Pengarah: Nik Amir Mustapha, Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip: Hadi M. Nor
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Mubarak Majid, Faleeq, Zain Hamid, Zaidi Omar, Fabian Loo, Sri Idrina, Fadhli Masoot
Syarikat Produksi: Lumatic Film Sdn. Bhd.
Pengedar: Tonton Originals, TV3
Genre: Komedi / Romantik
Durasi Tayangan: 88 minit
Tarikh Tayangan: 12 April 2023
Trailer :
Filem tayangan eksklusif Tonton Originals yang berlatarkan syarikat penyiaran Media Prima Sdn Bhd mengetengahkan 3 kisah utama dari 3 department. Nazmi (Syafiq Kyle) yang bekerja sebagai wartawan di akhbar Berita Harian sakit hati dengan Alia Ariff (Mimi Lana) bila penyampai Oh Bulan TV tersebut mencuri content kepunyaannya.
Nazmi berjumpa dengan Alia untuk confront tentang hal tersebut namun terpana dengan kecantikan wanita ranggi yang menjadi pujaan netizen. Semasa mencari bahan untuk content Valet Doa, sekali lagi Nazmi bertembung dengan Alia yang kebetulan mencari bahan untuk content yang sama. Siapa yang berjaya dapat content tersebut?
Di bahagian radio pula, Johan (Anas Ridzuan) sakit hati bila Eric (Fabian Loo) menjemput Khairul (Luqman Hafidz) datang ke konti untuk ditemu ramah. Khairul merupakan bekas rakan setugas Johan untuk slot pagi di Hot FM tapi setelah berpisah untuk bawa haluan masing-masing, Khairul tak pernah langsung bertanya khabar walaupun ketika Johan down kerana isterinya sakit. Bagi Johan, Khairul lupa diri, lupa orang yang selalu membantunya sebelum dia popular.
Hal tersebut diluahkan kepada Sharifah (Siti Saleha), produser di unit TV. Dalam masa yang sama Sharifah juga mempunyai masalah kerana pembantu peribadinya, Nina (Shasha Abedul) letak jawatan. Nina dah muak dengan janji palsu Sharifah yang akan membantunya menjadi pengarah. Jangankan bantu, impian Nina pun langsung dia tak ingat sedangkan Nina sudah membantu Sharifah di saat ramai yang tak tahan dengan perangai produser kekwat tersebut.
Tak pasti kenapa production letak filem Seindah Kasih di bawah genre komedi romantik sedangkan romantik tu hanya pada kisah Nazmi dan Alia, kisah yang lain lebih kepada komedi dan drama. Bukan masalah besar pun sebab ketiga-tiga genre dipaparkan dengan baik hasil penulisan skrip oleh Hadi M. Nor. Selain dari 3 kisah utama, diselitkan juga kisah Atok (Mubarak Majid) dan cucunya, Rauf (Faleeq Fareez) yang suka dengan salah satu rancangan yang dipaparkan di TV3 pada musim Ramadhan.
Memandangkan filem Seindah Kasih berlatarkan warga Media Prima Sdn Bhd sendiri jadi tak hairanlah kalau kesemua watak dikembangkan dengan tepat mengikut job scope masing-masing. Kes Johan dengan Khairul tu nasib baik cuma imaginasi penulis saja, kalau jadi in real life memang Hot FM live up to its name lah sebab panas dengan drama. Macam kisah JoZan tapi bukan, ambil inspirasi dari friendship diorang je sebab watak Khairul pun pelakon yang kelakar. Tak lah minat sangat dengan lakonan Anas tapi okay lah sebab kekuatan lakonan Luqman dah cover babak mereka berdua.
Watak Sharifah mungkin lebih menarik kalau dilakonkan oleh pelakon yang lebih sesuai sebab kebanyakan masanya Shasha Abedul lebih mendominasi screentime. Dapat connect dengan emosi sedih dia setiap kali tertipu dengan majikan mulut manis macam Sharifah. Masa Sharifah pecat dia macam Nina tak berguna langsung tu paling kesian, nampak sangat riak kecewa dia walhal dah setahun lebih dia bekerja dengan Sharifah.
Suka tone grading filem Seindah Kasih yang bersifat warm, pergerakan camera pun nampak smooth dalam kebanyakan babak. Lagu tema Seindah Kasih nyanyian Aqmal Ramdan dan Bil Musa menggunakan lirik yang berkaitan dengan tema dalam naskhah arahan Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain.
Bukan saja pelakon utama, pelakon sampingan yang membantu penceritaan juga menguatkan lagi jalan cerita yang sarat dengan pelbagai mesej sosial untuk dijadikan pengajaran buat semua. Filem yang tepat untuk Hari Lebaran.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.