Movie Review | The School for Good and Evil (2022)
Sunday, 23 April 2023
Director: Paul Feig
Writer: David Magee, Paul Feig
Cast: Sophia Anne Caruso, Sofia Wylie, Laurence Fishburne, Michelle Yeoh, Jamie Flatters, Kit Young, Peter Serafinowicz, Rob Delaney, Mark Heap, Patti LuPone, Rachel Bloom, Cate Blanchett, Kerry Washington, Charlize Theron
Production Companies: Roth/Kirschenbaum Films, Feigco Entertainment, Jane Startz Productions
Distributor: Netflix
Genre: Fantasy
Running Time: 147 minutes
Release Date: 18 October 2022 (Regency Village Theatre), 19 October 2022
Trailer :
Diadaptasikan dari novel yang diterbitkan pada tahun 2013, berjudul The School for Good and Evil karya penulisan Soman Chainani, filem tayangan rasmi Netflix mengisahkan tentang Sophie (Sophia Anne Caruso) ingin keluar dari kampung Gavaldon kerana penat hidup bersama ibu tirinya. Satu-satunya jalan adalah dengan menyertai School for Good and Evil.
Sophie menhantar permohonan kerana dia percaya dia akan terpilih untuk masuk belajar di Ever, sekolah untuk fairytale heroin. Semasa ingin dibawa ke sana, kawan baiknya, Agatha (Sofia Wylie) muncul secara mengejut dan mereka dibawa oleh burung besar masuk ke perkarangan sekolah.
Anehnya Sophie dihantar ke Never, sekolah untuk watak jahat seperti ahli sihir, nenek kebayan, serigala jadian dan banyak lagi. Agatha pula susah untuk terima kenyataan dimasukkan ke dalam Ever di mana dia perlu berdandan, bersikap feminin dan memakai gaun kembang berbunga. Setiap masa dia cuba mencari jalan untuk bawa Sophie keluar dari situ.
Pengetua sekolah tersebut, Master Rhian (Laurence Fishburne) maklumkan tak ada sebarang kesilapan yang berlaku untuk Sophie dan Agatha, hanya mereka berdua yang belum tahu potential diri sendiri. Dekan Clarissa Dovey (Kerry Washington) juga tegaskan yang Agatha mempunyai hati yang lembut dan sifat empati yang kuat. Disebabkan itu, dia masuk ke Ever sementara Sophie di dalam Never.
Dah lama tak layan filem genre fantasi yang mengangkat tema persahabatan macam kisah Sophie dan Agatha ni. Menarik bila tengok filem ni menggunakan konsep kisah fairytale di sekolah. Pelajar di Ever perlu masuk kelas kecantikan, kelas bercakap dengan haiwan, kelas pertahanan dan banyak lagi. Never pula lebih kepada menyerang dan menjadi jelik.
Seronok tengok Sophie dan Agatha masing-masing keluar dari kepompong kisah fairytale bila Sophie tegaskan watak jahat atau baik, semuanya perlu nampak cantik. Watak jahat dalam fairytale juga boleh berdandan dan bergaya dengan konsep goth atau dark. Agatha pula dengan pendirian dia yang selfless, sentiasa utamakan persahabatan dan bantu orang lain.
Kawasan sekitar School for Good and Evil cantik macam dalam kisah fantasy yang lain terutamanya untuk sekolah Ever. Tak boleh bayangkan perasaan bahagia kalau pergi sekolah Ever, pakai baju cantik ala princess, menari dengan putera kacak, bercakap dengan haiwan comel, hari-hari baca buku dekat taman bunga sambil minum peach tea.
Selain dari konflik tertukar sekolah dan persahabatan Sophie juga Agatha, ada juga konflik percintaan tiga segi antara dua sahabat baik ni dengan Putera Tedros (Jamie Flatters). Sophie nak ciuman sejati dari Tedros tapi Tedros pula jatuh cinta dengan keunikan Agatha. Comel tengok Tedros tertarik dengan personality Agatha. Tak macam pelajar lain yang tak sudah kejar dia.
Michelle Yeoh kelakar sebagai guru untuk kelas kecantikan, you know how Asian teachers behave dalam kelas kan? Sayangnya screentime dia pendek sangat padahal dia lebih menyerlah dari watak Dekan Clarissa. Sama juga pelajar lain yang tak suka Agatha tak dapat ruang untuk create subplot yang bagus. Patutnya novel pertama boleh pecahkan kepada dua filem sebab terlampau banyak yang berlaku dalam satu masa buatkan editing tak cantik bila cerita rushing sangat.
Untuk watak Agatha faham lah juga kenapa dia masuk Ever tapi watak Sophie, macam kena congak sendiri kenapa dia masuk Never. Sepatutnya watak Sophie dipaparkan sebagai manipulative, narsisis, pentingkan diri dan tak bersyukur tapi disebabkan pengarah lebih fokus pada kecantikan dia, sifat jahat tu tersorok. Mungkin penulis nak buat plot twist pada babak Sophie berjumpa Rafal tapi tak lah impactful sangat bila tahu dia memang cocok di Never.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
nak tengok gak nanti...
ReplyDelete