjual suratkhabar. 


Watak Michael pula bukanlah polis yang hebat dan berpegang pada prinsip kerana dia juga tersiksa dalam sistem di negara tersebut. Walaupun dia berperang dengan pemalsuan duit tapi dia juga guna duit palsu untuk beli barang kehendak. Dia kejar Mansoor sebab dendam dan ego yang tercalar, berbeza dengan Megha Vyas (Raashii Khanna) yang masih muda dan bersemangat untuk berbakti kepada negara. 

Drama Farzi adalah debut OTT kepada Shahid Kapoor dan juga Vijay Sethupathi dan bukan perkara baru bintang Bollywood bekerja dalam satu skrin dengan bintang Tamil. Masing-masing diberikan ruang tersendiri sepanjang 8 episod dan cuma sekali mereka berdua bertembung dalam babak yang sama. Pertemuan tu tersangatlah genting sampai tak tahu nak berpihak pada siapa sampai serahkan kepada penulis sepenuhnya. I just enjoy the moment. 


Asalnya watak Michael diberikan kepada Nawazzudin Siddiqui tapi bila pengarah buat keputusan untuk jadikan drama, Vijay masuk ganti tempat tersebut. Tak kisah lah Nawazuddin atau Vijay, kedua-duanya mempunyai bakat lakonan yang sama hebat. Grey character adalah forte mereka berdua. 

Kelakar tengok babak Michael dengan Gahlot sembang tentang jenayah dan juga politik. Dinamik mereka berdua melahirkan chemistry yang kuat sampai tertanya macam mana mereka berdua boleh berjumpa dan kekal lama. Dari babak-babak mereka berdua boleh nampak yang Menteri kebanyakannya naik sebab ada sekeliling yang buat kerja tapi kredit diambil sepenuhnya oleh dia. 


Sembang pasal Shahid Kapoor, bukan pertama kali Shahid dapat pujian untuk grey character macam ni bila dia cemerlang dengan double role dalam filem Kaminey (2009) ataupun life partner yang posesif dalam Kabir Singh (2021). Jadi tak hairanlah kenapa Raj & DK perlukan Shahid untuk paparkan watak yang berat supaya penonton tetap setia kepada Sunny hingga ke akhir sebagaimana Firoz kekal setia tanpa banyak soal. Bukan mudah untuk create connection macam tu dan sekarang ramai yang bertanyakan tentang musim kedua.   

Drama Farzi layak dapat perhatian dan pujian kerana jalan cerita yang segar malah tanpa segan silu tonjolkan kenapa jenayah ini berleluasa di India. Baik dari penjenayah bawahan hingga ke kelas atasan di mana ahli politik yang backup penjenayah. Sebelum ni tahu tentang kewujudan jenayah pemalsuan duit tapi tak pernah tahu cara mereka bekerja. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. Menarik cerita ni.. mesti seronok ada banyak duit yg tak seronoknya duit palsu la pulak.

    ReplyDelete
  2. Wa.. makin banyak drama dari India yang menarik.. Makin panjang list..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.