Excited bila dapat tahu Diana Penty akan muncul kembali di karpet merah Cannes sebagai duta Grey Goose. Sebelum ni dah pernah terpana dengan
fashion style Diana Penty di Cannes pada tahun 2019 jadi tertunggu-tunggu apa yang Diana nak pakai tahun ni.
1. Ruffle Denim
Sebelum datang ke Cannes, Diana berjemur di Juhu jadi tak hairan lah kalau kulit dia gelap macam terbakar. Maybe that explains why dia tutup dari atas sampai bawah. Kemeja putih beropol secara menegak dari butik Anne Fontaine dipadankan dengan straight cut denim jeans. Lagi cantik kalau pumped heels berwarna hitam tak disembunyikan macam tu. Pretty sure that shoe looks pretty. Rambut dibiarkan lepas dengan shade berwarna hitam buatkan Diana nampak ranggi dan feminin.
2. Precious Gold
Penampilan pertama Diana di India Pavillion di dalam persalinan mempersona dari butik Falguni and Shane Peacock menggunakan konsep Dewi India. Hugging crop top dan fitted skirt berwarna emas bertatahkan batu permata pelbagai warna menarik tumpuan setiap mata yang memandang. Semua material ditenun menggunakan tangan untuk mempamerkan kekayaan seni jahitan India. Sulaman pada fabrik menggunakan teknik Badla sementara batu permata yang menjadi hiasan adalah khazanah asli yang ditemui di India.
Diana tampil dengan rambut belahan tengah yang dirapikan juga dibiar lepas, makeup natural dengan smokey eyes. Aksesori merupakan anting-anting vintage berwarna emas, Hermes Clou De Selle dari butik Viange dan juga koleksi cincin yang sarat di bahagian jari dari butik Zariin Jewelry.
Indoor ataupun outdoor, Diana nampak menawan sangat dalam persalinan cantik ni. Kalau jadi Diana pun dah merata bergambar dengan dress ni sebab custom made. Warna dia pula compliment skin tone Diana sekaligus buatkan dia tampak berseri.
3. Tassle Hassle
Sama seperti sebelumnya, Diana juga menggunakan mini dress dengan juntaian tali untuk after party di waktu malam. Bezanya tahun ni Diana guna dress berwarna hitam dari butik Philipp Plein. Hairstyle pula disanggul dengan bergaya, makeup yang sama seperti siangnya dan juga strap heel berwarnaa hitam dari Giuseppe Zanotti. Anting-anting emas dari Seema Somani Fine Jewels melengkapkan gaya Diana.
4. Chic Tuxedo
Diana tampil berbeza dan keluar dari kebiasaan karpet merah dengan tampil dalam persalinan tuksedo hitam dengan potongan yang feminin rekaan Lena Erziak. Tuxedo dengan padded shoulder besar dan hanya berada di paras dada mempunyai belahan luas di bahagian dada.
Tuxedo jacket ni dipadankan dengan harem pants dengan warna yang sama. Uniknya harem pants ni mempunyai belahan tinggi paras lutut jadi stylist Diana padankan dengan snake wrapped heels dari Rene Caovilla.
Jatuh cinta dengan gaya rambut Diana yang menggunakan curl sederhana dan bahagian atas diikat supaya kemas. Juntaian besar pada belah kiri dan kanan menampilkan keayuan pada wajah Diana yang mengenakan makeup berona merah jambu. Winged eyeliner tebal buatkan gaya ni mempunyai aura sexy. Cincin pelbagai rekaan dari Golden Window.
Walaupun I suka dengan kreativiti stylist dan Diana untuk red karpet tayangan perdana filem May December tapi looks ni macam lebih sesuai untuk gaya kasual ataupun photoshoot. Diana bukannya pakai untuk tengok filem tu pun, setakat jalan dekat karpet merah je jadi kenapa tak pakai something yang wow? Patutnya Diana pakai dress batu permata tu dekat red carpet dan tuxedo ni pula untuk event di India Pavillion.
5. Bubble Wrap
Kalau penampilan awal macam rumpai laut, kali ni Diana menggunakan bubble wrap untuk bersiar di Cannes dan photoshoot kasual untuk Grey Goose. Dalam gambar yang I ambil ni nampak cantik lah tapi kalau tengok dari depan, memang nampak sangat Diana pakai bubble wrap dengan hiasan bintang emas dari atas hingga bawah.
Not saying it's bad but definitely not a love either. Warna putih suram yang digunakan untuk dress unik rekaan Saiid Kobeisy sesuai dengan skin tone Diana dan juga cuaca yang mendung. Vibe photoshoot ni nampak romantik tapi mellow which is good lah sebab stylist dia pandai padankan gaya dengan keadaan cuaca. Gaya rambut Diana pun guna wet hair style, dekat bahagian belakang ada tompokan warna kuning cair macam cat jatuh dekat rambut.
Mungkin Diana dengan stylist dia bereksperimen dengan seni fesyen. But overall macam bubble warap comot dengan tompokan cat kuning. But I love that strap heels from Enrico Cuini, it exudes the sultry aura.
6. Autumn Cannes
Nasib baik lah final look Diana di Cannes redeem balik rasa terkejut akibat penampilan sebelumnya. Diana mengenakan trench jacket nipis paras buku lali dari Alberta Faretti yang dipadankan bersama mini dress berwarna oren labu. Tumpuan terarah pada dress yang mempunyai hiasan bunga dan juga daun kering untuk menutup cela.
Stylist Diana, Namrita menggunakan handbag berbentuk bujur dengan material kulit berona coklat cerah dan sandal yang mempunyai hiasan berwarna coklat gelap di bahagian tengah. Palette warna senada yang digunakan menaikkan seri Diana lantas meningkatkan gaya feminin dengan gaya rambut dilepas bebas.
Nak kata wardrobe Diana mengecewakan tahun ni tak juga tapi yang pastinya dia tak beri tumpuan pada karpet merah so it's a bit disappointing lah. Mungkin sebab kekangan masa sebab stylist dia cari semua pakaian ni dalam masa 10 hari saja but still, India ada banyak ready made designs even dari start-ups boutique.
Ada yang okay dan cantik dan ada yang.. mehh..
ReplyDelete