ASTRO CATAT HASIL RM891 JUTA UNTUK SUKU PERTAMA TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 2024

Wednesday, 21 June 2023

ASTRO CATAT HASIL RM891 JUTA UNTUK SUKU PERTAMA TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 2024 | ARPU Didorong Oleh Bundle Pek TV Dan Jalur Lebar

Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) | Sorotan laporan kewangan untuk suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024 (Q1FY24)

• PATAMI ternormal* pada RM62 juta; PATAMI pada RM16 juta

• EBITDA +36% suku ke suku ke RM248 juta

• ARPU +RM1.30 tahun ke tahun ke RM98.70

• Pangkalan jalur lebar +28% tahun ke tahun

• Dividen interim pertama adalah 0.25 sen sesaham

Ketika keadaan makroekonomi yang tidak dapat diduga dan turun naik mata wang asing, Astro mencatat hasil sebanyak RM891 juta dalam suku tahun pertama tahun kewangan berakhir 2024 dengan segmen jalur lebar dan perusahaan menunjukkan peningkatan positif tahun ke tahun. EBITDA naik 36% suku ke suku ke RM248 juta untuk suku tahun pertama tahun kewangan berakhir 2024 disebabkan oleh kos kandungan sukan yang tinggi menerusi suku keempat tahun kewangan berakhir 2023. Kumpulan mencatat PATAMI ternormal RM62 juta untuk suku tahun pertama tahun kewangan berakhir 2024. PATAMI turut diimpak oleh nilai foreks tidak direalisasi yang tinggi kerana liabiliti pajakan transponder ketika nilai Dolar Amerika Syarikat diperkukuhkan.

Kumpulan kekal menjana wang dan proaktif dalam pengurusan kapital. Lembaga Pengarah mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 0.25 sen sesaham, dalam keadaan berhati-hati ketika Astro terus melabur semula dalam transformasi jangka masa panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata: “Playbook berani kami adalah untuk mentransformasikan Astro kepada sebuah syarikat digital, penstriman. Sebanyak 25% pelanggan kami kini menikmati pek-pek TV penstriman yang menawarkan 11 aplikasi penstriman premium selain daripada rancangan-rancangan hebat kami termasuk Astro Originals, signatures bersiaran langsung, sukan, filem, berita dan kanak-kanak. Pek-pek TV baharu kami yang boleh digabungkan dengan perkhidmatan jalur lebar kami, Astro Fibre melihat peningkatan berterusan di mana para pelanggan boleh strim tanpa gangguan hiburan on demand dan menikmati nilai hebat. Oleh itu, ARPU kami meningkat RM1.30 tahun ke tahun ke RM98.70 dalam suku pertama tahun kewangan berakhir 2024. Astro Fibre mencapai tahun pertama yang hebat, memacu pangkalan jalur lebar yang tinggi dengan 28% tahun ke tahun. Memandangkan pasaran tontonan dikuasai kandungan tempatan, Astro merupakan pengeluar kandungan tempatan terbesar dengan kandungan-kandungan yang berjaya menempah kejayaan hebat seperti One Cent Thief, Projek: High Council dan Liar serta signature tempatan seperti musim kesembilan Gegar Vaganza dan Big Stage. Filem blokbuster terkini kami, Polis Evo 3 setakat ini telah mengumpul RM50 juta dan merupakan filem blokbuster nombor satu di Malaysia, mengalahkan filem-filem blokbuster Hollywood.”

“Pengagregat strategi OTT kami kian maju. WeTV merupakan antara yang terbaharu menyertai Astro seperti aplikasi-aplikasi penstriman yang lain seperti BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu dan ZEE5, termasuk juga Astro GO. Penstriman menerusi Ultra dan Ulti Box serta Astro GO kian meningkat dengan rancangan-rancangan On Demand yang distrim melonjak 31% tahun ke tahun ke 194 juta untuk suku pertama tahun kewangan berakhir 2024. Pemasangan Ultra dan Ulti Box meningkat 42% tahun ke tahun ke 860 ribu manakala Astro GO menyaksikan pengguna aktif meningkat 7% tahun ke tahun ke 566 ribu dengan purata tontonan 3.5 jam,” tambah Euan.

