Cannes 2023 Fashion Files | Mrunal Thakur

Monday, 5 June 2023


Selain debut dekat Cannes, Mrunal Thakur debut dekat blog ni jugak sebab tak pernah lagi update pasal fashion style dia padahal selalu je nampak style dia cantik untuk photoshoot atau mana-mana event. Mrunal Thakur pergi ke Cannes sebagai duta baru Grey Goose tahun ni. 

"I am thrilled to be attending the Cannes Film Festival for the first time. It is an honor to represent Grey Goose at such a prestigious platform. I am looking forward to interacting with global filmmakers, exploring new opportunities, and showcasing the talent that Indian cinema has to offer." - Mrunal Thakur

1. Black Night


Sebelum pergi ke Cannes, Mrunal sempat posing untuk paps di lapangan terbang Mumbai. She looks happy and glowing walaupun hanya dengan solekan tipis. Mengenakan vest tanpa lengan dengan potongan berbentuk V yang panjang hingga ke bahagian dada. Dipadankan juga dengan seluar longgar berwarna hitam. Pumped heels berwarna hitam dan juga beg besar berona hitam. 

2. Sultry Sequin

Kecoh dekat Twitter bila Mrunal post gambar di Palais des Festivals sebaik saja sampai ke Cannes. Padanan yang kreatif dan luar biasa bila blazer sequin bersaiz besar dari Dhruv Kapoor dipakai bersama swimsuit dari Verandah. Untuk digayakan dalam photoshoot kasual, seluar berenda bell bottom corak bunga berwarna hitam tampak cantik dan melengkapkan gaya menggoda dari Mrunal. 

Rambut lebat paras bahu digayakan dengan wavy curl bersama solekan tebal dan tumpuan diberikan pada bahagian mata. Anting-anting juraian berlian berbentuk segitiga dari Vandals World juga sepasang pumped heels berwarna hitam dari Louboutin. 

Mrunal nampak menawan dalam persalinan serba hitam dengan senyuman menggoda. Disebabkan fizikal dan kaki yang panjang, padanan ketiga-ketiga pakaian ni nampak menjadi pada badan dia, plus her confidence pun banyak membantu. Kalau orang lain pakai boleh jadi fashion disaster. 

3. Lilac Breeze


Penampilan kedua di Cannes pula Mrunal memilih bralette sari berwarna ungu malap dari butik Falguni and Shane Peacock. Sari yang dipenuhi dengan hiasan manik dan berlian Swarovski yang ditenun secara menegak menjadi tarikan utama jelas mempamerkan kesenian jahitan tradisi India. Untuk menambahkan elemen moden, di bahagian kain, lipatan dupatta pada bahagian pinggul dibikin berbeza sebelum dikumpul di bahu. 

Stylist Mrunal memilih anting-anting berwarna emas perak dari butik tempatan, OH Celeste Nova Earrings dipadankan bersama pumped heels berwarna silver dari butik Jimmy Choo. Gaya rambut Mrunal cantik tapi lebih menarik kalau digayakan dengan semi princess braids supaya tak tenggelamkan kecantikan anting-anting yang dipakai. 

4. Glamorous Hoodie


Tahun ni dekat Cannes trend hoodie dah muncul balik sebab tu Aishwarya Rai pakai dress ada hoodie dekat red carpet but failed. Berbeza pula dengan Mrunal yang bergaya sakan dalam persalinan berona krim dan corak abstrak dalam palette warna coklat dan potongan skirt yang luar biasa. Lebihan kain dari skirt dibawa naik sebagai hoodie. Persalinan serba unik dan berseni dari Anamika Khanna antara fave look di Cannes even Sonam Kapoor approved this!

Dress ni custom made untuk Mrunal jadi tak nampak dekat mana-mana dah selain Cannes. Anamika guna palette yang menaikkan seri warna kulit Mrunal, bahagian atas melekap pada badan hingga ke leher. Skirt pula dibikin pendek dengan lebihan kain untuk serlahkan kecantikan kaki Mrunal. Dipadankan pula dengan sepasang pumped heels dari Loubutin juga sepasang anting-anting juntaian mutiara dari Diosa Paris. 

