Tarikh Tayangan: 1 Disember 2022 (Indonesia), 29 Disember 2022 (Malaysia dan Singapura)
Trailer :
Naskhah seram Qorin terbitan IDN Pictures menyingkap kehidupan pelajar sekolah berasrama di Rodiatul Jannah yang terletak di kawasan terpencil. Pengetua di sekolah tersebut merupakan Kiyai Haji Mustofa (Pritt Timothy) yang sentiasa membantu penduduk di kawasan sekitar. Sementara ketiadaannya, menantunya Ustaz Jaelani (Omar Daniel) ditugaskan untuk mengambil alih pentadbiran sama ada urusan sekolah mahupun asrama. Ujae juga dibantu oleh Ummi Yana (Putri Ayudya) dan juga isterinya sendiri, Ummi Hana (Dea Annisa).
Tokoh pelajar di Rodiatul Jannah merupakan Zahra (Zulfa Maharani) yang bijak, cantik juga bagus hafalannya. Namun tak ada sesiapa yang tahu Zahra mampu nampak makhluk dari alam lain dan dia sentiasa menggigil ketakutan ketika bertemu dengan Ujae. Kehadiran Yolanda (Aghniny Haque) di sekolah berasrama tersebut membuatkan Zahra sibuk tambah pula bila mereka berdua dapat tahu sisi gelap Ujae. Makin aneh bila Ujae meminta mereka semua belajar menyeru jin Qorin untuk lulus pengajian di situ.
‘Kamu akan seru dan jumpa jin Qorin kamu. Mempelajari spiritualisme tahap tinggi adalah cara membuang logik duniawi. Ilmu adalah tentang manfaat. Jadi, kenapa kita perlu hadkan diri daripada memperoleh manfaat itu?’ – Ustaz Jaelani
Kalau berlatarkan sekolah pondok yang terpencil dah boleh faham kenapa watak Ustaz Jaelani mampu lakukan apa saja yang dia mahu tanpa sesiapa pun yang halang. Dia seru jin Qorin untuk ambil alih badan pelajar supaya dia boleh puaskan nafsu. Dalam masa yang sama semua pelajar turut kata-katanya lantas berikan kepuasan untuk sifat tamak untuk berkuasa.
Tapi yang peliknya, kenapa tak ada keluarga ataupun penjaga Sri (Alyssa Abidin) yang peduli bila watak tersebut hilang dari sekolah? Tak jelas perbuatan watak Ustaz Jaelani ni bermula sejak bila sebab tengok gaya Ummi Yana tak percaya dengan kata-kata Yolanda tu macam sesuatu yang mendadak. Tapi masa Hana persoalkan tindakan suami dia macam dah beberapa batch yang berlalu sebelum Ujae berjumpa dengan batch Zahra. Kalau dah ada beberapa batch sebelumnya, takkan tak ada yang perasan perubahan pada pelajar-pelajar di situ.
Bukan saja watak Zahra menyakitkan hati sebab tutup mata setiap kali Ujae buat hal, bahkan Ummi Yana dan Ummi Hana pun apa kurangnya. Seolah-olah Ujae mempunyai ilmu dan pengaruh yang kuat sedangkan dia cuma dibantu oleh Malik (Ridwan Roul). Watak Yolanda ada kekuatannya tersendiri tapi penulis tone down atas dasar menjaga persahabatan. Kalau penulis justify kenapa Yolanda bersikap sekian sekian mungkin kita boleh take side. Sayangnya tak ada. Penatlah tengok banyak watak yang wujud mempunyai personaliti dan karakter yang lebih kurang sama. Bezanya tahap kedangkalan sikit ataupun banyak bergantung kepada screentime masing-masing.
Babak seram dalam filem Qorin memang sarat dengan kemunculan jin Qorin yang menyerupai beberapa watak utama di sekolah tersebut. Ada yang seram dan ada yang biasa saja sebab kebanyakan hantu cuma berwajah pucat, berkuku panjang dan bermata hitam sepenuhnya. Jumpscares yang dipaparkan juga boleh dijangka jadi tak lah terkejut sangat. Music score pun biasa saja untuk naskhah filem seram.
Filem Qorin adalah naskhah seram yang kedua dari IDN Pictures setelah filem Inang (2022) yang diterbitkan beberapa bulan awal saja. Kedua-duanya mempunyai tema yang menarik dan segar dalam kalangan masyarakat tradisional Islam namun terlihat lemah kerana olahan pada second half.
Mungkin production house ni dah boleh masuk campur untuk skrip pada second half supaya filem terbitan mereka lebih berkualiti. Sayanglah sebab tema dan jalan cerita yang menarik dengan kehadiran barisan pelakon yang mantap namun hilang impaknya di tempat yang sama. Nak kata tak cukup bajet, sinematografi, props dan set yang diwujudkan menghidupkan screenplay untuk filem seram.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 6.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Jahat ustaz tu .. betul2 penunggang agama. Tapi, kesian la kawan Zahra yg sampai meninggal tu kan.. Sri elok pulak tak sampai meninggal 😆
ReplyDeletenak tengok cite ni tapi takut pula nak tengok malam2 padahal time bulan puasa aritu rilek je tengok cite seram tengah malam..haha
ReplyDelete