Cuti Hari Wesak haritu me and my sister pergi ke Hallyu Korean Wave Exhibition di Balai Seni Negara. First time pergi Balai Seni Negara ni walaupun terletak sebelah Istana Budaya. I pergi Istana Budaya pun baru 2 kali, first time untuk
press conference 4G lepastu
konsert SANAM bulan Mac haritu. Masa tu tak buka lagi MRT Putrajaya line jadi kena naik kereta.
Sekarang dah buka memang mudah sangat nak pergi ke Istana Budaya, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur dengan Taman Tasik Titiwangsa. Dari MRT Kwasa Sentral tukar tren
MRT laluan Putrajaya dekat MRT Kwasa Damansara lepastu turun dekat stesen Hospital Kuala Lumpur. Dalam 14 stesen dan approximately around 40 minutes macam tu. Keluar tren, ambil laluan Pintu B lepastu berjalan dari Istana Budaya ke Balai Seni Negara. 5 minit je berjalan tapi hazab kalau pakai heels.
Sampai dekat pintu utama Balai Seni Negara kena scan QR code untuk register sebagai pelawat. Kalau datang secara berkumpulan, seorang saja wakil yang isi borang. Borang dia mudah je, isi details - Nama Penuh, Email, No. Telefon, Umur, Negeri, Negara, Pekerjaan, Syarikat Majikan/Sekolah/Studio/Residensi, Jumlah Pelawat, Bagaimana tahu tentang pameran-pameran di Balai Seni Negara dan Pameran yang mana berminat untuk dilawati.
'Ermmm pak cik, kalau pameran yang kita nak tu tak ada dalam form ni macam mana?'
'Haaa yang Korea tu ambil All Above Exhibitions. Kuat betul penangan Korea ni. Selama ni tak pernah ramai orang pun dekat sini. Buat pameran Korea tu penuh dengan anak muda datang sini. Dasyat betul.'
Berdekah gelak dengan pakcik tu sebab benda betul. I datang pun sebab nampak TikTok crew yang terlibat tu tengah lekat poster idol group. I komen je TREASURE ad ke tak, ambik kau, hand banner Hello Asia Tour haritu dia tempek sekali. Album TREASURE penuh bersusun dekat shelf, pergghh either ada crew geng TEUME gak ataupun dia notice komen I (sekali sekala perasan apa salahnya hshs)
Hallyu Korean Wave Exhibition ni bermula dari 1 Mei sehingga 16 September nanti dan terletak di tingkat 4. Ada dua pilihan untuk naik atas, sama ada guna lif ataupun laluan berpusing. Kitorang pilih laluan berpusing tu sebab nak ambik gambar walaupun tangan tak berseni sangat.
Memandangkan kitorang memang nak pergi Balai Seni Negara je masa tu jadi tak lah jalan beria sangat. Jalan sikit, ambik gambar lepastu kagum dengan karya seni orang. Jangan tanya berapa lama ambil masa untuk naik ke atas sebab tak kira masa. Tak ingat boleh bawa air ke tak datang sini sebab I baca barang larangan included lighstick ke tak haha nasib baik boleh bawa.
Masa kitorang sampai ni dalam jam 11 pagi jadi tak ramai sangat walaupun kena tunggu untuk bergambar dekat setiap tempat. Di bahagian depan sebelah kanan ada karya berlampu ni. Jadi lama dekat sini sebab tunggu dia berubah warna ikut warna Teulight. Kalau TeuMY tunggu warna biru, kalau Carat dengan Ahgasse tunggu warna hijau, Blinks pula tunggu warna pink, iKONIC warna merah, MIDZY warna ungu. MOA ikut suka la nak warna apa sebab semua warna boleh masuk.
Belah kiri pula ada lukisan Train To Busan, Squid Game, Samsung dengan apa entah lagi satu. Tak ingat dah. Yang jadi persoalan kenapa Ejen Ali ada sekali dalam Squid Game?
Section sebelah ada mesin pembelian barangan di emart24. Tak pasti lah kenapa exhibitor letak emart24 je sedangkan ada CU juga dekat Malaysia ni. Itupun letak menu kosong je bukan kolaborasi
emart24 dengan TREASURE. Not being petty or whatever tapi ramai yang menuju ke situ sebab nak beli menu TREASURE je. Nak compare emart24 dengan Family Mart, menu dekat Family Mart menang lagi walaupun ramai rengsek dengan staff dia.
