Finally Lawyered! Congrats Liyana, Wani & Maisarah 💜

Sunday, 7 May 2023

Bulan Februari lepas Liyana habis tempoh chambering lepas 9 bulan bekerja di Ram Reza & Muhammad. Sebelum masuk Oasis, Liyana chambering di conveyancing department dulu dalam 4 bulan macam tu lepas tu baru join Corporate department jadi kitorang tak berkenalan lama pun dengan Liyana. Walaupun sekejap tapi banyak je aktiviti kitorang sama-sama sebab Liyana jenis yang peramah dan senang ajak menyembang. 


Lama juga untuk Liyana dapat tarikh long call sebab ambil masa dalam sebulan lebih. 7 April tu RRM dijemput untuk ke majlis long call dia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Masa tu tak dapat nak attend jadi Ayuni, Husna dengan Atie je jadi wakil bawa bouquet untuk Liyana. 


Yang tak pergi ni tengok je IGstory yang Liyana update. Cantik sangat Liyana dekat majlis long call masa tu. Nampak berseri lah dah dapat jadi lawyer. All the best Liyana sebagai Conveyancing Lawyer, semoga dipermudahkan urusan untuk ambil Masters Degree juga. 

Awal bulan lepas Wani pula habis chambering dekat RRM jadi kitorang buat farewell untuk sesi bertukar hadiah. Memandangkan masa tu tengah puasa lagi jadi bertukar hadiah dan ambil gambar je. 

Hadiah Wani bagi dekat kitorang

Hadiah Wani dapat dari kitorang

Masa long call Wani tak dapat nak pergi sebab Wani lupa nak bagitau tarikh long-call dia bila. Nampak dia update IGstory baru macam eh harini Wani long-call ke? 


Patutlah dia potong rambut siap dye apa semua rupanya nak pergi long-call. Nasib baik lah terserempak dengan En. Fendy, ada la juga wakil dari RRM. 

Disebabkan Wani tak bagitahu, kitorang punya bouquet dari Bloom This sampai hari esoknya lah. Alhamdulillah selamat sampai ke tangan tuan badan. Dari awal masuk chambering lagi Wani dah buat kerja Corporate tapi dia nak balik ke Sarawak untuk jadi Conveyancing Lawyer dekat sana. Kira dia boleh tapau Corporate dengan Conveyancing lah. 

Sedih gak lah Wani tak sambung dekat RRM sebab best kerja dengan dia walaupun sejenis introvert teruk. Sehari tak bercakap pun tak ada masalah. Kalau office sunyi belum tentu lagi Wani tak ada. Nak buat macam mana, rezeki Wani dekat Sarawak sana. Hopefully ada rezeki kitorang nak jumpa dia lagi dekat KL ni. 

Maisarah pun sama jugak, nak long call tak kabo. Sebab tu bouquet untuk dia kitorang hantar sama tarikh dengan Wani. En. Fendy pergi pun sebab managing partner ada meeting dengan client jadi dia suruh En. Fendy jadi wakil. 



Kalau ikutkan Mai dah lama dah habis chambering, dari tahun lepas lagi tapi masa kelas Ethics tu ada emergency, jadi dia tak dapat habiskan on time. Sebab tu baru dapat long call sama tarikh dengan Wani, 5 Mei 2023. Tahniah Mai dan selamat berkhidmat sebagai Litigation Lawyer di firma yang sekarang. Terima kasih juga sebab hargai apa yang RRM ajar sepanjang awak chambering dekat sini. 

Bak kata Ain, apa yang kitorang ajar tu semua untuk kebaikan chambering students jugak. Tak ada ilmu yang sia-sia sebab benda yang buang masa ni kitorang pun tak suka buat melainkan gosip artis hshshs. Lepas ni nak tunggu long call che mek Kelate si Amalin pulak. Tahniah semua :)

2 comments

  1. tahniah (bakal) lawyers.selamat menempuh dunia pekerjaan perundangan yg penuh suka duka. all the best💪

    ReplyDelete
  2. bestnya..congrats semua...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.