SHE PANDORA WAKIL MALAYSIA KE WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS TAMPIL DENGAN LAGU RAYA

Friday, 14 April 2023

Menjelang lebaran yang amat dinantikan ini, She Pandora kini tampil dengan lagu raya yang bertajuk Happy di Hari Raya. Bait lagu hasil sepenuhnya oleh She Pandora ini mempunyai lirik yang catchy dan mudah difahami. Apa yang membuatkan lagu ini lebih menarik lagi, She Pandora turut diiringi 3 beradik dari The Sis.

Berjaya dipilih sebagai wakil Malaysia ke World Championship of Performing Arts, She Pandora atau nama sebenarnya Nurashida Azli bakal mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. WCOPA merupakan kejohanan Olimpik dalam seni persembahan dan ianya merupakan platform bagi penggiat industri kreatif yang bercita-cita untuk mengembangkan bakat ke peringkat antarabangsa. WCOPA itu turut melibatkan lebih 70 buah negara dari seluruh dunia yang akan berentap di acara tahunan yang diadakan di California.

Para peminat boleh mendengarkan lagu Happy di Hari Raya dia semua platform penstriman digital dan jangan lupa tonton musik video Happy di Hari Raya di saluran YouTube Pandora Empire Studios.

YouTube Channel: @nurshiazli

Instagram: @iam_shepandora 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.