Movie Review | Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
Saturday, 13 May 2023
Director: Mike Newell
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Brendan Gleeson, Jason Isaacs, Gary Oldman, Alan Rickman, Maggie Smith, Timothy Spall
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy, Action, Thriller
Running Time: 157 minutes
Release Dates: 6 November 2005 (Odeon Leicester Square), 18 November 2005 (United Kingdom and United States)
Trailer :
Dalam filem Harry Potter and the Chambers of Secret (2002), Harry Potter dapat dengar suara Basilisk, ular gergasi yang dahagakan darah Mudblood, dalam installment keempat arahan Mike Newell, Harry Potter dapat melihat Voldemort (Ralph Fiennes) dalam vision.
Lord Voldemort semakin lama semakin kuat berbanding pertemuan mereka sebelumnya malah mempunyai pengikut yang baru. Salah seorangnya ialah Peter Pettigrew yang hampir dibunuh oleh Lupin dan Black sebelum ni. Sepertimana yang Firenze bagitahu Harry tentang darah Unicorn yang mampu bagi kehidupan baru dalam naskhah Harry Potter and Soccerer’s Stone (2001).
J.K Rawling membawa sesuatu yang baru ke dunia Hogwart di mana kejohanan Goblet of Fire diadakan. Pertandingan antara sekolah-sekolah ahli sihir di dunia tersebut. Kiranya bukan Hogwart sahaja yang wujud untuk melatih ahli sihir muda. Durmstrang Institute dari benua tengah Eropah sementara Beauxbatons Academy dari Perancis.
Kejohanan Goblet of fire tidak dibuka untuk semua pelajar kerana terdapat had usia untuk peserta. Hanya pelajar berusia 17 tahun iiatu pelajar tahun ketujuh sahaja yang layak untuk meletakkan nama dan hanya seorang sahaja wakil dari ketiga-tiga sekolah tersebut akan dipilih. Anehnya nama Harry Potter, pelajar tahun keempat dimasukkan dalam senarai peserta dan Kementerian terpaksa bersetuju dengan keputusan tersebut.
‘Why so tense, Potter? My father and I have a bet, you see. I don't think you're going to last ten minutes in this tournament. He disagrees. He thinks you won't last five!’ – Draco Malfoy
Kekuatan filem Harry Potter and the Goblet of Fire terletak pada kejohanan antara sekolah tersebut yang agak merbahaya dan mencabar kekuatan setiap peserta. Boleh nampak kenapa Profesor Dumbledore (Michael Gambon) dan Minerva McGonagall (Maggie Smith) risau bila nama Harry dalam piala tersebut. Kalau sebelum ni Neville Longbottom kelihatan lemah tapi dalam naskhah ni dia dapat strong charm yang membantu Harry walaupun olahan tak berapa menarik.
Kehadiran watak-watak sampingan baru kali ni mencorakkan lagi penceritaan franchise Harry Potter seperti Alastor Mad-Eye Moody (Brendan Gleeson), Fleur (Clemence Poesy), Cho Chang (Katie Leung), Viktor Krum (Stanislav Ianevski) juga Cedric Diggory (Robert Pattinson). Selain pertandingan, penulis kembangkan tiga sekawan yang mula merasa pengalaman bercinta buat pertama kali.
Watak sampingan dalam previous installments juga dibawa masuk kembali seperti Moaning Mrtyle (Shirley Henderson), Sirius Black (Gary Oldman), Peter Pettigrew (Timothy Spall) dan Voldemort. Tak hairanlah kalau pengarah panjangkan durasi tayangan sedikit panjang dari sebelumnya untuk bagi ruang kepada kesemua watak ni walaupun ada yang muncul sekejap sahaja.
Memandangkan naskhah keempat mempunyai tetamu dari akademi sihir lain dan mempunyai majlis tari-menari, pereka kostum kena bekerja keras sikit lah dari biasa. Pakaian seragam Beauxbatons Academy mempamerkan sisi feminin pelajar perempuan di sekolah tersebut. Dress Hermione juga cantik dan serlahkan kecantikan fizikal Emma Watson.
Tak berapa berkenan dengan pakaian Ron sebab penulis nak masukkan elemen kelakar. Dah lah gaya rambut dia tak sesuai dari installment sebelumnya lagi padahal watak-watak lain dapat ubah penampilan yang lebih menarik. Sinematografi yang suram pun mengganggu penceritaan yang sepatutnya lebih seronok sebab bawa sesuatu yang baru kepada penonton. Suasana pertandingan pun nampak menggerunkan walhal berkisar remaja sekolah yang tengah seronok bercinta.
Penceritaan Harry Potter and the Goblet of Fire pun ada perubahan besar bila watak Profesor Dumbledore menjerit lantang panggil nama Harry Potter sedangkan Albus Dumbledore yang kita kenal lebih tenang dan penuh dengan kata-kata hikmah. Tak sepatutnya dia melenting bila dia sendiri tahu ancaman Voldemort terhadap Harry bermula dari awal lagi. Tak perlu fikir jauh pun untuk tahu nama Harry diletak oleh sekutu Voldemort.
Sama juga dengan dinamik persahabatan Ron Weasley dan Harry Potter sebab dua sahabat baik ni dari awal lagi memang akrab tapi dalam filem ni Ron merajuk sampai jarakkan diri dari Harry. Semata-mata sebab nama Harry ada dalam buku sedangkan dalam filem the Chamber of Secret bila dia dapat tahu tentang Parseltongue, dia tetap ada untuk support Harry. Takut tapi dia tetap bagi ruang untuk Harry jelaskan.
Hermione pula dengan konflik perasaan cinta pada Ron yang jenis tak faham bahasa bila dia mengamuk Ron jadikan dia last option untuk pergi ke majlis tari-menari. Of course, I appreciate the way director make it an angsty scene and explained a lot for their love interest but it just too sudden and forced. Kenapa Harry suka Cho pun tak diceritakan padahal hero jatuh cinta. Mesti lah ada something yang menarik untuk ditonjolkan sebab watak Hermione tak mampu tawan hati Harry.
Kalau dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004) terasa mendadak sangat perubahan tu, dalam Goblet of Fire mencanak teruk sampai hancur momentum franchise yang dibina cantik sejak dari awal. Untuk watak tiga sekawan tu boleh lah cover dengan puberty syndrome tapi yang dewasa tu macam mana pulak?
Kejohanan tu pula terasa tawar bila tak ada rasa saspen atau berdebar walaupun lawan Harry lebih bagus. Setiap acara dah boleh nampak Harry akan menang sebab dia watak utama bukan sebab kelebihan dan ilmu yang dia ada. It just feel rushed.
Babak pertemuan semula Harry Potter dengan Voldemort pun nampak lemah sangat seolah-olah Neville Longbottom yang ada dekat situ dan bukannya Harry Potter. Watak yang pernah lawan troll pada tahun pertama, labah-labah gergasi pada tahun kedua dan sekumpulan Dementor di tahun ketiga terlihat lembik dalam kejohanan sehingga lah berjumpa dengan musuh utama. Mungkin dalam series Harry Potter nanti lebih jelas penerangannya dan cantik alur penceritaannya memandangkan team production ada ruang yang cukup.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Bila gelap dan suram, kurang menarik jadinya.. Lama dah tengok filem ini.. Tak berapa ingat jalan ceritanya..
ReplyDelete