Sorotan Utama

• Sukan Bersiaran Langsung dan Astro Originals Semarakkan Lagi Keterujaan:

o Sebagai penyiar rasmi, Astro semarakkan keterujaan Liga Malaysia dengan liputan berkualiti tinggi dan pelbagai aktiviti on-ground. Kami sudah mencatat sejumlah 5.9 juta penonton TV dengan respons terhadap Pek Liga Malaysia lebih dari yang dijangkakan dengan pengambilan 58 ribu di Astro dan NJOI.

o Andai Itu Takdirnya muncul sebagai rancangan TV nombor satu di On Demand ketika Ramadan dengan 932 ribu tontonan TV dengan 483 ribu rancangan distrim manakala rancangan signature bersiaran langsung Sepahtu Reunion AL Puasa mencatat tontonan TV sebanyak 996 ribu dengan 496 ribu rancangan distrim

• Astro Fibre Kini Tersedia Di 118 Ribu Rumah Tambahan Di Sabah: Dengan kerjasama dengan Celcom Timur (Sabah) untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi ke 118, 000 rumah yang berpotensi di Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama di Sabah

• Adex Suku Pertama Didukung Oleh Ramadan dan Raya: Jumlah keseluruhan Adex industri termasuk Astro sederhana setelah berlansungnya sambutan perayaan akhir tahun dan FIFA World Cup Qatar 2022. Astro mencatat Adex RM99 juta dalam suku pertama tahun kewangan berakhir 2024, didukung oleh Ramadan dan Raya. Radex, TV Adex dan Digital Adex masing-masing mencatat 79%, 33% dan 2%. Jenama Astro Radio kekal nombor satu untuk kesemua bahasa, mencatat 18.0 juta pendengar mingguan di FM dan dalam talian. SYOK mencatat peningkatan pendengaran podcast bulanan dengan 14% tahun ke tahun ke 921 ribu manakala jenama digital Astro mencatat 7.8 juta pelawat unik bulanan.

• sooka Memenangi Peminat Muda Tempatan Dengan Liga Malaysia: Pengguna-pengguna muda meningkat menerusi perkhidmatan penstriman kendiri Kumpulan, sooka yang disebabkan oleh Liga Malaysia yang kini tersedia di peranti mudah alih dan TV Pintar. Lebih 217 ribu menonton lebih 43 juta minit aksi Liga Malaysia. Penjualan Pas Single Match melebihi 136 ribu manakala lebih 11 ribu Pas Liga Malaysia terjual. Secara keseluruhan, sooka yang mempunyai lebih 28 ribu jam kandungan mencapai 1.2 bilion minit tontonan setakat ini dengan 70% pengguna peranti.

• Melindungi Media dan Industri Hiburan Daripada Cetak Rompak: Untuk kebaikan industri hiburan dan pengguna berbayar, langkah-langkah anti cetak rompak harus dijalankan secara efektif. Astro akan terus bekerja secara rapat dengan pihak-pihak berkuasa dan berkepentingan untuk melindungi hak cipta kandungan. Tindakan-tindakan terkini terhadap cetak rompak dan pelanggaran hak cipta:

o Pada 3 April 2023, pelajar berusia 22 tahun disaman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mempunyai pautan tanpa kebenaran ke drama popular tempatan di peranti dia

o Pada 5 April 2023, dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen (Jenayah Siber) Kuala Lumpur kerana menjual kotak TV dengan kandungan Astro tanpa kebenaran

o Pada 13 April 2023, dua individu disaman RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Kluang kerana menjual kotak TV yang mempunyai kandungan Astro yang dipramuat tanpa kebenaran

o Pada 16 Jun 2023, seorang individu disaman RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menjual kotak TV yang mengandungi kandungan Astro yang dipramuat tanpa kebenaran

