Pengarah: Azhari Zain
Penulis Skrip:
Pelakon : Syafiq Kyle, Zahiril Adzim, Moon, Lobak, Dato Tuan Asmawi Tuan Umar, Saifullah Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahma, Bai Chot
Syarikat Produksi: Power Team Entertainment Sdn Bhd
Pengedar:
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022
Trailer :
Berlatarkan masyarakat penduduk di Kampung siam, Pendang, Kedah, naskhah Siku 12: Langkah Derhaka mengisahkan tentang Atid (Syafiq Kyle) dan A Wut (Zahiril Adzim) menyiapkan diri untuk bertanding dalam Muay Thai Open Championship 2021. Setiap hari mereka berlatih sambil diperhatikan oleh adik-adik mereka, Nafishah (Lobak) dan Nawari (Moon).
Satu hari Atid dan A Wut ternampak Ayah Man (Dato Tuan Asmawi Tuan Umar) berlawan dengan anak-anak buah Husin Lang Merah (Shahmiey Odd) menggunakan buah silat yang berbeza. Atid cuba pujuk ayahnya untuk ajar buah tersebut namun diendahkan saja. Sehingga lah Husin menyerang Atid juga A Wut untuk lunaskan dendam lama.
Khawatir dengan keadaan anaknya, Ayah Man turunkan ilmu Siku 12 kepada Atid walaupun dia telah bersumpah tidak akan mengajar sesiapa pun ilmu seni mempertahankan diri tersebut selepas tragedi hitam yang berlaku sebelum dia datang ke Pendang.
Pertama kali tahu mengenai ilmu silat Siku 12 atau nama lainnya, Silat Halilintar. Ilmu ni dicipta oleh Sheikh Mohamad Ghulam Merah atau Dada Meah untuk digunakan sewaktu peperangan penjajahan Jepun terhadap Tanah Melayu. Beliau merupakan pengamal seni bela diri jadi ilmu Siku 12 mempunyai campuran dari pelbagai jenis martial arts. Antaranya, silat, tomoi (Muay Thai), judo, jiu-jitsu, silambam, yoga, kenjutsu dan juga taichi.
Bila tengok Ayah Man berlawan menggunakan buah silat Siku 12, boleh nampak jurus silat ni digunakan untuk melawan musuh dengan jarak dekat. Kalau guna siku, boleh jadi sejengkal lebih saja jaraknya. Tengok cara Ayah Man atau Atid hentak pihak lawan pun dah boleh tahu betapa kuatnya hentakan tersebut.
No wonder lah Ayah Man takut nak ajar sebab boleh bawa mati kalau dihentak di bahagian kepala atau leher. Mungkin itu juga antara punca kenapa Siku 12 ni tak diturunkan secara meluas dan popular seperti martial arts yang lain. Bahaya kalau pengamal tak pandai kawal diri.
Dari naskhah Siku 12: Langkah Derhaka, boleh nampak pengarah Azhari Zain ingin mengangkat budaya kehidupan masyarakat Melayu yang berasimilasi dengan orang Thailand. Tengok watak A Wut yang boleh bercakap dialek utagha sedangkan berketurunan Siam. Pegangan dia juga lebih ke arah Islamik walaupun keluarga dia masih kuat berpegang dengan budaya di negara asal.
Seronok tengok semua watak dalam naskhah siku 12 bercakap dalam bahasa utagha dan Siam tanpa kekok. Kalau tak kenal Syafiq Kyle orang KL, dah percaya dia beranak dekat Kedah. Zahiril Adzim pun sama walaupun ada masanya lidah dia tergeliat nak cakap Siam tapi pengarah pandai alihkan fokus kepada adiknya, Nawari yang lebih fasih berbahasa Siam.
Sinematografi dalam naskhah Siku 12 menguatkan lagi latar tempat dengan suasana sawah padi ketika musim menuai. Mungkin ni bukan sesuatu perkara yang besar tapi wardrobe dan costume team memang buat kerja. Tak ada pun watak yang pakai baju beria sebab duduk area bendang. Pakai t-shirt nipis, yang perempuan pula pakai Kurung Kedah atau t-shirt dengan kain batik. Makeup team pun cemerlang dengan tonjolkan kesan luka yang tampak real.
Sembang pasal visual dalam filem yang mengetengahkan aksi dan seni pertahankan diri, kelemahan terbesar dalam Siku 12: Langkah Derhaka sebab tak banyak menggunakan teknik kamera yang boleh naikkan impak pada penceritaan. Bila diserang dalam kumpulan yang besar, nampak sangat tunggu turn untuk dibelasah.
Editing pun menganggu alur cerita untuk jadi lebih kemas. Tak pasti lah kalau ada beberapa babak yang dibuang sampaikan transition dari satu plot ke plot yang lainnya nampak rushing. Banyak sub-plot untuk ketengahkan konflik yang dialami antara watak utama pun mengganggu juga. Dari awal nampak Husin berdendam benar dengan Ayah Man tapi tak ada intense scene antara mereka berdua ataupun dengan Atid. Tiba-tiba klimaks dengan watak antagonis yang lain. Patutnya part A Wut sakit hati dengan Atid tak perlu ada, watak Ben (Anas Mentor) tak perlu, sama juga dengan love angle antara Atid dan Nawari. Cukup kalau pengarah fokus pada Muay Thai Open Championship dan dendam Husin Lang Merah.
Babak Atid mampu belajar ilmu Siku 12 dalam masa 3 hari pun nampak tak meyakinkan sebab sekejap sangat dia boleh pick up unless Atid bagitahu penonton yang dia dah mahir ilmu judo, jiu-jitsu, silambam, yoga, kenjutsu dan taichi cuma tak tahu gerakan saja.
Lebih menarik rasanya kalau pengarah masukkan juga sejarah Siku 12 supaya dapat banyakkan lagi babak Atid dengan Ayah Man. Kesemua watak tak ada bonding moment melainkan watak Husin dengan Tok Wan dia. Patutlah dia sayang lebih walaupun dendam lama tu tak berasas pun. Apa pun, pengarah dan produser dah buat yang terbaik untuk perkenalkan budaya dan kesenian masyarakat Melayu untuk generasi baru supaya warisan kita tak luput ditelan dek zaman.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.