Tahun ni Deepika Padukone tak datang ke Cannes sebagai duta L’oreal, mungkin sebab jadual dia padat ataupun Deepika nak rest lepas beberapa kali dikejarkan ke hospital. Tak perasan tahun lepas Aditi pergi ke Cannes juga jadi tahun ni keep track betul-betul siapa yang pergi sana. Walaupun tak lama Aditi dekat sana but still jadi tarikan dengan pemilihan pakaian dia.
1. Cinderella Blues
Gaun tanpa lengan berwarnma biru lembut dari koleksi Garden of Romance Pre Spring 2023, Oscar de la Renta menjadi pilihan Aditi Rao Hydari untuk photoshoot L’oreal sebaik saja tiba di Cannes. Bukan saja warna tersebut menaikkan seri penampilan dan keayuan Aditi malah terlihat anggun persis puteri Disney.
Hiasan kristal bersaiz besar yang membentuk bunga di bahagian dada menjadi perincian utama selain lipatan besar di bahagian kiri korset gaun. Bahagian skirt juga dilipat tidak sekata untuk menyerlahkan bahagian kaki.
Padanan yang tepat mengenakan strap heels dihiasi renda beropol berwarna putih dari koleksi AMBA, Kat Maconie. I wish Aditi buat rambut semi ponytail ataupun princess braid supaya kecantikan anting-anting beserta ear cuff juraian berlian dari Tuula Jewelry menaikkan lagi sisi elegan first look ni.
2. Tangerine Belle
Penampilan kedua ialah penampilan di karpet merah untuk tayangan perdana filem L'Ete Dernier (Last Summer). Tepat gaya yang dipilih oleh Aditi kerana bersesuaian dengan tema filem tersebut. Gaun tanpa lengan dengan kain yang sarat sekali lagi menjadi pilihan Aditi.
Gaun berwarna oren kekuningan dari butik Michael Cinco sarat dengan sequin dengan warna yang sama. Bahagian skirt menjadi perhatian utama dengan lapisan yang padat dengan sequin berwarna kuning telur dan mempunyai lebihan kain yang pendek, cukup untuk menghidupkan drama buat penonton di karpet merah.
Walaupun tak berapa suka dengan gaya rambut sebab bosan tengok gaya yang sama tapi makeup yang menekankan bahagian mata dengan eye shadow berona coklat gelap dan bibir merah terang adalah pilihan yang tepat untuk buatkan wajah Aditi tampak segar dan muda. I guess stylist Aditi pandai bermain dengan colour theory sebab warna kuning terang ni betul-betul menaikkan aura dan seri wajah Aditi.
Hiasan aksesori cincin dengan batu berwarna Turquoise dan juga Gaia ring dari Mamour Paris. Cincin Turquoise Sky Rocks Talisman Rings merupakan cincin emas emas 18 karat dan dikraf dalam bentuk yang tidak sama rata untuk serlahkan seni pembuatannya. Tiga batu yang menjadi hiasan sebagai penarik energi dan aura kecantikan kepada si pemakai.
Manakala anting-anting emas berbentuk hati dari koleksi Unbreak My Heart dari butik Anatina. RIRI sandals yang mempunyai keunikan gabungan warna kuning dan fushia pada tali kasut yang berlandaskan tapak hijau dari Kat Maconie melengkapkan gaya elegan Aditi Rao Hydari di Cannes ke-76.
3. Creamy Slip
Untuk sesi wawancara bersama L'oreal, Aditi mengenakan jumpsuit berwarna hitam dari koleksi Slip on the Sue, butik Atelier Patty Ang. Uniknya semua pakaian dalam koleksi ni mempunyai corak bunga bersaiz ekstra besar dari material organza pada bahagian tengah baju.
Gaya ringkas dan anggun ini dipadankan bersama sepasang strap heels dari Alexander Birman. Finally Aditi keluar dari gaya rambut lepas bebas dengan mendandan semi pony tail untuk serlahkan anting-anting berombak berona emas dari (UN)POLISHED dan juga hiasan cincin dari Anatina.
4. Floral Ivory
Penampilan terakhir Aditi menghidupkan konsep taman bunga sesuai dengan kemunculan musim bunga. Nampak lah Aditi grab mana yang ada je sebab jadual dia padat. Malam sebelum dia terbang ke Cannes pun Aditi pergi award event sebab menang anugerah. Dalam interview Aditi ada bagitahu yang dia tak sempat nak prepare banyak pun untuk Cannes.
Nevertheless she looks pretty in all of her looks at Cannes. Dress terakhir adalah gaun kombinasi material sutera dan juga organza dari koleksi Spring Summer 2022 dari butik Nedret Taciroglu. Hiasan bunga berwarna merah dan biru bersama kelopak bunga menghiasi segenap ruang gaun tersebut. Bahagian dada mempunyai korset butterfly dengan gap di bahagian tengah. Bahagian belakang gaun mempunyai reben berwarna krim dengan corak bunga yang sama.
Aditi mengenakan makeup natural dengan sanggul rapat dan strap heels gabungan warna hitam, hijau dan ungu dari Paciotti. Tampil ringkas tanpa sebarang aksesori. Personally penampilan Aditi nampak lebih menarik kalau ada cekak rambut dengan hiasan bunga ataupun bunga diselitkan pada sanggul. Dupatta berwarna krim atau floral choker sebagai hiasan di bahagian badan. Patutnya dekat sini dia buat gaya rambut lepas dengan loose wave. Maybe I yang rasa tak berkenan sebab tak suka rambut sanggul.
I guess that's it for this entry sebab Aditi tak lama pun dekat Cannes. Kalau Aditi release lagi gambar lain dekat Cannes, I'll update here.
dress terakhir tu nampak sweet..
ReplyDelete