Movie Review | Kill Boksoon (2023)

Sunday, 9 April 2023


Director: Byun Sung-hyun
Writer: Byun Sung-hyun
Cast: Jeon Do-yeon, Sol Kyung-gu, Kim Si-a, Lee Jae-wook, Esom, Koo Kyo-hwan 
Production Company: See At Film
Distributor: Netflix
Genre : Crime / Action
Running Time : 137 minutes
Release Date : 18 February 2023 (Berlinale), 31 March 2023 (South Korea)
Trailer :


Gil Bok-Soon (Jeon Do-yeon) merupakan pembunuh upahan terbaik yang bekerja di bawah MK Entertainment kepunyaan Cha Min-kyu (Sol Kyung-gu). Sepanjang Bok-soon bekerja, success rate dia ialah 100% lantas menjadi pembunuh upahan emas bukan saja di syarikat tersebut malah dipandang tinggi oleh syarikat lain. 

Uniknya naskhah Kill Bok-soon menggunakan idea dan konsep yang sama seperti idol di Korea. Sistem monopoli yang diamalkan oleh syarikat besar, trainee yang mempunyai idola seperti watak Kim Young-Ji (Lee Yeon) ingin menjadi pembunuh upahan terbaik kerana terpesona dengan kejayaan Bok-soon. 


‘Seems like I’m the bitch in the room. Blaming everyone else while wallowing in self-pity, that’s a privilege for incompetent people, right?’ – Gil Bok-soon

Walaupun Bok-soon dipandang tinggi oleh semua orang dalam dunia jenayahnya namun di rumah, dia sentiasa dipandang rendah oleh anaknya sendiri. Susah untuk mereka berkomunikasi secara sihat walaupun perihal makanan. Bok-Soon merancang untuk bersara kerana dia tak nak Jae-yeong (Kim Si-a) tahu tentang sisi gelap yang dia sembunyikan. Lagi cepat dia keluar dari dunia tersebut, lagi bagus.

 
Namun kerana rasa cemburu Cha Min-Hee (Esom) terhadap Bok-soon dan keinginan Hee-sung (Koo Kyo-hwan) untuk menjadi pembunuh upahan gred A, Bok-soon terpaksa buat pilihan yang sukar dalam hidup. 

Dari awal lagi pengarah dah tunjukkan kehebatan Gil Bok-soon dalam babak dia bertarung dengan Oda Shinichiro (Hwang Jung-min), the Kansai Tiger supaya audience kenal dengan watak utama. Menerusi lensa Cho Hyung-rae, penonton disajikan dengan full-packed action untuk watak Bok-soon. Tak kisah lah hand combat ataupun bertarung menggunakan pelbagai jenis senjata, karisma dan aura Bok-soon mendominasi babak tersebut lantas menghasilkan screenplay yang cantik. 


Uniknya watak Bok-Soon bila dia meneka setiap pergerakan musuh jadi pengarah tease dengan kebarangkalian segala pergerakan Bok-soon. Ada masanya mengejutkan dan walaupun diulang beberapa kali teknik tersebut, tetap menarik sebab teknik tersebut antara elemen penting untuk mencipta ketegangan dalam naskhah aksi jenayah yang ditayangkan di Netflix ni. 

Kalau ikutkan ada beberapa plot yang sengaja tak dikembangkan supaya ada potential untuk munculnya sekuel seperti bapa kepada Jae-yeong, nasib syarikat MK Entertainment setelah kekecohan yang dilakukan oleh Min-kyu ataupun identiti sebenar Bok-soon di mata anak perempuannya. Boleh jadi ada demand untuk tengok zaman kegemilangan Bok-soon sebagai pembunuh upahan sebelum dia buat keputusan untuk mempunyai anak. 


'I know this is selfish but I don't want to give up my career for my kid either. Am I not qualified to be a mother?' - Gil Bok-soon

Lakonan Jeon Do-yeon antara kekuatan utama naskhah terbitan See At Films di mana dia berhadapan dengan banyak masalah peribadi. Pertengkaran antara Bok-soon dan Jae-yeong tampak organik bila si ibu susah untuk faham situasi anak dalam fasa peralihan hormon. Babak Jae-yeong confront tentang masalah di sekolah dan Bok-soon sedia mendengar antara touching moments untuk kedua-dua watak tersebut. 


Ada dua fasa yang menceritakan relationship Bok-soon dengan Min-kyung iaitu masa pertama kali mereka berdua bertemu dan ketika mereka di latar masa sekarang. Kedua-duanya mempunyai impak yang kuat pada penceritaan yang memaparkan tahap kepercayaan antara satu sama lain. Dekat hujung baru kita faham kenapa mereka berdua boleh develop tahap kepercayaan yang tinggi. Sekali lagi, Cho Hyung-rae mendukung olahan Byun Sung-hyun dengan mantap melalui teknik kamera yang tepat. 

Mungkin ada kelemahan pada naskhah aksi Kill Boksoon but I do enjoy watching this movie. Sama macam naskhah Jeon Do-yeon sebelumnya, Beasts Clawing at Straws (2020), filem Kill Bok-soon ada beberapa babak yang gore dan tak sesuai ditonton oleh penonton bawah umur. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

3 comments

  1. Cantik suit merah dalam poster tu

    ReplyDelete
  2. Nampak gak ikan movie ni lalu-lalang, nak habiskan cerita lain dulu.

    ReplyDelete
  3. ala-ala mcm kill Bill tapi plot jalan cerita ada sedikit perbezaan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.