Director: Jung Yoon-Soo
Writer: Jung Yoon-Soo
Cast: Lee Yi Kyung, Chae Seo Jin, Park Geon Il, Jung Young-joo
Production Companies: Special Movie City, K-Dragon
Distributor: N/A
Genre : Romance / Fantasy
Running Time : 103 minutes
Release Date : 17 November 2022
Trailer :
“As you go through life, you experience lots of different things, but who could have guessed that I’d get lost in the woods in the dead of night while wearing a wedding dress?” – Nam Goong-yoon
Lepas 3 tahun bercinta, Nam Goong-yoon (Chae Seo-jin) bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Ahn Tae-young (Lee Yi-kyung). Majlis perkahwinan kecil saja dengan kehadiran rakan sekerja dan teman baik namun tak ada siapa pun yang sangka pengantin lelaki tak muncul. Puas Goong-yoon cari tapi tak jumpa. CCTV terakhir cuma nampak kelibat Tae-young naik teksi pada malam sebelum hari perkahwinan mereka.
Walaupun Goong-yoon adalah polis yang sentiasa menjaga kawasan pulau kecil tersebut tapi dia langsung tak tahu ke mana bakal suaminya menghilangkan diri. Tak ada langsung hint yang tunjuk something fishy atau ada sesuatu yang tak kena pada Tae-young. Dia juga yang kata kalau dia suka, dia akan setia dan jaga dengan baik.
Nasib baik Goong-yoon ada install couple’s app untuk track lokasi Tae-young. Dia pergi ke lokasi tersebut dan terkejut kerana kewujudan sebuah café sedangkan selama dia bekerja di situ, tak pernah pula dia nampak café tersebut.
Pemilik kafe (Shin Joo-hwan) bagitahu yang kafe miliknya hanya dibuka bermula tengah malam sehinggalah waktu subuh. Makin terkejut bila Goong-yoon nampak Tae-young yang bekerja separuh masa di situ. Anehnya, Tae-young yang dilihat bukanlah Tae-young yang dia kenal. Lelaki tersebut tampak lebih muda dengan rambut panjang dan bandana. Masa untuk setiap pelanggan yang datang ke kafe tersebut juga berbeza. Kalau Goong-yoon datang pada masa 2019, Tae-young pula pada tahun 2016, ada pula pelanggan yang berada di zaman penjajahan.
Tak pernah tengok Lee Yi-kyung dalam karakter yang serious dan romantik macam watak Ahn Tae-young ni. Chemistry dia dengan Cha Seo-jin yang menguatkan lagi perjalanan kisah cinta misteri dan fantasi antara pegawai polis dan chef restoran ni. Perbezaan yang ketara tapi kuatnya cinta mereka berdua sampai kita pun jadi pelik kenapa Ahn Tae-young larikan diri pada hari perkahwinan mereka. Takkan lah sebab Kim Kyung-jang (Park Geon Il) suruh nyanyi dekat majlis, dia terus cuak? Misteri tu disimpan rapi sehinggalah ke hujung cerita.
Selain kisah cinta mereka, ada juga sub-plot yang fokus kepada hubungan Nam Goong-yoon dengan ibunya (Jung Young-joo) apabila keduanya bertelagah sejak Seo-jin habis sekolah. Asalnya dia menyimpan hasrat untuk menjadi pegawai tentera laut namun disebabkan tilikan ibunya, impian tu terpaksa dibuang jauh. Kerana impian tu juga dia sering mengungkit dan jarang menjenguk si ibu.
Filem Café Midnight: Missing Honey adalah sekuel kepada filem istimewa, Café Midnight (2020) atau boleh kata naskhah ni adalah installment kedua kepada franchise kafe misteri yang mempunyai Irish Coffee sebagai signature drink. Tak pasti apa istimewanya kopi tersebut sebab pemilik kafe tak bercerita sangat tentang kafe mahupun kopi. Dia hanya membantu tetamu jemputannya untuk bertemu atau menghargai insan di dalam hidup mereka. Menarik tau konsep ni sampai I tertarik untuk tengok yang pertama dan berharap untuk installment ketiga.
Sinematografi untuk filem Café Midnight: Missing Honey pun cantik ditambah dengan kecantikan kawasan yang terletak di Busan. Sesuai lah dengan konsep kisah cinta santai dan fantasi. Suka tengok restoran Ahn Tae-young dan rumah dia sebab kreatif cara dia gunakan ruang walaupun terhad. Sesuai lah dengan watak dia yang berjiwa seni. Istimewa juga untuk filem ni, Lee Yi-kyung menyanyi guna suara sendiri. Lagu pun romantik sangat. Recommended to watch!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.