5. Night Swan


Penampilan Mrunal Thakur di karpet merah adalah penampilan yang berbaloi dinantikan kerana dress custom berona putih gading dari Falguni and Shane Peacock menjadi tumpuan. Sentuhan kontemporari diberikan pada gaun yang sarat dengan manik sebagai material hiasan utama. Uniknya gaun tanpa lengan ni mempunyai lorekan di bahagian pinggul, dada dan bahagian perut. 

Di bahagian tengah diletakkan ropol bersaiz besar dari material organza bersama susunan sequin dan juga batu permata jernih. Walaupun gaun ni keras tapi nampak beralun dek kerana hiasan renda dan juga hiasan tambahan di bahagian belakang. Kewujudan lebihan kain di bahagian belakang bersama susunan bulu pelepah berwarna putih pada bahagian hujung menambahkan drama pada si pemakai lantas menonjolkan kesenian budaya tradisi juga mencipta persona fairytale. 


Rambut Mrunal disikat rapi dan terletak cantik di belakang telinga untuk serlahkan keunikan anting-anting berbentuk daun tajam berduri yang dipakai secara menegak ke bawah dari butik Vandals World. Aksesori cincin dari Mahesh Notandas Fine Jewellery dan sepasang pumped heels dari Loubutin sebagai pelengkap gaya. 

6. Twirl Stripes


Kalau jadi Mrunal pun bangun pagi mesti happy teruk lepas pakai cantik dekat red carpet malam sebelumnya. Dalam video promosi Grey Goose, Mrunal menari di kota France dengan dress tanpa lengan dan beropol besar di bahagian skirt dari Lovebirds Studio, butik tempatan India. Corak garisan menegak dalam jalur berona biru dan putih mengikut warna tema utama Grey Goose serlahkan lagi potongan badan Mrunal yang langsing. 

Bebas tanpa pumped heels dari sebelumnya, Mrunal memilih strap wedges dari Luciano Padovan dan anting-anting dari Simran Chhabra Jewels sebagai pelengkap gaya kasual dan feminin. 

7. Choco Chica


Satu set persalinan serba coklat dari koleksi Summer Spring 2023 Tods dijadikan penampilan terakhir Mrunal Thakur di Cannes 2023. Sebelum pulang ke India, dia sempat shoot video dengan team dia untuk join latest trend di Reels Instagram. 

Kot labuh paras lutut dipadankan dengan kemeja satin berona coklat dan juga seluar panjang skinny cut. Mrunal repeat balik pumped heels hitam dari Louboutin yang dipakai pada hari pertama dan kenakan sepasang anting-anting berjurai berlian dari Renu Oberoi Luxury Jewelry. Gaya rambut kali ni juga berbeza dengan sanggul ketat dengan juraian rambut di bahagian kiri dan kanan. For a casual look, she looks cool. 

Happy sangat tengok semua penampilan Mrunal Thakur yang menggabungkan rekaan negara luar dan butik tempatan India. Bak kata Falguni, Mrunal pandai bereksperimen untuk menghasilkan gaya yang sesuai dengan bentuk tubuh badan dan juga warna kulit dusky. 

Sementara Mrunal melaram sakan di Cannes, Vijay Verma pula mengeluh buat cerita sedih tak dapat cari baju untuk Cannes. Kalau tahun lepas Mannara Chopra buat cerita sedih untuk tarik perhatian, tahun ni Vijay pula sedangkan selebriti lain pakai ready made dari butik tempatan itupun tak kena repost atau support pun. Anyway, kudos to Mrunal Thakur and her team for her splendid debut at Cannes!

2 comments

  1. no 3 tu paling cantik. no 5 tu nampak cantik dan sesuai jalan atas red carpet.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok rambut dia.. cantik..Baju yang last tu lawa..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.