FamiCafe, Mesin Pesanan FamilyMart

Saturday, 6 May 2023

 

Bila dah ramai yang suarakan masalah kekangan staff Family Mart dan layanan yang kurang ajar, FamilyMart perkenalkan FamiCafe untuk pelanggan buat pesanan tanpa perlu hadap cashier. Tak semua FamilyMart ada mesin pesanan ni sebab I jumpa mesin ni dekat FamilyMart Subang Bestari. Dekat sini setiap masa penuh dengan students. Kalau time peak hour boleh kata berkicap la staff FamilyMart nak buat semua benda. 

Alang-alang dah nampak tu I try lah guna walaupun masa tu kosong sebab bulan puasa haha saja nak try sebab malas nak jumpa cashier. Bagus jugak ada mesin ni sebab kalau tak puasa, tak payah nak hadap staff FamilyMart menganjing tak puasa. Dia bergurau pun I malas nak layan. 


Mudah sangat nak guna FamiCafe ni. Step pertama pilih untuk dine-in ataupun takeaway. Lepastu pilih makanan atau minuman yang nak dibeli. Senang tengok dekat mesin ni sebab semua menu dia masukkan. Tak payah kacau staff tanya corndog tu triple ke double, croissant jenis mana yang ada. 

Dah settle pilih buat payment dekat mesin tu. I pakai debit card sebab senang, tap je dekat terminal tu. Lepas keluar resit tunggu je order siap. Tak payah pergi dekat kaunter pun sebab memang terus masuk dekat tempat cashier tu. 


'Croissant tu jangan masak lama sangat ea, I tak suka garing sampai hangit.'
'Tapi kita masak ikut timer under FamilyMart, mana ada hangit.'
'I selalu je dapat yang hangit padahal dulu okay je.'
'Staff tu lambat keluarkan kot'


Hasil timer FamilyMart T.T

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.