Movie Review | Kanjoos Makhichoos (2023)

Monday, 24 April 2023


Director: Vipul Mehta 
Writer: Vipul Mehta
Cast: Kunal Khemu, Shweta Tripathi, Piyush Mishra, Alka Amin, Rajiv Gupta, Raju Srivastava
Production Companies :  Soham Rockstar Entertainment, ThunderSky Entertainment
Distributor: ZEE5
Genre: Comedy 
Running Time: 116 minutes
Release Date: 24 March 2023
Trailer : 


Berlatarkan kehidupan sebuah keluarga di Lucknow, Kanjoos Makichoos mengisahkan tentang Jamuna Prasad Pandey (Kunal Khemu) yang kedekut. Setiap hari semua ahli keluarganya dipaksa berjimat sehinggakan mereka semua makan di kuil yang edarkan makanan kepada golongan susah. Tak pernah ada perbelanjaan yang merepek atau beli mengikut kehendak nafsu. Rumah mereka juga tak pernah dicat baru walaupun sudah berlumut. 

Ganga Prasad Pandey (Piyush Mishra) dan isterinya Saraswati Pandey (Alka Amin) bingung kenapa anak tunggal mereka boleh jadi kedekut teramat sangat. Bukan saja keluarga mereka tahu perangai kedekut Jamuna malah satu kampung dah faham benar. Madhuri dan anaknya, Krish Pandey (Alish Nathani) pun menumpang tengok TV di rumah jiran untuk tahu perkembangan isu semasa ataupun bab hiburan. 

Bukan Jamuna tak ada duit tapi kesemuanya disimpan di tempat rahsia. Satu hari isterinya, Madhuri Pandey (Shweta Tripathi) ajak mertuanya mengintip pergerakan Jamuna kerana suaminya sering keluar pada jam 3.30 pagi. Rupanya Jamuna menyimpan duit kerana ingin menghantar orang tuanya pergi haji di Kedarnath. Lega hatinya bila simpanan dia dah pun mencukupi dan kedua orang tuanya dihantar melalui ejen. Malangnya Jamuna dapat tahu Kedarnath dilanda banjir yang paling teruk hingga mengorbankan ramai orang. 

Lepas kejayaan filem Lootcase (2020), Kunal Khemu sekali lagi tampil dengan filem komedi yang berlatarkan kehidupan keluarga kelas bawahan. Kali ini dalam karakter ketua keluarga yang kedekut kerana ingin tunaikan hajat kedua orang tuanya. Kerana perangai kedekut ni, ada banyak lah perkara yang kelakar jadi. 

Lakonan Shweta Tripathi sebagai isteri Jamuna Pandey yang kedekut juga not bad walaupun filem Kanjoos Makhichoos adalah filem komedi pertama sepanjang karier dia sebagai pelakon. Comel tengok babak Madhuri dengan Jamuna sebagai suami isteri yang selalu bergaduh gara-gara perangai suami yang kedekut. 

Alur cerita Kanjoos Makhichoos menarik dan kelakar pada separuh masa pertama tapi momentum tu berubah bila Jamuna dapat berita malang yang menimpa kedua-dua orang tuanya. Kalau tengok filem Kedarnath (2018), dah boleh tahu macam mana teruknya banjir tersebut sebab tu dari kelakar terus berubah mendadak kepada drama. 

Bila pengarah yang juga penulis, Vipul Mehta bawa masuk balik komedi pada second half tu, filem dah mula goyah sebab sifat kedekut yang awalnya jadi tarikan utama dan juga elemen komedi naskhah ni dah hilang. Tiba-tiba sahaja bertukar menjadi social film di mana watak hero nak lawan sistem yang menganiaya rakyat. Pujian perlu diberikan kepada penulis yang bawa sesuatu yang baru dalam naskhah sebab tak pernah tahu pun pegawai kerajaan boleh kutip duit yang besar melalui cara ni tapi olahan tu yang perlu diperbaiki. 

Masa Jamuna nak lawan Alok Chaturvedi (Rajiv Gupta) dan Yadav (Raju Srivasta) tu pun tak seronok tengok ‘game’ yang dipaparkan. Semuanya nampak mudah sangat untuk Jamuna sedangkan kita pun tahu nak fight sesuatu yang besar dan hampir sebati dalam hidup tak mungkin semudah itu. Kehadiran watak tambahan (Shri Prakash Bajpai) juga tak menguatkan langsung babak klimaks. Kalau penulis stick dengan kesengsaraan keluarga terhadap perangai kedekut ni mungkin lebih baik. 

Sayang lah sebab barisan pelakon utama dalam filem Kanjoos Makhichoos adalah pelakon yang bagus terutamanya Kunal Khemu tapi disebabkan skrip dan screenplay yang tak dijaga dengan baik, sebuah filem jadi hambar. Sudahlah tak ada music album yang menarik untuk diingati, sinematografi mahupun dialog juga tak mempunyai keistimewaan langsung untuk jadi tarikan kepada penonton. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.