Sekitar Majlis Program Raya Astro 2023

Wednesday, 17 May 2023


Sebelum ni dah dapat jemputan untuk Majlis Program Ramadan Astro 2023, kali ni dapat jemputan untuk Majlis Program Raya Astro 2023 pula yang bertempat di Le Meridien, Petaling Jaya. Memandangkan event ni masa bulan puasa, I tak apply pun half day sebab office tutup awal, minta nak balik awal sikit lah dalam 4.30pm macam tu sebab petang selalunya sesak so just nice lah sampai. Kalau I lambat pun, adik ada untuk register dulu. 

Sebelum bergerak ke Ballroom, ada sesi press conference bersama barisan wakil astro untuk menceritakan secara ringkas mengenai program yang akan ditayangkan bersempena bulan Syawal nanti. Hos untuk majlis ni ialah Sherry Al-Hadad dan Nabil tapi masa dekat press conference ni ada Sherry yang cantik dalam persalinan serba hitam. 


Antara program atau aktivit yang menarik mas atu ialah Bombastika Raya sebab pelakon Project High Council, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi akan buat persembahan di Jalan TAR pada Malam Raya. Jadi pertanyaan juga lah masa tu sebab tak pasti lagi Raya akan jatuh hari apa. Kata Pn. Nurzeha Salleh, team Astro dah buat preparation untuk hal tersebut, kalau raya jatuh hari Jumaat, maka rancangan mereka akan dipercepatkan sehari. 

Lepas selesai press conference di tingkat atas semua dijemput ke Ballroom untuk majlis berbuka puasa bersama semua warga Astro yang hadir dan juga selebriti yang bekerja bersama Astro. Masa press conference ni duta Bukalah Hati tak ada, mungkin Nadhir Nasar dengan Qasrina Karim standby dekat Ballroom. 


Betul lah jangkaan tu sebab sampai je tengok Qasrina dah busy dengan interview session bersama pihak media yang dah sampai awal dekat situ. Ada Bunga dengan Zulin Aziz juga. I ambil gambar kejap je, tak mampu nak buat video sebab bising sangat dekat situ. So straight je pergi media pendaftaran untuk dapat meja dan seat mana. 


Ballroom ni besar dan seating meja media dengan selebriti berselang-seli, sama macam Majlis Program Ramadan Astro haritu. Meja I dekat sebelah kanan dewan, bersebelahan dengan meja Dato' Jaafar Onn, Namee dengan Fad Bocey dan berhadapan dengan gerai makanan. Dekat setiap tempat duduk disediakan sampul duit raya Astro sebanyak 2 pek. Memandangkan meja jauh dari pentas utama, jadi Astro sediakan layar putih lah untuk tengok tayangan video untuk himpunan program masa raya nanti. 



Masa orang lain sibuk cari seat, I cari Zulin sebab nak bergambar heee~!













Ada banyak sangat makanan dihidangkan oleh Le Meridien Petaling Jaya, ada Kambing Golek dengan Nasi Beriani, Seafood Bakar, Ikan Bakar Portugis, Murtabak, Roti John, Pulut Durian, aneka kuih-muih dan pencuci mulut, buah-buahan dan aiskrim. 

Masa ambil makanan macam pelik kenapa meja depan ada mangkuk besar sebab tak nampak pula mana-mana gerai yang bagi mangkuk besar macam tu. Bila tengok diorang makan, nampak sup tulang dekat dalam tu. Sebagai penggemar sup tulang, adik I dah ajak cari dekat mana sup tulang tu. Rupanya dekat bahagian kiri ballroom tu. 

Muka happy dapat sup tulang

Masa bergerak ke bahagian kiri ballroom tu nampak Mira Filzah tengah beratur nak ambil air. Cantiknya lah tengok depan mata, lagi cantik dari dalam gambar. Lepastu nampak Tomok bercerita pasal kes anak dia tertumpahkan perwarna kuku dekat baju dalam butik pakaian tu. Nampak juga Siti Khadijah dengan Noreen dok bergelak sakan dekat meja. 

I nampak Ernie Zakri dengan Syamel juga dekat bahagian tu tapi tak nak kacau diorang makan. Ingatkan diorang stay lepas buat persembahan, rupanya terus balik. Tak dapat lah nak jumpa. Sama lah macam sebelum ni, I datang memang untuk makan dan bergambar dengan selebriti je. Nak interview memang malassss. Actually interview tu senang je tapi nak update tu yang malas. Pasal event ni pun I update lepas habis raya, kira awal lah kan? Yang event sebelum ni, ada yang peram setahun baru update hshs

Dah habis makan, dah kenyang, kitorang mencari Hun Haqeem sebab datang nak jumpa dia je lepas habis layan drama Nenek Bongkok 3 (2022). Tup tup dah hilang dah padahal baru nampak dia angkut makanan dekat tempat kitorang. Disebabkan Hun Haqeem tak ada, I ajak adik bergambar dengan Nadhir Nasar sebelum dia kena tarik pergi interview. 


Kalau ikutkan ni dah kali ketiga jumpa Nadhir sebab join jugak Project High Council Finale Viewing Party dekat KLCC tapi tak tegur pun dia sebab dok sibuk tunggu Amir Ahnaf yang tak muncul tiba. Kalau virtual kira sekali, dah masuk 4 kali lah. Mierul Aiman pun ada masa tu tapi dah ramai kerumun dia untuk bergambar. 