Kenapa tak letak Kyochon, Kfry, Seoul Garden, Mr. Dakgalbi, Goobne, Soopoong dan banyak lagi restoran Korea untuk tunjukkan gelombang Korea yang melanda Malaysia? Sebab ruang tu ada tapi exhibitor biarkan gelap je.
Di bahagian tengah ada lukisan wanita dalam hanbeok, ruang selfie dengan kamera digital dan sangkar cinta. I tak lama pun dekat ruangan tengah sebab tak menarik sangat. Bergegas pergi ke ruang idol group sebab nak mencari poster TREASURE. Dekat dalam video tak nampak dekat mana dia tampal. Siapa nampak TREASURE dekat mana?
Ada 2 poster TREASURE OT10 dalam ruangan ni, satu HELLO Korea dan satu lagi poster HELLO Jepun. Sedih sebab tak ada TREASURE OT12 sedangkan ada iKON OT7. Poster iKON OT7 tu macam keratan interview lepastu ada poster solo B.I - BTBT dekat sebelah. Apoooo. Poster SVT tak perasan dekat mana dia tampal, 2NE1 tak ada, TXT pun tak ada.
Kebanyakan gambar idol group dan solo ambil dari majalah epop tapi yang anehnya kenapa ada gambar penyanyi Taiwan sekali? Hmmm besar pulak tu. Hidden agenda ke apa? Ruang idol group ni tinggi melangit, idol siapa yang kena tampal dekat atas tu cuma mampu berhuhu je lah.
toleh belah kanan ada himpunan album dan merchandise dari pelbagai agensi. Tu lah hand banner TeuMY bagi dekat TREASURE masa
Hello Asia Tour Kuala Lumpur haritu. Hand banner yang Haruto show off dekat Incheon Airport. Yes this is flex!
Ruangan merchandise tu macam ruang di kebanyakan bilik Kpop stan. Antara banyak dengan tidak je koleksi merchandise. Merchandise macam baju, tumbler, bag, topi ataupun photocards je tak ada. Takut gamaknya nak letak, kalau hilang confirm menangis. Dah la mahal photocards nak pula yang limited edition.
Habis bergambar dekat ruang ni, kitorang pergi ke bahagian belakang. Dekat situ ada video LCD tapi tak bergambar pun dekat situ sebab malas nak tunggu turn. Bergambar dekat Rhythm of Time.
Berdekatan dengan ruangan ni, ada tayangan tarian sedih dari arirang. Tak ingat dah nama tarian ni apa tapi membawa maksud tarian sedih. I don't stay long there because it just to sorrow to watch.
Kitorang tunggu kejap dekat ruang video yang memaparkan asimilasi Korea dan Malaysia. But I don't really understand the concept. The only reason I lama dekat situ sebab ada klip TREASURE masa Hello Asia Tour Kuala Lumpur yang entah berapa saat tu. Nak bergambar dengan klip tu yang buat lama.
But I managed to click it! Dengan Hyunsuk pulak tu hshshs
Dalam lukisan Origin of Hallyu Dance tu ada 4 QR code. Kalau scan dia akan keluar tweet di bawah ni
Ambil gambar macam nak rak sampai cecah 400 lebih gambar dekat dalam Hallyu Korean Wave Exhibition ni. Bukan sebab banyak karya seni tapi sebab galeri tu gelap jadi kena la cari spot yang tak berbayang sangat. Exhibition ni lama lagi tempohnya tapi kalau dah ramai yang bagitahu ada apa dekat dalam ni, mesti tak ramai yang nak pergi sangat.
Rasanya kalau buat kemasukan berbayar pun tak ada masalah asalkan banyak karya seni dan perjalanan cerita yang menarik. Not much to learn pun dekat sini, ramai yang datang pun sebab nak bergambar dekat poster idol group tu. Mungkin tangan berseni tu boleh ambil gambar dengan lebih cantik lagi than we did.
Apapun, inisiatif untuk letak Hallyu Wave Korean Exhibition ni langkah yang bijak lah untuk tarik ramai anak muda berkunjung ke sini. Mudah lah nak lepak layan karya seni lepas ni sebab Balai Seni Negara dekat sangat dengan MRT. Thanks Najib!
peminat2 k pop kena gi ni.mcm2 ada ..memang menariks
ReplyDeleteWow.. Menarik juga..
ReplyDeletebeb, bts ada tak? ke lgsg takde hahhaha
ReplyDeletehaha cari nahas kalau tak ada, tapi tak banyak lah.
Delete