Telemovie Review | Heistdilfitri (2023)

Sunday, 23 April 2023


Pengarah : Zizan Razak & Issey Fazlisham 
Penulis Skrip: Bainun Waheeda, Arshad Adam 
Pelakon : Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Maria Farida, Khir Rahman, Jihaa Sham, Mathni Razak, Hushairy Hussein
Syarikat Produksi: Red Bean Productions 
Pengedar: Astro Ria / Astro GO
Genre: Komedi 
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 23 April 2023

Frust dengan takdir mereka sebagai perompak professional, Ibrahim (Zizan Razak) ajak Anis (Shiqin Kamal) dan Mus (Issey Fazlisham) beraya pada tahun tersebut. Kalau sebelum ni mereka merompak wang di bank, kali ni pada malam raya mereka akan merompak sebuah keluarga untuk beraya bersama.
 
Anis rasa cadangan tersebut merepek sebab tak ada keluarga yang akan terima mereka bertiga sebagai anak angkat. Namun kerana Ibrahim tekad dengan cadangan dia, Anis mencari calon-calon keluarga yang sesuai untuk beraya bersama. Keluaga tersebut ialah Dato’ Jack (Khir Rahman), jutawan yang mempunyai 200 buah kedai emas dan memiliki berlian termahal di dunia, Kohinoor. 


Selepas berjaya masuk ke rumah Dato’ Jack kemudian tandatangan kontrak, Ibrahim berlakon sebagai Along, Mus sebagai Bang Ngah, Anis sebagai Acu manakala anak tunggal Dato’ Jack, Aisyah (Jihaa Sham) sebagai Achik. Dato’ Jack dan isterinya, Datin Nina Rose (Maria Farida) sebagai papa dan mama keluarga tersebut. 

Plan mudah saja untuk raikan Aidilfitri bersama, Along dengan Achik prepare lemang. Bang Ngah dan Mama masak nasi impit, kuah rendah, kuah kacang dan ayam masak merah di dapur sementara Acu dan Papa kemas rumah. 


Menarik lah idea filem pertama arahan Zizan Razak dan Issey ni sebab merompak hari raya keluarga orang lain. Kenangan Hari Raya Aidilfitri tak sama macam gathering keluarga sebab perasaan happy dapat berkumpul satu keluarga dan happy dapat kembali makan selepas sebulan berpuasa. Masa Raya juga kita nak bermaafan seikhlas hati jadi vibe masa perayaan tu lain dari yang biasa. 

Sama juga lah dengan tiga perompak yang membesar tanpa keluarga dan pertama kali nak merasa beraya dengan keluarga angkat. Sayangnya skrip penulisan Bainun agak ringkas dan tak dikembangkan dengan baik untuk setiap plot apatah lagi subplot Inspektor Gushion (Mathni Razak) yang mengejar 3 perompak professional ni. 


Patutnya tak perlu pun letak subplot inspektor polis tu sebab dia tak membawa apa-apa impak pada penceritaan Heist Dil Fitri ni. Cukup kalau penulis fokus pada pengalaman kelakar Ibrahim, Anis dan Mus bersama keluarga Dato’ Jack yang sentiasa sibuk dengan life masing-masing. Idea tu dah ada tapi penulisan pula tak menarik sampaikan ada babak yang tampak canggung kerana dialog yang terlampau minimal macam babak Inspektor Gushion soal siasat Datin Nina. 

Tapi tak bermakna telefilem HeistDilFitri ni tak kelakar, babak Papa dengan Acu seronok tengok sebab Dato’ Jack geram anak yang sedia ada pemalas, ada anak baru pun sama level je. Boleh kata kebanyakan babak kelakar pada babak Dato’ Jack dan juga Ibrahim. Babak Bang Ngah dengan Mama pun okay je tapi sebab tak banyak yang dikembangkan jadi kita tak nampak bonding ‘anak-beranak’ tu di dapur. Padahal Datin Nina dah tersentuh dah dengan kisah sedih Bang Ngah. 


Patutnya pengarah bagi laluan pada babak Datin Nina sebab masa Raya mak la yang terpaling kalut tapi dekat hujung banyak sangat flashback yang baru saja berlaku tadi. I tak gemar sangat flashback dalam filem sebab durasi pendek jadi ingatan penonton dah kuat dah untuk babak-babak sebelum tu. Lain cerita lah kalau flashback untuk kisah yang belum ada lagi. 

Satu lagi kelemahan terbesar telefilem HeistDilFitri terbitan Red Bean Productions bila perompak professional tu tak beria pun. Rumah Dato’ Jack nampak kosong, tak ada pun nak pasang lampu lip lap ke, pelita hiasan ataupun gantung kad raya. Kenapa keluarga Dato’ Jack pakai dusty pink pun tak faham juga sedangkan Datin Nina dah pilih warna cheese mustard lepastu 3 perompak tu pakai baju biru. Kata keluarga tapi baju raya tak sama. Suasana Hari Raya tu tak wujud langsung, nampak sangat beraya dekat guesthouse. Patutlah Dato’ Jack dengan Datin Nina tak nak beraya dekat KL.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.