Cannes 2023 Fashion Files | Sara Ali Khan

Sunday, 21 May 2023

Seperti tahun sebelumnya, bulan Mei akan penuh lah dengan red carpet Cannes Film Festival dan banyak lagi event yang dihadiri oleh pelakon Bollywood. Entry pertama Cannes tahun 2023 akan dirasmikan oleh Sara Ali Khan, anak sulung kepada Saif Ali Khan dan Amrita Singh. 


Tak tahu pun Sara dapat jemputan untuk ke Cannes tup tup penuh gambar dia dekat Twitter sebab seleksi pakaian dia di Cannes mencuri perhatian ramai. Sara dijemput untuk merasmikan India Pavillion di Cannes 2023. India Pavillion ni memang diwujudkan khas untuk warga industri filem membincangkan tentang filem India sebab setiap tahun akan ada filem atau filem pendek yang emnjadi pilihan para juri untuk ditayangkan secara perdana di Cannes Film Festival. 

Berbalik kepada Fashion Files Sara Ali Khan, jom tengok wardrobe Sara sepanjang di Cannes. Share with me your favorite pick at the comment section ;)

1. Bridal Lehenga


Lehenga berwarna coklat tanah yang sarat dengan seni corak India dan bertatahkan kristal juga mutiara pada bahagian choli menjadi pilihan pertama Sara untuk berjalan di karpet merah Cannes. Kata Sara dia pilih lehenga dari koleksi pengantin oleh Abu Jani Sandeep Khosla untuk mempamerkan budaya seni India kepada semua. Lehenga tenunan tangan semestinya pilihan yang tepat untuk mempamerkan seni rekaan tradisi. 

Pakaian etnik yang digayakan Sara lengkap bersama dupatta dan veil panjang untuk menambahkan drama pada si pemakai. Makeup yang digunakan juga melengkapkan gaya Sara dan tidak jauh beza dengan warna kulit. I'm not a fan of those earrings but still it makes a good pair with the main outfit. 


Baik di karpet merah untuk tayangan perdana filem Jeanne Du Barry, lakonan Johnny Depp ataupun outdoor photoshoot, Sara tampak memukau dengan lehenga tradisional tersebut. Ramai juga yang bash Sara sebab pakai lehenga dekat Cannes tapi kalau ramai yang puji Zendaya pakai sari then why not puji Sara juga? Lagipun Sonam Kapoor pernah pakai lehenga putih gading rekaan Ralph & Russo di Cannes. It's nothing new. 

2. Gold Hearts


Gaun mengikut tubuh badan ramping berwarna hitam dari koleksi Moschino menjadi pilihan Sara untuk after party Cannes. Walaupun serba ringkas tapi stylist Sara menggayakan rambut dengan gaya yang lebih elegan dan glam, sesuai dengan mood dan suasana majlis. 

Off shoulder gown hitam tu juga mempunyai corak printed berbentuk hati berwarna emas di bahagian dada jadi tak hairan lah kalau Sara padankan dengan heels bertumit tinggi berwarna emas juga sebagai padanan bersama. Tengok gambar dekat parti tu, tas tangan Sara guna tu cantik sebab design dia berbentuk hati dan mempunyai details tambahan tapi tenggelam pula dengan baju sebab warna yang sama. 

Love her smokey eyes and bold makeup. Anting-anting yang Sara pakai pun kena dengan tema pakaian dia untuk malam tu. 

3.Pristine White Formal


Hari kedua dimulakan dengan majlis perasmian India Pavillion untuk tahun 2023. Sara tak share pun berkenaan outfit dia jadi tak banyak maklumat yang boleh korek. Gambar ni je boleh dapat untuk full attire pada majlis tersebut. Ada lagi gambar lain tapi masa tu Sara dah keluar dari majlis. 

Sara tampil serba ringkas dengan satu set pakaian berwarna putih. Jumpsuit berwarna putih susu dipadankan dengan cape putih labuh paras paha bersama hiasan manik berwarna silver melengkapkan gaya formal Sara. Wedges dia pun ikut warna yang sama dengan hiasan pada cape, just nice lah gabungan warna yang dia guna. 

Makeup berona merah jambu dan ponytail untuk hairstyle di musim panas menaikkan lagi seri Sara di majlis tersebut. 

4. Retro Assemble


I really love this look! Sara mengenakan sari dari butik Abu Jani Sandeep Khosla. Uniknya sari ni menggunakan padanan dua warna iaitu hitam dan putih. Bralette halter neck mempunyai manik berwarna hitam dan putih yang membentuk corak bunga dalam pattern melintang senget dan berulang. Rantai leher sarat dengan manik berwarna hitam dan putih juga mengikut tema yang sama. 

Untuk bahagian skirt pula, sepenuhnya berwarna putih susu dengan border yang diperbuat dari manik berwarna hitam dan putih. Cara lipatan kain di bahagian pinggul juga menarik dan kreatif bila lebihan kain diletakkan hanya di bahagian siku untuk sentuhan moden yang glam. Skirt dari material satin ini mempunyai lebihan kain di bahagian belakang sebagai penambah gaya dan stail pada si pemakai. 


Jatuh cinta dengan hairstyle Sara disebabkan sanggul ketat dan juga juntaian dua helai rambut. Bila close up, winged eyeliner dan hairstyle tu nampak sama sangat dengan style Sharmila Tagore masa zaman muda dulu. Muka Sara pun lebih kurang sama dengan nenek dia, jadi excited bila tengok persamaan tu. 

5. Silver Swam


Penampilan terakhir Sara di Cannes menggunakan Dante Gown dari butik Rachel Gilbert untuk party Vanity Fair yang membicarakan tentang wanita di dalam industri perfileman. High-neck sleeveless evening gown menggunakan juntaian manik berwarna silver malap dengan beberapa corak berbeza sebagai hiasan. 


Sara mengenakan bold makeup pada bahagian mata dan rambut disanggul kemas di bahagian belakang kepala. Aksesori juga minimal dengan hanya sepasang anting-anting berwarna silver dan juga bangle untuk melengkapkan gaya terakhir pada malam tersebut. 

Overall I boleh kata Cannes debut Sara meninggalkan impak lah dan mencuri tumpuan ramai dengan pemilihan pakaian dia. Ada yang pertikaikan dan ada juga yang puji tapi yang pastinya Sara ada stylist yang bagus. Tak sia-sia angkut pergi Cannes sekali. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.