Sampul Surat Edisi Busana Tradisional: Kebaya

Monday, 17 April 2023

Bulan lepas dapat sampul surat cantik dari klien. Berbeza lah dengan sampul surat biasa sebab sampul surat ni ada gambar 3 busana tradisional Kebaya Sulam berwarna merah digandingkan dengan kain batik hitam bercorak bunga, Kebaya Labuh berwarna kuning pekat dan Kebaya Pendek dalam rona hijau. Macam warna lampu isyarat pulak. 

Dekat bahagian belakang ada satu set dokoh berwarna emas yang melintang atau Keronsang Tiga Serangkai. Di bahagian kanan sampul surat tu ada tertera tulisan berharga RM0.50, mungkin tu harga sepucuk sampul yang dijual di Pos Malaysia. 



'Kebaya merupakan busana yang membuat si pemakainya kelihatan anggun, baik yang tua, yang muda mahupun si kecil. Kepelbagaian variasinya sesuai buat kaum hawa menggayakannya untuk majlis formal mahupun untuk kegunaan harian. ​Kebaya, warisan budaya tempatan kebanggaan kita yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.​' - Pos Malaysia

Judul : BUSANA TRADISIONAL – KEBAYA​
Tarikh dikeluarkan: 27 Oktober 2022​
Harga (Set Folder) : RM54.80​
Setiap set lengkap mengandungi:​
2 Rekabentuk helaian setem​
1 lembaran mini​
1 Sampul surat hari pertama dengan setem​
1 Sampul surat hari pertama dengan lembaran mini​
1 Folder

Belek dekat website Pos Malaysia, memang ada keluar Edisi Busana Tradisional untuk sampul surat dan setem sekali pada Oktober 2022. Sayang lah klien tak beli setem edisi yang sama, kalau tak dah boleh simpan sebagai kenangan. Nak beli sendiri, memang tak lah. Kita kumpul setem buat saja suka suka sebab sayang tengok setem cantik-cantik kena buang. 

Ada yang pernah tengok sampul surat edisi khas macam ni ke? 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.