Cast: Dhanush, Samyuktha Menon, Samuthirakani, P. Sai Kumar, Ilavarasu, Aadukalam Naren, Sha Ra
Production Companies: Sithara Entertainments, Fortune Four Cinemas, Srikara Studios
Distributors : PVP Cinema, Seven Screen Studio, Sony Pictures, Skanda Cinemass, Einstin Media
Genre : Action / Drama
Running Time : 148 minutes
Release Date : 17 February 2023
Trailer :
Vathi berlatarkan tahun 1993 di mana Kerajaan India menswastakan ekonomi dengan membuka peluang kepada sector untuk menjadi ruang ekonomi termasuklah pendidikan. Bila pendidikan menjadi mahal, rakyat kelas bawah tak dapat belajar kerana sibuk membantu keluarga mencari duit untuk menyara keperluan harian.
Sama seperti semua negara Asia, India juga mementingkan profesion kejuruteraan dan perubatan kerana ruang pekerjaan yang sentiasa wujud dan menjamin kestabilan hidup. Disebabkan perkara tersebut, coaching class menjadi mahal kerana high demand. Yang mendapat keuntungan haruslah Srinivas Thirupathi (Samuthirakani), pemilik akademi swasta tempat Bala (Dhanush) mengajar.
Kerana hasrat Bala untuk mendapat gaji yang lebih tinggi, Thirupathi menghantar guru Matematik tersebut ke sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Karthik (Hyper Aadi), guru subjek Kimia dan Prakash Reddy (Sha Ra), guru subjek Fizik juga dihantar bersama ke sana. Thirupathi berjanji akan naikkan gaji mereka sekiranya semua pelajar di dalam kelas mereka mendapat markah tinggi.
Sudah tentu lah perkara tersebut sesuatu yang mustahil kerana tak ada pelajar yang datang pun ke sekolah kerajaan di kampung tu. Hanya guru Biologi, Meenakshi (Samyuktha Menon) yang tak pernah jemu atau putus asa beri semangat supaya semua pelajar datang ke sekolah. Ramai juga cikgu yang pulang ke bandar kerana bosan hadap kelas yang kosong setiap hari.
Dalam tempoh masa yang dijanjikan, bukan saja Bala dapat mengajak semua pelajar supaya datang ke sekolah setiap hari, belajar dengan gigih dan dapat keputusan yang cemerlang malah dapat juga singkirkan perbezaan kasta yang menjadi penghalang untuk semua murid berkawan atau berkerjasama.
Naskhah penulisan dan olahan sutradara Venky Atluri dari awal lagi dah tonjolkan kejayaan Bala sebagai guru yang disanjung tinggi bila tiga watak pelajar kolej terjumpa VHS tape kelas Matematik Bala dan bantu mereka siapkan assignment. Kerana cara mengajar Bala, mereka bertiga menjejak keberadaan guru tersebut. Jadi kita dah boleh tahu dengan jelas yang misi Bala tercapai cuma strategi Bala yang menjadi tanda tanya. Di mana Bala juga tak didedahkan hingga ke hujung cerita.
Ramai yang kata filem Vaathi lebih kurang sama dengan Super 30 (2019) di mana watak Anand Kumar, guru Matematik buka coaching class untuk mengajar murid dari kelas bawah hingga berjaya masuk ke universiti. Personally for me, tak sama sebab Vathi lebih fokus kepada perjalanan Bala untuk mengajar dan melawan sistem pendidikan yang menganiaya rakyat. Walaupun ending tak seindah idealisme perjuangan Bala dan anak-anak muridnya tapi langkah yang dia ambil tu lah realiti sebenar. Sakit tapi terpaksa kita korbankan prinsip yang dipegang tu.
Dua-dua filem ada kekuatannya sendiri jadi tak perlu nak bandingkan which is which. Vaathi dan Super 30 sama-sama ketengahkan semangat seorang guru yang ingin mengajar dan ubah nasib hidup pelajar mereka tanpa peduli langsung tentang keadaan diri sendiri yang terancam oleh pihak atasan. Menangis tengok Bala kena halau keluar dari kampung Sozhavaram oleh polis. Dia manusia biasa yang buat perkara biasa iaitu mengajar anak murid tapi pihak atasan menggelupur sampai tak tenang tidur malam. Kekuatan dialog Bala juga memberi impak pada karakter guru Matematik tersebut.
Memandangkan I tengok filem Vaathi in Hindi dubbed jadi tak nak komen pasal music album atau aspek lain. Yang pastinya, lakonan Dhanush memang tunggak kekuatan filem Vaathi sebab jalan cerita dia biasa saja malah boleh dijangka dah pun alur ceritanya. Pelakon sampingan pun lemah tak kisah lah heroin, kawan-kawan Bala mahupun antagonis. Mungkin juga mereka tersekat dalam watak yang dikarang oleh penulis yang lebih fokus kepada Bala dan para pelajarnya.
Overall, filem Vaathi memang wajib ditonton oleh semua.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tambah satu lagi filem best..
ReplyDelete