Director: Jang Yu-jeong
Writer: Jang Yu-jeong, Heo Sung-hye
Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Na Moon-hee, Yoon Kyung-ho, Jang Dong-joo
Production Companies: Hong Film, Soo Film
Distributor: Next Entertainment World
Genre : Comedy
Running Time : 104 minutes
Release Date : 12 February 2020
Trailer :
Remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto (2014) arahan Roberto Santucci mengisahkan tentang ahli politik yang terkena sumpahan untuk bercakap benar. Joo Sang-sook (Ra Mi-ran) telah dipilih sebanyak 3 kali kerana lakonannya sebagai ahli politik yang mesra rakyat berjaya mengaburi mata pengundi.
Sang-sook dan suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho) berlakon sebagai pasangan bahagia dan tinggal di sebuah apartment yang sederhana sedangkan mereka berdua cuma berlakon di mata media. Setiap malam juga mereka akan curi-curi keluar dari apartment tersebut untuk tidur dengan selesa di vila mewah mereka. Segala kegiatan politik Sang-sook banyak dibantu oleh pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) sama ada yang baik ataupun yang shady.
Penipuan paling besar dari Sang-sook ialah menggunakan nama neneknya (Kim Ok-Hee) untuk tarik simpati pengundi sedangkan penjaganya masih hidup dan disorok di dalam hutan jauh dari kawasan bandar. Sang-sook guna duit insurans yang diperolehi dari kematian neneknya untuk salurkan kepada institusi pengajian dan membantu membiayai para pelajar yang tidak berkemampuan.
Walaupun di mata pengundi dan pihak media, kebaikan tersebut adalah perkara yang mulia namun neneknya hidup merana dan sunyi. Satu hari, dalam perjalanan pulang dari rumah nenek, Sang-sook terkena sumpahan dan semenjak dari malam tersebut, dia sentiasa bercakap benar sehingga hampir merosakkan karier politiknya yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan.
Kalau ikutkan filem asal, watak ahli politik tersebut adalah lelaki tapi disebabkan pengarah Jang yu-jeong rasa Ra Mi-ran boleh bawa watak Sang-sook seperti apa yang dia nak. Tak salah langsung kata hati dia bila Ra Mi-ran berjaya rangkul anugerah kategor Pelakon Wanita Terbaik di 41st Blue Dragon Film Awards untuk watak ahli politik yang disumpah ni.
Kekuatan Honest Candidate juga terletak pada dinamik lakonan Ra Mi-ran bersama Kim Mu-yeol yang sentiasa bersama dari siang hingga ke malam. Watak mereka berdua rapat sangat sampai ada bahasa isyarat yang hanya mereka berdua saja dapat decode. Comic timing kedua-dua watak juga padu dengan riak muka yang kelakar. Tengok cara Hee-cheol buat kerja, tertanya-tanya berapa gaji dia dapat dari Sang-sook. Berapa banyak juga peratus rasuah yang dia dapat sebagai orang kanan ahli politik?
Jalan cerita yang berkonsepkan satira juga memaparkan kehidupan ahli politik yang tak putus berjumpa dengan rakyat dalam jadual yang padat. Berdekah bila tengok Sang-sook kena jumpa paderi Kristian dan sami Budhha dalam satu majlis yang sama. Watak anak lelaki Sang-sook, Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo) pun menyerlah dalam screentime yang singkat. Terhibur tengok karakter dia sebagai anak tunggal dan vokalis band. Kreatif jugak lagu yang Eun-ho nyanyi masa Sang-sook berkempen.
Disebabkan naskhah satira komedi Honest Candidate lebih ketengahkan sumpahan Sang-sook untuk berkata benar jadi tak berapa fokus sangat pada relevan perkara tersebut. Selalunya kalau kita mengundi, bukan kejujuran kata-kata yang kita jadikan ukuran tapi hasil kerja dia. Dalam filem ni tak ditayang sangat pun apa sumbangan Sang-sook selain institusi pendidikan tu.
Tapi tu bukan sesuatu yang besar pun lah, mungkin dekat Korea suasana dia lain, masa mengundi memang cari yang jujur dan bersih. Seronok tengok strategi yang Lee Woon-hak (Song Young-chang) guna untuk naikkan rating Sang-sook sebelum tarikh mengundi semasa tempoh pilihanraya.
‘Since it is turned out this way, let’s go double on your honesty. What do you think people will expect from you now? Something stronger? Something more potent? Or something more insane?’ – Lee Woon-hak
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.