• Memacu Kemampanan: Astro terus dibimbing oleh lima prinsip utama iaitu tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, pengurusan bakat dan pelaburan komuniti. Antara peristiwa penting:-

o Komitmen dalam mencapai Carbon Neutrality sebelum 2040 dan sedang menyiapkan Climate Roadmap kami

o Menyiarkan lebih 2,000 jam pengumuman perkhidmatan awam menerusi TV, radio dan platform digital untuk meningkatkan pesanan-pesanan positif di kalangan komuniti

o Sempena Hari Bumi, Astro telah menyusun dokumentari-dokumentari antarabangsa dan tempatan menerusi rail yang dikhususkan- Love Earth. Sementara itu, Astro Awani menerbitkan sebuah perbincangan panel mengenai ‘Invest in Our Planet,’ video infografik dan pelbagai kisah menerusi platformnya. Team Astro turut menyambut Hari Bumi dengan bengkal kitar semula, dan mengumpul serta mengitar semula 935 kg bahan.

Perspektif Keseluruhan

Tahun kewangan 2024 akan menyaksikan kami meneruskan perjalanan kami untuk menjadi Destinasi Hiburan dan Penstriman rakyat Malaysia dengan melabur menerusi transformasi jangka masa panjang dan pertumbuhan mampan. Ini merangkumi:

• memberi pengalaman kandungan hebat di seluruh platform kami menerusi Astro Baharu;

• menjadi pengagregat nombor satu di Malaysia untuk aplikasi penstriman dan gaya hidup;

• memperkasakan kandungan tempatan dengan nilai produksi tinggi dan penceritaan premium menerusi Astro Originals, signatures dan filem;

• menaikkan pertumbuhan aplikasi sooka, jalur lebar dan pengiklanan bersasar serta

• menggunakan digital, data dan teknologi untuk merangka semula model perniagaan dan transformasikan pangkalan kos legasi kami.

Astro bertanggungjawab ke atas separuh daripada pelaburan kandungan tempatan di Malaysia, dengan kandungan tempatan merangkumi 77% syer tontonan, kami mereka semula proposisi kandungan kami demi memastikan kami mampu menampung permintaan yang semakin meningkat untuk kandungan tempatan berkualiti tinggi untuk semua skrin. Kejayaan Astro Originals, signatures kami baru-baru ini Projek: High Council, Andai Itu Takdirnya, Family Feud dan Liar, filem blokbuster terkini kami Polis Evo 3 dan kandungan baharu sukan, Liga Malaysia menjadi bukti.

Dengan cookie pihak ketiga yang akan ditamatkan secara berperingkat, kami menyasarkan Pengiklanan Bersasar menarik minat jangka masa panjang dengan ramai lagi pengiklan menggunakan kebolehannya dalam memberikan iklan sasaran yang bertepatan dengan individu atau isi rumah berpandukan lokasi, kemampuan dan demografik lain dengan menggunakan data pihak pertama Astro. Kumpulan kini berupaya dengan sukatan penonton holistik menerusi Linear dan On Demand serta menambah nilai sukatan ini dengan memasukkan Commercial Establishments. Manakala, perkhidmatan Internet kami, Astro Fibre terus melihat tarikan yang menggalakkan terutamanya di kalangan bundle jalur lebar-kandungan, dan kini tersedia untuk pelanggan perusahaan kami.

2023 turut menyaksikan lebih banyak kes cetak rompak dibawa ke mahkamah dengan keputusan yang menyokong pembikin dan industri kandungan. Ini mengikut jejak langkah kes anti cetak rompak yang melihatkan Astro menang pada November 2022 ke atas sebuah perusahaan komersial di Lembah Klang di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.

Keputusan-keputusan seperti ini mengecam kandungan yang dicetak rompak sebagai kecurian, tidak sah dan boleh dihukum berpandukan undang-undang, dan penting dalam membawa kesedaran akan penggunaan kandungan yang betul. Usaha masih berterusan dengan pihak berkuasa dan Kumpulan menjangkakan keputusan lebih akretif dari masa ke masa.

Keadaan makroekonomi yang tidak menentu termasuk kelembapan pertumbuhan global, kekuatan mata wang Amerika Syarikat, kenaikan kadar faedah serta kenaikan inflasi yang moderasi dijangkakan mempengaruhi isi rumah dan perniagaan secara berterusan. Kumpulan akan kekal berpandangan berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan perniagaan, pada masa yang sama menguruskan kos perbelanjaan dengan cermat dan berhemah.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.