Production Companies : Happy Madison Productions, Echo Films, Mythology Entertainment, Vinson Films, Endgame Entertainment
Distributors : Netflix
Genre : Action / Comedy / Mystery
Running Time : 89 minutes
Release Date : 31 March 2023
Trailer :
Sekuel kepada filem Murder Mystery (2019) yang menjadi salah sebuah naskhah kejayaan Netflix membawa latar masa 4 tahun selepas percutian Audrey Spitz (Jennifer Aniston) dan Nick Spitz (Adam Sandler) di Monaco. Selepas kejayaan mereka membongkar misteri pembunuhan billionaire, Nick dan Audrey tinggalkan kerjaya lama dan buka agensi penyiasatan namun gagal walaupun membongkar kes kecil seperti suami curang.
Kerana stress, mereka merancang untuk pergi bercuti. Pucuk dicita ulam mendatang, mereka berdua dijemput ke majlis perkahwinan Maharajah Vikram Govindan (Adeel Akhtar) di sebuah pulau peribadi. Di sana mereka bertemu kembali dengan Colonel Ulenga (John Kani) yang kehilangan sebelah tangannya kerana ingin selamatkan Maharajah dari percubaan membunuh di Mumbai. Kerana insiden tersebut, Maharajah upah pengawal peribadi bernama Lou (Myo Leong).
Di majlis perkahwinan Maharajah, Audrey dan Nick berkenalan dengan Saira (Kuhoo Verma), adik kepada Vikram yang menyampah dengan kehadiran manusia. Selepas dance party, Maharajah masuk ke dalam majlis menaiki gajah namun jatuh kerana ditikam dari belakang. Nick syak penjenayah tersebut mempunyai rakan subahat. Sekali lagi selepas 4 tahun, mereka perlu membongkar misteri pembunuhan dengan klu yang terhad dan suspek yang kekwat.
Memandangkan first instalment tarik perhatian ramai, boleh nampak yang producer bawa masuk pengarah dan penulis baru sebab ramai yang kritik tentang kelemahan skrip. But I’m not sure if it’s a good thing or not sebab dekat awal movie pun dah nampak percanggahan fakta bila Audrey bagitahu mereka dah berkahwin selama 16 tahun sedangkan percutian dekat Europe 4 tahun lepas adalah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-15. Fakta tentang Audrey ada masalah lactose-intolerant pun bercanggah bila dalam sekuel, Audrey makan cheese block di bilik hotel mereka.
Bab kelakar, lawak yang tak jauh berbeza pun dari yang sebelumnya. Masih lagi lawak hambar tentang uncultured white people dan tersilap sebut nama sampai berulang kali. Kalau yang pertama tampak menghiburkan kerana plot twist dan suspek yang susah ditebak siapa, berbeza dengan sekuel yang mempunyai alur yang mudah sangat dijangka. Lose all the fun, seriously. Dah la tak kelakar, tak misteri pulak tu.
Sekuel Murder Mystery ditambah satu lagi genre baru iaitu aksi tapi tak lah heavy mana pun sebab Nick dan Audrey tak spent time untuk masuk kelas martial art untuk tambah skills sebagai detektif. Karakter mereka berdua masih lagi sama di mana faktor usia jadi kelemahan dan penghalang terbesar. Bayangkan both of them tertidur lepas makan ubat sedangkan ada kecemasan yang memerlukan mereka berdua stay on high alert.
Betul, filem ini komedi jadi tak perlu stay on logic sangat tapi ada perubahan besar berlaku dalam hidup jadi tak boleh lah kita stay dekat takuk yang sama. At this point Audrey dah kena berhenti berangan bercuti dekat tempat yang dia suka sebab semua tempat jadi port jenayah dalam hidup dia. Sebelum ni Europe, kali ni Paris pula.
Nak kata sekuel teruk sangat tu tak lah tapi expectation untuk skrip dia lebih menarik tu ada sebab kelemahan besar berpunca dari situ. Rasanya Netflix akan proceed dengan instalment ketiga sebab naskhah Murder Mystery 2 masuk Top 10 sejak ditayangkan. Harapnya ada lah penambahbaikan untuk karakter pasangan suami isteri ni.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
akk rasa cerita ni xleh compete dengan yg first… tapi suka dengan gabungan jen dengan pelakon utama tu
ReplyDelete