Drama Review | Doctor Cha (2023)

Sunday, 11 June 2023


Director: Kim Dae-jin, Kim Jung-wook
Writer: Jung Yeo-rang
Cast: Uhm Jung-hwa, Kim Byung-chul, Myung Se-bin, Min Woo-hyuk 
Production Companies: Studio&NEW, SLL, JCN
Distributors : JTBC, TVING, Netflix
Genre : Medical / Comedy / Family drama
Running Episodes : 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 15 April 2023 – 4 June 2023 
Trailer :


‘The way I see the world has changed a bit after suffering a serious illness. Before, my daily life seems like nothing but now it feels so dear and precious.’ 

Naskhah bertemakan medik terbaru yang ditayangkan di Netflix membuka kisah Cha Jeong-suk (Uhm Jung-hwa) yang mendapat kehidupan baru setelah menjalankan pembedahan pemindahan hati. Kerana peluang kedua dia pilih untuk kejar impian sebagai doktor yang telah ditinggalkan 20 tahun lepas setelah menjadi suri rumah. 


Professor Seo In-ho (Kim Byung-chul) membantah keras niat isterinya kerana dia perlu banyak berehat sedangkan tahun pertama sebagai doktor pelatih memerlukan banyak aktiviti fizikal. Tambah pula berisiko sangat jika terkena sebarang jangkitan kuman. Selain dari hal dari segi kesihatan, In-ho juga risau sekiranya hubungan sulit dia bersama Professor Choi Seung-hee (Myung Se-bin) diketahui oleh isterinya. 

Cha Jeong-suk tetap berkeras dengan keputusannya dan diterima untuk bertugas di Gusan University Hospital malah dihantar ke jabatan yang sama dengan Professor Choi Seung-hee. Kebetulan pula doktor yang merawat Cha Jeong-suk, Doctor Roy Kimberly (Min Wook-hyuk) dihantar bertugas di hospital yang sama. 


Kalau sebelum ni Seo Jung-min (Song Ji-ho) terpaksa berlakon professional bila berjumpa dengan ayahnya, kali ni ibunya pula bertugas di hospital yang sama. Dengan ayah tak ada masalah nak adapt sebab tak rapat sangat. Bila ibu ada boleh pening kepala sebab Jeong-suk tak sanggup tengok anak dia kena marah teruk dengan Dr. Jeon So-ra (Jo Ah-ram). 

Bukan sesuatu yang baru pun bila jalan cerita bertemakan peluang kedua atau mulakan kehidupan baru di umur yang agak berusia. Kekuatan drama Doctor Cha terletak pada barisan pelakonnya dan juga komedi dari watak Prof Seo In-ho. Uhm Jung-hwa bagus dalam avatar Dr. Cha yang berhati lembut dan terpaksa bertahan untuk mengejar impian tapi komedi sepenuhnya digalas oleh Kim Byung-chul. 


Dari awal hingga ke Episod 10 alur cerita nampak menarik dan solid tapi bila masuk ke fasa akhir drama dah mula banyak fillers dengan drama yang draggy. Tak perlu rasanya watak Dr. Cha nak menangis beria sedangkan dia dah ada jalan keluar pada masalah dia. Mungkin dia rasa segan sebab perlu bergantung dengan bantuan orang lain untuk hidup tapi salah tu terletak pada penulis atau pengarah yang gagal capture emotion dengan tepat. 

Sama juga dengan watak Dr. Roy yang sentiasa menyokong semangat Dr. Cha sampai semua orang dekat hospital tahu perasaan dia tapi penulis tak pernah jelaskan kenapa. Setuju dengan ending tapi nampak tak cantik lah sebab dari awal lagi penulis dah letak harapan yang usia bukan penghalang untuk dapat kehidupan yang indah mengikut standard format masyarakat awam. (Kalau tak faham boleh lah tengok drama ni). 


Selain dari plot yang mula longgar, mesej yang disampaikan pun tak jelas. Dekat awal episod kebanyakan watak minta supaya Dr. Cha stay dengan suami dia sebab buruk macam mana pun tetap suami malah watak Prof Seo dapat ruang dan peluang yang banyak berbanding Dr. Roy. Ada masanya pengarah seolah menyokong sikap chauvinist Prof Seo tapi berubah secara mendadak di hujung cerita. 

Faham, manusia buat silap tambah pula dalam situasi yang tak dapat dielakkan tapi bukan sekali dua dia buat perangai. Baik Dr. Cha mahupun Prof Seung-hee, masing-masing tak reti nak keluar sampai naik jelak tengok recycled scenes atau plot. Tema yang nampak kuat dan mantap di awal cerita terkulai layu dan tersia. 


Kalau dekat fasa akhir tu penulis tunjuk macam mana kehidupan co-parenting rasanya tak jadi masalah, sekurangnya jadi rujukan untuk generasi muda yang takut kehilangan salah seorang macam apa yang I-rang rasa bila ibu dia minta buat keputusan untuk tinggal dengan siapa. Relationship Prof Seo dengan Eun-soo pun tak dijelaskan sedangkan ada babak anak ketiga dia pujuk untuk berbaik dengan Seung-hee. Ending serupa rushing nak habis padahal banyak episod letak fillers. 

Sinematografi yang berlatarkan warga hospital dan juga masyarakat kampung dipaparkan dengan baik bersama susunan lagu yang sesuai sebagai music album drama Dr. Cha. Drama ni tak lah teruk sangat untuk ditonton cuma jangan letak expectation tinggi. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10

1 comment

  1. Tak tengok pun drama ini walaupun hype sana sini.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.