Meriah Cannes tahun ni sebab banyak muka baru dan L'oreal sekali lagi mengambil duta baru. Tak sangka Anushka Sharma terpilih sebagai duta L'oreal untuk pergi ke Cannes selepas
Aishwarya Rai Bachchan.
Sama seperti Aish, Anushka juga tak stay lama di Cannes, sampai dekat sana terus jalan dekat karpet merah kemudian pergi ke conference yang membincangkan hala tuju wanita dalam industri. So ada dua penampilan sahaja untuk Anushka.
1. Pearl Floral
Anushka buat pilihan yang tepat dengan mengenakan gaun yang mengikut bentuk badan rekaan Richard Quinn untuk penampilan pertama di karpet merah. Gaun berwarna putih dengan corak timbul yang berulang mempunyai bunga kecil pada setiap penjuru corak. Dihiasi juga dengan manik berwarna putih pada setiap tenunan. Gaun ekslusif ni mempunyai ropol besar berbentuk bunga pada bahagian bahu sebagai tarikan utama.
Anushka tampil ringkas dan menawan dengan aksesori cincin berlian batu permata kuning, anting-anting juntaian batu permata kuning dari Chopard dan juga mengenakan makeup natural sebagai pelengkap gaya. Baik indoor mahupun outdoor, gaun putih ni menjadi tumpuan banyak mata dan terlihat dreamy.
Yang mencacatkan penampilan ni ialah gaya rambut sanggul rapat sebab muka Anushka tak sesuai dengan sanggul. Kalau Anushka buat sanggul dengan juntaian rambut kiri dan kanan atau sebelah sahaja mungkin penampilan ni tampak sempurna. Curl ponytail pun cantik. Geram dengan Bollywood actress, kalau dah kahwin suka sangat stuck dengan marriage bun.
2. Is It A Ribbon?
Penampilan kedua dan terakhir menimbulkan tanda tanya pada konsep penampilan Anushka Sharma di Cannes. Top satin berwarna pink lembut mempunyai rekaan yang unik ditemani oleh dua trail yang panjang di bahagian belakang badan dari butik Prada. Bukan seperti riben besar tapi cuma tali yang tersangkut, just in case Anushka lost in her space like she did in Koffee With Karan.
Rasanya seluar panjang hitam yang sarat dengan sequin tu boleh digantikan dengan mini skirt atau fitted skirt sebab bahagian atas dah kembang. I wish she opted something else for the shoes. Gaya rambut tu nak menangis tengok walaupun kali ni Anushka buat ponytail. Tak pasti kenapa stylist dia suka tarik rapat sebab facial features dia tak kena dengan gaya macam tu.
Makeup nipis dengan aksesori dari Cartier tu nampak cantik tapi sayang lah penampilan dia nampak mehhhh.
Masa Met Gala haritu ada juga dress hitam dengan ribbon besar warna pink dekat belakang dari butik Oscar de la Renta, ada kemungkinan ke Prada nak ikut tapi gagal? Mungkin lain orang, lain pandangan dia sebab nampak ramai je puji penampilan Anushka dekat Cannes especially second look. What do you guys think?
Pelik sikit tengok baju no 2 dia tu.. Macam tak siap pun ada.. huhuhu..
ReplyDelete