Director: Pavan Kirpalani
Writer: Neha Veena Sharma, Pavan Kirpalani, Ameet Mehta
Cast: Sara Ali Khan, Vikrant Massey, Chitrangada Singh, Akshay Oberoi, Rahul Dev, Shishir sharma, Shataf Figar
Production Companies: Tips Industries, 12th Street Entertainment
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 31 March 2023
Trailer :
Filem Gaslight bermula dengan babak Meesha Singh Gaikwad (Sara Ali Khan) pulang ke istananya, Mayagarh di Morbi terletak 2 jam jaraknya dari stesen kereta api. Kepulangannya dijemput oleh pemandu peribadi, Padam Kaka (Vinod Kumar Sharma).
Dah lama dia tidak pulang kerana merajuk dengan ayahnya, Raja Saheb (Shataf Figar) yang berkahwin dengan Rukmani (Chitrangada Singh). Semua orang di istana tersebut cuba sembunyikan sesuatu yang Meesha tunggu sejak sekian lama. Kata Rukmini dan pengurus estet, Kapil (Vikrant Massey), Raja Saheb berada di luar kawasan dan minta Meesha tunggu sehingga dia pulang ke istana.
Anehnya, setiap malam Meesha diganggu oleh lelaki yang berperwatakan sama seperti ayahnya. Meesha sering terdengar alunan muzik piano, lagu kegemaran Raja Saheb tapi hanya dia seorang saja yang nampak dan dengar perkara tersebut. Meesha syak Raja Saheb dibunuh oleh Rukmani gara-gara tamakkan harta kepunyaan ayahnya tapi siapa yang membantu perempuan tersebut masih lagi menjadi persoalan utama.
Sebelum tengok filem ni tak tengok pun trailer, nampak poster ada Chitrangada dengan Sara Ali Khan, terus tekan play. Dari poster nampak macam psychology thriller sebab gaslight orang rupanya tak, gaslight tu lampu pelita gas yang roh Raja Saheb selalu guna waktu malam untuk ganggu Meesha.
To be honest, dari awal lagi sejak Meesha sampai dekat rumah dan diganggu oleh roh ayah dia tu pun kita dah tahu yang Raja Saheb dah meninggal cuma 5W 1H tak terjawab. Sara masuk kelas lakonan untuk watak Meesha yang kemurungan lepas hilang ibu dan juga lumpuh kedua-dua kaki. Kiranya emotion yang dia kena rendered dalam filem ni tersangatlah berat dan tegang tapi nampak hambar sangat. Masa Meesha lukis bulatan dalam bilik tu kita tak nampak pun fikiran dia terganggu, sama juga dengan babak dia hentak kepala dekat dinding sampai tak nak makan.
Kalau ikutkan, filem Gaslight adalah filem keenam Sara Ali Khan tapi dia belum dapat buktikan yang dia mampu conquer solo screen apatah lagi menyerlah bila berkongsi skrin dengan pelakon lain. Chitrangada Singh yang dah lama tak berlakon dan terhad screentime pula lebih menyerlah lakonannya. Masa dia pandang cermin yang retak dalam bilik tu kita dah dapat jawapan siapa yang bunuh. Rasa bersalah yang dia portray pun kuat sangat dalam babak tu.
Sama juga dengan Akshay Oberoi, sepupu jauh Meesha yang cocky dan bongkak. Patutnya penulis tambahkan lagi babak Rana Jai supaya kita yakin yang Rukmani berkomplot dengan dia untuk bunuh Raja Saheb. Baru lah plot twist yang muncul tu tak rasa lemau. Watak SP Ashok Tanwar (Rahul Dev) pun solid juga dalam filem ni tapi terhad. Seronok tengok dia perli Rana Jai tentang privilege dan hard work. Watak Dr. Shekhawat (Shishir Sharma) juga tersia.
Lakonan Vikrant Massey pula terperangkap dalam had dan sempadan yang penulis letakkan pada watak pengurus muda di Mayagarh. Bila penulis masukkan kissing scene antara Meesha dengan Kapil, nampak macam forced dan tiba-tiba. Tak perlu ada pun patutnya.
Naskhah arahan Pavan Kirpalani ni terlampau gelap juga sampai tak nampak pun apa benda yang jadi. Lepas tengok ni jadi sakit kepala dengan mata sebab terpaksa sepetkan mata untuk fokus apa yang jadi dalam babak tu. Idea filem Gaslight ni dah menarik dah tapi sayangnya skrip tak dikembangkan dengan baik, tak ada elemen saspen untuk buatkan kita enjoy nak tengok Meesha survive dekat istana lama tu. Nasib baik tayang dekat OTT platform, kalau dekat wayang entah berapa je kutipan diorang dapat.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.