Book Review | Partner In Love (2022)

Sunday, 18 June 2023

Penulis : Sophia

Penerbit : Prolog Media

Helaian : 364 mukasurat / 53 bab

Genre : Misteri

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2022

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM31.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.

Rayyan pula seorang doktor yang diselubungi dengan misteri keluarga.

Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu.

Satu kejadian telah mendekatkan mereka.

Satu persoalan telah merapatkan mereka.

Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan.

Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.

Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.

Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Teka-teki terakhir perlu diselesaikan demi meraih sebuah jawapan. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

“You crack the code, I’ll get the answer...”

Review: 

Tertarik dengan blurb sebab comel and in the mood untuk something sweet tapi ternyata salah. Genre novel yang mengisahkan tentang Rayyan dan Khalisa adalah thriller dan misteri. Khalisa bekerja sebagai janitor di hospital tempat Dr. Rayyan bekerja dan mereka jarang berjumpa. Terserempak sekali dua kerana Khalisa selalu meluangkan masa bersama Pak Cik Ariffin. 

Satu hari kawan baik Khalisa, Insyirah terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembedahan segera tapi Khalisa tak mampu membayar kos rawatan tersebut. Pak Cik Ariffin menghulurkan bantuan dengan balasan Khalisa sanggup menjaga sesuatu yang dia sayang. Seusai pemergian Pak Cik Ariffin, Khalisa dan Rayyan terjebak dalam satu permainan untuk merungkai sebuah misteri yang besar. 

Khalisa dan Rayyan yang awalnya adalah orang asing dijodohkan kerana permainan tersebut dan semakin lama mereka mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing. Walaupun tajuk nampak sweet tapi tak ada banyak pun babak sweet sebab Khalisa dengan Rayyan menggunakan aku-kau ketika berbicara. Tapi ada masanya jealous lah dengan Khalisa sebab dapat suami baik, bertanggungjawab, bijak, jaga ibadah macam Rayyan. Kalau jadi Khalisa pun tak kisah nak menurut semua kemahuan Rayyan sebab tahu masa depan sentiasa terjaga bila ada pemimpin yang bagus. 

‘Manusia tak boleh predict masa depan. Sama juga hubungan kita kalau kita kahwin. Aku tak anggap perkahwinan ni main-main. Tapi sekarang ni, ini aje pilihan yang kita ada. Tak adil aku rasa kau lepaskan benda yang kau nak tahu hanya sebab keputusan yang aku buat. Apa yang akan jadi nanti, kita serahkan kepada takdir. Deal?’ - Khalisa

Dekat awal novel seronok bermain teka-teki dengan Rayyan dan Khalisa untuk mencari jawapan pada setiap persoalan di setiap negara yang mereka pergi. Susah nak teka apa jawapannya sebab penulis cuma bagi klu tersebut kepada watak dia sahaja so kita tak boleh nak take part sekali. But still it is fun to read. 

Tapi bila dah terbongkar rahsia dan misteri yang disimpan rasa menyampah dah nak baca sebab konflik keluarga yang draggy dan tipikal seperti drama Akasia TV3. Penulisan penulis menarik tapi ada masanya meragukan juga sebab tak faham apa yang cuba dia sampaikan. Grammar untuk perbualan dalam bahasa Inggeris pun ada banyak salah. Ada beberapa dialog yang terasa canggung dibaca sebab campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kalau Manglish seronok lah nak baca tapi yang ni macam sembrono saja campur itu ini. Kalau satu watak boleh faham tapi kalau semua, kita tahu itu kelemahan penulis. 

Novel ni patut kembangkan lagi beberapa plot yang penting seperti pencarian Khalisa di Malaysia atau kenapa Shayleigh tega buat keputusan untuk buang Rayyan. Part yang patut dibuang ialah adegan gatal Rayyan sebab macam tak masuk dengan mood. Hal laki bini patutnya simpan dalam imaginasi penulis saja. 

1. Author +0.6, 2.Plot +0.5, 3. Genre +0.5, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3/5

2 comments

  1. Ala.. sayangnya.. Cover dia cantik sangat.. suka..

    ReplyDelete
  2. dah baca buku ni, part awal2 tu best sebab adventure juga bila diorang nak selesaikan teka-teki tu tapi bila masuk drama akasia dia hurmm terus mood jatuh merundum..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.