Lepas bergambar dengan Nadhir, pergi kacau Scha Alyahya pulak sebab dia dah habis makan. Cantikkkkkk sangat Scha in real life, dah la dia pakai warna soft baby blue, lagi lah bertambah cantik sebab nampak dia ayu feminin giteww. My cabuk phone can't even captured her beauty properly okay, siapa yang jumpa Scha depan-depan tu faham lah kot. Masa bergambar ni Awal dekat sebelah tengah sibuk makan ye so kitorang taknak kacau dia. 


Pusing je belakang nampak Zul Arifin pulak haaaaa rasa lemah kaki tengok dia. Sebelum ni dah pernah nampak dekat Malam Gala Talbis Iblis tapi kali ni jarak dia sejengkal je dari mata. Startruck so tak dapat nak bergambar sebab dia pun rushing nak balik dah. Jadi lah tengok depan mata, next time lah kot jumpa lagi kalau ada rezeki. 

'Aniq tak datang eh event ni?'

'Tak kot, macam tak nampak je dia'

Tup tup Aniq muncul depan mata haaa apa lagi kemain melebar lah adik I senyum sebab dia suka Aniq. I ajak dia bergambar lah sebab tak mungkin lah Aniq ingat kitorang lepas jumpa dekat event drama launching sebab Zizan yang jumpa I 5 kali pun tak ingat, Nadhir yang 3 kali pun tak cam siapa. 


Aniq: Ehhhhh! Korang kan yang jumpa dekat TGV OU haritu?
Us: *shocked* seriouslah Aniq ingat kitorang?
Aniq: Isyyhh gila tak ingat, baru je kot kita jumpa. Korang memang selalu berdua eh?
Me: Kitorang adik-beradik kot, memang berdua je lah haha
Aniq: Seriouslah? Ingatkan kawan, patutlah muka lebih kurang. 

Can you guys imagine how my sister felt that time bila aniq kata dia ingat kitorang? Surprisingly Aniq memang ingat dan cam orang ye sebab kenalan media I pun bagitahu benda yang sama. something yang jarang ada pada selebriti lah sebab dalam sehari entah berapa ramai diorang jumpa kan. Nak pulak kalau jumpa yang jarang jarang macam kitorang ni. Kitorang tak join fan club Aniq eh tapi kalau siapa yang keluarkan kata-kata aneh pasal Aniq memang kitorang taknak geng haa gittew. 

Habis je bergambar dengan Aniq, ternampak Han Byul nak keluar dari ballroom. Sementara photographer tengah setup barang, kitorang ajak dia bergambar hihu lepastu dapat bombastic side eye dari photographer tu. Bukannya lama pun sampai nak bagi side eye. Han Byul memang kulit Korea ye, flawless baq hangggg. 


Dah keluar tu kitorang masuk dalam balik sebab dekat luar tersangatlah pack dengan one on one interview session dengan pihak media. Mana yang bergambar lagi. Lepastu nampak Hans dengan DBoy bagitahu diorang baru je lepas interview Hun Haqeem. I was like whattttt tapi tak dapat la nak approach sebab dia busy dengan interview. Dekat pintu ternampak pula Emma Maembong tengah menyembang dengan DOLLA. Dari satu artis ke satu artis yang lain kitorang bergambar, habis memori phone malam tu. 








Tak sangka dapat jumpa Amelia Henderson sebab dia sampai lambat. Masa tunggu turn nak jumpa Remy Ishak, dengar Aedy Ashraf on call dengan someone, rupanya dengan renjana hati dia. Aedy pun baru je sampai masa tu so both of them nak makan sama-sama la kot. Lepas dah jumpa Amelia rasa macam nak balik sebab dah lewat, dah mencecah pukul 9 malam. Bulan biasa memang rasa awal tapi bulan puasa dah lambat dah tu, esok nak kerja lagi.

Jarak sejengkal tapi Zizan bukan perasan pun haha

So, berjaya tak kitorang ambil gambar dengan Hun Haqeem? Jawapannya, berjaya lah hehehe


Nampak tak adik I sengih kemain lebar tu? Hshshs

Nasib baik lah dapat jugak sebab masa ni manager dia dah ajak pergi join interview dengan Astro Awani pulak. Masa ni dah ramai dah selebriti balik so kitorang pun slow slow la balik dan book Grab untuk pickup dekat Azalea. 


Sebelum balik nampak la Iqbal tengah kena interview, Dato Vida ada je dekat dalam tapi hye hye bye bye je dengan dia. Masa tunggu Grab tu nampak Dato' Rizalman, Dina dengan Sweet Qismina tunggu kereta diorang sampai jugak. 

Balik tu happy lah sebab jumpa dengan selebriti kitorang nak jumpa walaupun geram dengan tudung tak berapa nak jadi. Handphone pun tak mampu nak ambil gambar sharp sebab malam. Tapi tak kisahlah sebab dah dapat apa yang kita nak. 






Jubah abaya two piece ni sebenarnya baju raya kedua tapi sebab nak matching dengan tema raya Astro, pakai je lah dulu. Raya nanti bukannya nak bergambar sangat pun lagipun dah tak ada baju dah nak pakai. Ayat tipikal bukan? Biasalah perempuan....

3 comments

  1. bestnya jumpa ramai artis termasuk oppa korea hans

    ReplyDelete
  2. alahai hensemnya Aniq Suhair, hensem juga Nadhir Nasar nasib takde Mierul Aiman..hahaha

    ReplyDelete
  3. Cantik abaya Farhana tuh.. Yeah!! Dapat juga bergambar dengan Hun ye.. Baguslah Aniq tu.. Bukan senang artis nak inat orang yang dia jumpa..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.