Try Pizza Margherita Instant Jenama Ristorante Dr. Oetker

Tuesday, 9 May 2023


Sejak harga pizza semakin tak masuk akal, bahan pun makin kedekut, saja lah try beli pizza instant dekat NSK. Sebelum ni dah beli dah sekali tapi tak ngam pastu try pulak beli yang lain. Berkenan dengan Pizza Margherita ni lepas makan dekat Gino's Recipe tahun lepas. Nak pergi lagi tapi malas so beli je yang instant ni. Harga untuk sekotak pizza dalam RM14 lebih. 


I ambil yang jenis nipis dan crispy sebab suka jenis crust macam tu. Kalau beli dekat Domino's pun ambil jenis crust yang sama. Kalau ambil yang tebal sebab nak makan chili cheese burst tu. Puas hati tengok cheese bila buka seal dia. Bahan untuk Pizza Margherita ni doh pizza, sos tomato, gouda cheese dengan mozzarella cheese. 

Memandangkan dekat rumah tak ada oven jadi masak pizza instant ni guna air fryer guna suhu 200 darjah celcius selama 10 minit. Kalau guna oven suhu 220 selama 10 hingga 15 minit. 

Kejadiannya bila derhaka dengan instruction pada box. Tapi okay je sebab suka makan cheese bakar garing macam ni. Siapa suka makan cheese bakar, kita geng! Pizza Margherita ni besar jugak sebab boleh potong 6 slices. Crust dia menjadi lah nipis dan rangup tu tapi dekat bahagian tengah macam basah sikit. Mungkin sebab masuk terus dalam air fryer tanpa defrost beberapa minit. 

Lepas ni boleh lah beli lagi sebab senang nak prepare, murah pulak tu. Kalau beli dekat sekian sekian, menangis lah tunggu sampai 1 jam itupun belum tentu tak menyakitkan hati hihu

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.