Movie Review | Inang (2022)

Saturday, 8 April 2023


Pengarah : Fajar Nugros
Penulis Skrip: Deo Mahameru
Pelakon: Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou
Syarikat Produksi: IDN Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 7 Julai 2022 (Korea Selatan), 13 Oktober 2022 (Indonesia), 24 November 2022 (Singapura), 1 Disember 2022 (Malaysia)
Trailer :


Masa nampak poster filem Inang atau The Womb di Netflix, dah terdetik yang jalan cerita dia mesti sama dengan Talbis Iblis (2022) di mana anak di dalam kandungan akan jadi korban syaitan. Dekat awal filem, Pak Ageng (Pritt Timothy) ceritakan tentang Rabu Wekasan di mana bayi yang lahir pada hari tersebut perlu dibuat upacara terhadap mereka. Memotong “sukerto” atau Nasib malang yang dibawa oleh bayi tersebut supaya hidup mereka lebih baik. 

Kerana upacara tersebut, kita diceritakan tentang kisah Wulan (Naysilla Mirdad) yang mengandung anak luar nikah. Kekasihnya minta Wulan gugurkan saja kandungan tersebut kerana mereka berdua tak ada kewangan yang cukup untuk sara diri sendiri apatah lagi orang baru. Wulan pula cari jalan lain dengan mencari keluarga angkat kerana dia tak sanggup bunuh bayi yang tak bersalah. 


Di group Facebook, Wulan berjumpa dengan Agus Santoso (Rukman Rosadi) dan juga Eva Santoso (Lydia Kandou) yang ingin menjaga Wulan sehingga melahirkan bayi tersebut. Wulan dijaga dengan penuh kasih sayang kerana Puan Eva mahu anak yang lahir nanti sihat dan cerdas. Namun setelah Wulan berjumpa dengan Pak Ageng, dia mula bermimpi aneh. 

Wulan mula syak ada sesuatu yang tak kena tentang pasangan tersebut. Wulan minta bantuan Bergas (Dimas Anggara), anak tunggal Agus dan Eva untuk lari dari situ. 


Berlatarkan masyarakat Jawa, penulis menggunakan Rabu Wekasan sebagai idea utama untuk naskhah seram terbitan IDN Pictures ni. Pertama kali dengar tentang Rabu Wekasan dan sama seperti apa yang Pak Agus kata, dalam dunia serba moden ni memang kita takkan boleh terima tentang bahaya Rabu Weksan terhadap kehidupan individu yang lahir pada hari malang tersebut. 

Rabu Wekasan adalah tarikh hari Rabu terakhir dalam bulan Safar. Masa belajar dekat sekolah ada ustazah bagitahu kita dilarang mandi sungai atau laut pada bulan Safar untuk tolak sial rupanya Rabu Wekasan ni lah yang dia maksudkan sebab dari kurun ke-17 lagi ramai yang percaya tarikh Rabu terakhir pada bulan Safar yang disebut dalam hadis Nabi adalah hari di mana Allah turunkan 500 jenis penyakit ke dunia. 


Kalau tengok dalam filem Inang ni ada upacara Pak Ageng untuk tolak bala tersebut dan carat u agak menyeramkan lah, sesuai dengan genre yang diketengahkan. Tapi kalau ikutkan upacara asalnya, tak ekstrem macam tu sebab yang paling teruk pun cuma sembelih kerbau untuk dialirkan dalam dua muara sungai yang bertemu. Dalam filem Inang juga ada tempoh masa tertentu untuk mereka jalankan upacara tersebut. 

Sinematografi oleh Wendy Aga memaparkan kehidupan Pak Agus dan Puan Eva yang tinggal bersendirian, jauh dari kota. Rumah mereka mempunyai vibe yang tersendiri walaupun cantik dengan dekorasi nusantara. Setiap babak kelihatan cantik dan aesthetic. VFX yang digunakan dalam mimpi aneh Wulan jadi kelemahan namun tak lah sampai mencacatkan cerita walaupun fokus yang diberikan agak banyak juga. 


Pace penceritaan Inang dibikin perlahan untuk menghadirkan rasa seram jadi kebanyakan masanya jadi bosan tunggu kesudahan babak tersebut macam babak Wulan berjumpa dengan hantu perempuan di padang. Babak Pak Agus menjaga kawasan laman juga bosan sebab tak berjaya timbulkan rasa thriller atau saspen. Kita tahu watak Pak Agus dengan Puan Eva ada sesuatu yang fishy dan penulis gagal untuk sembunyikan niat tersebut. 

Rahsia yang disimpan memang menarik untuk naskhah yang bertemakan pengorbanan ibu bapa cuma penulis tak ceritakan macam mana Puan Eva ada kuasa untuk pukau dengan mini love. Rukman Rosadi dengan Lydia Kandou menyerlah sangat lakonan mereka mengatasi lakonan pelakon utama. Mungkin juga sebab watak Wulan suka buat keputusan yang pendek akal jadi susah untuk connect dengan dia.


Penghujung hidup Bergas pun dah boleh dijangka penghujungnya sebab pengarah terlampau tease dekat babak tu. Jadi tak kesian sebab dua watak utama lemah betul cara berfikir walaupun chemistry diorang kuat dan segar. 

Overall filem Inang adalah filem yang mempunyai alur cerita yang cliché walaupun datang dengan idea yang segar dan baru. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.