Release Date : 14 October 2022 (Japan), 14 February 2023 (United States)
Trailer :
Naskah Re/Member atau Karada Sagashi (Body Search) mengisahkan tentang Asuka (Hashimoto Kanna), Rie (Mayu Yokota), Takahiro (Gordon Maeda), Rumiko (Maika Yamamoto), Shota (Kotarô Daigo), Atushi (Fûju Kamio) yang terperangkap dalam time-loop dan perlu mencari 8 bahagian badan seorang pelajar bernama Haruka.
Nak cari anggota badan tu pula tak diberitahu bagaimana sebab tak ada klu bahagian sekian disimpan di kawasan mana. Kawasan sekolah tu pula luas untuk dicari dalam masa yang singkat. Bagaimana mereka berenam terperangkap dalam masalah tersebut tak pula diceritakan. Yang pastinya mereka terperangkap dalam time loop yang bermula jam 12 tengah malam.
Ikut kepercayaan orang Jepun, individu yang dibunuh dengan mengejut dan kejam akan melahirkan roh yang berdendam bernama Onryo. Selagi tak selesai upacara ke alam sana, selagi itulah roh tersebut akan menghantui kawasan tersebut. Dan dalam filem Re/Member roh Haruka yang dibunuh mengganggu Asuka supaya cari kepala dia yang disorok oleh pembunuh psiko.
Menariknya bila naskhah yang menggunakan konsep time-loop, watak yang mati akan dihidupkan kembali cuma bezanya sama ada badan semakin lemah atau maintain sama macam biasa. Dan naskhah Re/Member menggunakan konsep time-loop yang tak membahayakan fizikal jadi mati lah banyak kali pun, tetap juga wujud keesokannya. Sebab tu juga tak ada watak yang trauma atau takut sebab esok boleh ulang lagi.
Pace penceritaan Re/Member arahan Hasumi Eiichiro agak perlahan jadi disarankan tengok dengan speed 1.5x sebab ada beberapa scene yang memang perlahan untuk wujudkan rasa seram. Walaupun genre filem ni seram tapi hantu dia tak seram pun sebab hantu CGI. Perempuan Merah yang menghantui mereka berenam memang brutal sebab cara kesemua watak dibunuh sangat kejam dan sadis.
Nak kata watak berenam ni ada buat dosa dengan Perempuan Merah pun tak juga, nak kata semua jahat pun tak juga. Watak Asuka adalah watak pelajar yang dipulaukan oleh satu tingkatan sementara watak Takahiro Ise adalah pelajar aktif yang popular di sekolah baik dalam pelajaran mahupun sukan. Watak Shota pula adalah watak pelajar yang dibuli di dalam kelas. Jadi kenapa roh Perempuan Merah tu nak marah sangat sedangkan enam watak ni tolong dia supaya dia boleh pergi ke alam barzakh dengan tenang. Bukan ke patutnya orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa?
Disebabkan time-loop ni, Asuka dapat kawan baru dan juga bercinta dengan crush yang dia suka sejak tadika lagi. Comel lah Kanna dengan Maeda sebagai lead pairing sebab visual sama-sama A+ dan pairing ni berjaya hidupkan ideal love untuk cinta budak sekolah. Selain isu dunia remaja, ada juga diselitkan tentang masalah penderaan domestik yang menjadi salah satu isu sosial di negara Jepun.
Personally, ada part yang I suka dalam filem ni dan ada part yang mehhh especially pada credit scene sebab dia meninggalkan tanda tanya yang besar. Of course, a potential for a sequel tapi disebabkan penulisan dan olahan yang tak berapa bagus jadi I tak rasa excited. Mungkin filem Re/Member boleh jadi menarik kalau olahan lebih menarik dan kita tahu kenapa enam pelajar ini dipilih.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10
i suka filem ni sebab diorang punya friendship tapi bila fikir balik geram pula dengan hantu ni sebab cara diorang kena bunuh memang ngeri sangat padahal dia yang nak minta tolong. pastu dia punya ending tu memang satu persoalan yang sangat besar tapi dah malas nak buat conclusion sendiri..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aduh.. Tak berapa okay eh Farhana..
ReplyDeletei suka filem ni sebab diorang punya friendship tapi bila fikir balik geram pula dengan hantu ni sebab cara diorang kena bunuh memang ngeri sangat padahal dia yang nak minta tolong. pastu dia punya ending tu memang satu persoalan yang sangat besar tapi dah malas nak buat conclusion sendiri..
ReplyDelete