Pertama Kali Guna MRT Laluan Putrajaya

Monday, 8 May 2023

16 Mac 2023 MRT Laluan Putrajaya yang menghubungkan Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya dibuka sepenuhnya untuk kegunaan orang awam. Masa sebulan percuma tu tak terasa nak pergi mana-mana pun guna laluan ni sebab tak tahu nak pergi ke mana. Bila dah ada tempat yang dituju macam Balai Seni Negara untuk tengok pameran Hallyu Korean Wave tu baru nampak laluan dia macam mana. 


MRT Laluan Putrajaya ni guna tren berwarna kuning, putih dan merah. Tak sama macam MRT Laluan Kajang yang berwarna putih. Senang lah nak bezakan lepas ni sebab perbezaan warna yang ketara. Tak pasti lah warna ni warna kekal ataupun sementara je tapi tengok gaya macam kekal. 

Tempat duduk dekat dalam pun berbeza dengan MRT laluan Kajang sebab guna kerusi plastik warna biru dengan kuning. Tempat duduk berwarna kuning tu tempat duduk keutamaan untuk wanita mengandung, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). 


MRT laluan Putrajaya ni ada 36 stesen aktif, 27 stesen bertingkat dan 9 lagi stesen beroperasi di bawah tanah. Dari MRT Kwasa Damansara pun, MRT laluan Putrajaya terletak di tingkat atas. Gayat nau rasanya bila tinggi sangat ni. Tapi kebanyakan MRT ada eskalator tinggi dan panjang sebab banyak stesen bawah tanah. 


Perjalanan kitorang masa tu menuju ke MRT Hospital Kuala Lumpur sebab nak pergi ke Balai Seni Negara jadi ada 14 stesen sebelum sampai ke destinasi. Memandangkan pertama kali naik MRT laluan Putrajaya, sepanjang masa berdiri je sebab nak tengok landmark ataupun port yang berpotensi untuk lepak. Tak ada masalah nak berdiri lama sebab dah tahu perjalanan jauh sebab tu pakai kasut sukan. 


Dari Kwasa Damansara menuju ke Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima, Kampung Baru, Kentonmen, Jalan Ipoh, Sentul Barat, Titiwangsa dan Hospital Kuala Lumpur. 

Masa tengok laluan Putrajaya ni nampak ada beberapa stesen yang boleh tukar dengan LRT macam Kampung Baru, Ampang Park, KLCC, Chan Sow Lin dengan Sungai Besi. Kira lebih banyak option lah selain MRT Pasar Seni dengan MRT Muzium Negara. I lagi suka naik MRT berbanding LRT sebab koc lebih banyak jadi tak perlu bersesak sangat especially peak hour. Harga tak jadi masalah pun sebab kalau guna One Day Pass tu pergi lah mana pun boleh stick dengan harga RM5 je. 


Syok guna MRT ni sebab kebanyakan stesen dekat bawah tanah jadi kawasan menunggu sejuk je tak macam LRT ataupun KTM. Kalau hujan pun tak ada masalah nak berjalan sampai ke checkpoint sebab laluan semuanya berbumbung dan selamat. Lagipun MRT ni baru dibina jadi semuanya indah lagi nak dibandingkan dengan LRT yang dah lama. 


Macam laluan ke Hospital Kuala Lumpur ni, berbumbung lepastu ada eskalator macam dekat KLIA tu. Lagi satu benda best bila guna MRT, tak payah risau bab tandas dengan surau. Kedua-duanya terjaga. Kalau pergi event tak risau sangat sebab boleh tumpang solat dekat surau MRT. Kalau tertinggal atau lupa bawa telekung pun tak ada masalah. 


Laluan berpenghadang MRT laluan Putrajaya ni dari jauh dah nampak boleh guna yang mana sebab lampu dia bersinar dari jauh. Kalau tak bawa keluar kad awal dan pilih laluan mana sampai orang belakang kena tunggu lama, dah boleh starlight kepala. Dekat sini canggih sikit lah sebab dah boleh guna kad debit sebab Kementerian Pengangkutan nak pecahkan sistem monopoli T&G. Personally I prefer T&G sebab kalau guna kad debit ni dia ambil masa untuk approve transaction. 



Settle dekat laluan berpenghadang tu, kena pilih Pintu B sebab dekat situ ada Istana Budaya, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara dengan Tasik Titiwangsa. Pintu A memang khas untuk ke Hospital Kuala Lumpur. Naik eskalator dekat Pintu B terus nampak Istana Budaya. Cross jalan tu je dah boleh bergambar macam ni. 



Masa balik tu kitorang perasan ada RUMA PUTEH Cafe dekat dengan stesen MRT. Tunggu je lah I update entry semua port dekat area MRT Hospital Kuala Lumpur ni, mesti bersepah gambar Pana dekat Google sebab baru nak keluar tengok KL hshshs

6 comments

  1. Hari tu masa ke sana sempat tgk je mrt ni sbb masa tu blom lg beroperasi... dekatla dh nk ke bukit bintang dr putrajaya kan.. x perlu nk tkr tren kt kl sentral dah

    ReplyDelete
  2. bagus la...lagi senang nak ke mana2 sbb banyak station ada

    ReplyDelete
  3. bila lah nk cuba jugak... almaklum lama sgt tak naik mrt nih... lrt pun dah berapa tahun tak naik

    ReplyDelete
  4. Eii bestnya. Baru tahu ada MRT tu. Senang la lepas ni nak bergerak ke tempat utama

    ReplyDelete
  5. Saya suka naik MRT. Surau dan tandas pun bersih.

    ReplyDelete
  6. dah naik hari tu tp smpi stesen sg besi je. nnt ada ms nk smbg smpi putrajaya. kalau 'tak ada keje' nak try dr hjg ke hjg😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.