Movie Review | U-Turn (2023)

Saturday, 6 May 2023


Director: Arif Khan
Writer: Parvez Sheikh, Radhika Anand
Cast : Alaya F, Priyanshu Painyuli, Aashim Gulati, Manu Rishi, Shreedhar Dubey, Apoorva Suman, Tariq Mir, Priyanka Arya
Production Company: Balaji Telefilms
Distributor: ZEE5
Genre: Horror / Mystery / Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : 28 April 2023
Trailer :


Remake ketujuh dari filem asal Kannada dengan tajuk yang sama, U-Turn (2016) arahan Pawan Kumar mengisahkan tentang pengguna jalanraya yang membuat U-Turn secara haram dan mengakibatkan kemalangan. 

Kerana pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan, Radhika (Alaya F) menyiasat kes ini dengan meminta bantuan gelandangan yang mencatit semua nombor plat pesalah laku tersebut. Radhika bekerjasama dengan pegawai trafik bernama Harry (Surinder Arora) untuk mendapatkan alamat mereka kemudian buat soal siasat. 


Kerana kelibat Radhika berada di apartment kepunyaan Deepak beberapa jam sebelum dia meninggal, Radhika ditahan sebagai suspek untuk kes bunuh. Inspektor Arjun (Priyanshu Painyuli) dapat tahu tentang penyiasatan Radhika kerana dari situ dia dapat sahkan pertalian kesemua individu yang membuat U-Turn di situ akhirnya meninggal dalam keadaan misteri. Kesemua kes ditutup sebagai kes bunuh diri. 

Sebelum ni dah pernah tengok filem U-Turn (2020) yang dibikin semula oleh Filipina tapi jalan cerita tak sama pun dengan U-Turn Bollywood version. Ada banyak jalan cerita yang diubah seperti kematian adik Radhika, Raghav (Dev Dembla), lokasi jalan untuk U-Turn dan paling utama genre naskhah yang menggunakan kisah seram. 


Kalau ikut kualiti skrip, remake Filipina tu lebih menarik sebab tempat untuk U-Turn tu di kawasan yang jauh sikit dari jalan utama jadi polis buat tak endah bila ada kemalangan. Dalam Bollywood version ni dekat jalan utama, ada CCTV yang clear, lampu jalan pun terang tapi polis buat tak tahu walhal ramai dah jadi mangsa. 

First half U-Turn arahan Arif Khan dah menarik dengan kisah penyiasatan Radhika dan bergabung tenaga juga resources dengan Inspektor Arjun tapi bila masuk second half skrip dah mula merepek. Dari genre seram tiba-tiba bertukar jadi thriller tanpa logik yang kukuh. Bukannya semakin terjawab persoalan tapi makin banyak pula persoalan yang timbul. 


Sebelum tu Radhika pelik kenapa kemalangan Sunita tak publish dekat news tapi terang-terang nampak ada lelaki bakar keratan akhbar tentang kemalangan tu. Motif sangat dia bakar sebab polis ada arkib kes kemalangan, just matter of time je untuk Inspektor Arjun jumpa. Kelakar juga lah tak ada siapa yang tahu latar belakang suami Sunita sedangkan ramai yang nampak kemalangan tu unless ada watak yang bagitahu secara terperinci tentang watak antagonis tu. 

Latar masa berkecamuk dalam filem U-Turn ni sebab Radhika kata dia cuma journalist intern tapi 1 tahun sebelumnya, dia dah ada dekat situ. Lama betul kau intern dik non. Babak seram pun tak banyak diketengahkan sebab penulis dan pengarah lebih fokus pada rasa bersalah Radhika terhadap Raghav. Macam mana antagonis ada akses untuk bahan kimia pun mengelirukan juga sebab kalau aset kerajaan ni ada registry untuk setiap bahan. 


Pace filem U-Turn agak laju sebab banyak plot yang pengarah nak letak dalam filem berdurasi 101 minit ni. Music score dari Ketan Sodha membantu menghadirkan suasana seram pada beberapa babak. Kalau penulis stick dengan genre seram, mungkin filem U-Turn Bollywood lebih menarik untuk ditonton sebab lakonan Alaya F bagus dalam karakter Radhika yang rebellious dan berani. Walaupun ada kekurangan, itu terletak pada penulis yang tak mampu kembangkan cerita dengan baik. Lakonan Priyanshu dan Rajesh sharma juga tersia akibat skrip yang lemah. 


Sama macam filem U-Turn yang lain, mesej sosial yang diketengahkan masih kuat dalam remake terbaru terbitan Balaji Telefilms ni di mana pesalah laku jalanraya perlu dapat hukuman berat kerana mengakibatkan kemalangan. Ubah sikit sahaja macam blocks dekat tengah jalan raya, akan mengundang musibah yang besar. Walaupun filem ni gagal sebagai sebuah naskhah yang menghiburkan tapi mesej tu sampai. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.